Take a fresh look at your lifestyle.

Nak Kurus Tanpa Ke Gym? Buat Step Mudah Ini

0 214

Emm…kurus tanpa ke gym boleh ke?

Jawapannya … Boleh. Asalkan korang ikuti step yang akan saya kongsikan nanti.

Dan apa yang penting adalah konsisten melakukan step ini. Step ini tidak mungkin akan memberi perubahan yang cepat, sebab itu korang kena banyak bersabar dan lakukan secara konsisten.

Ramai antara kita yang gemar ke gym untuk dapatkan semula berat badan yang ideal. Namun ada juga sesetengah orang tidak suka pergi ke gym. Dan apa yang peliknya mereka mampu kekalkan berat badan ideal mereka. Walaupun tidak pernah menjejakkan kaki ke gym.

Ha, macam mana tu?

Jom kita bocorkan rahsia mereka. Kadang mereka ini jarang nak kongsi sangat tips-tips kurus tanpa ke gym.

Antara step mudah kurus tanpa ke gym

1. Kurangkan pengambilan karbohidrat, lebihkan sayuran dan lauk

sumber : hmetro.com.my

Tubuh kita sememangnya memerlukan karbohidrat untuk tenaga, namun untuk satu porsi cukup hanya satu mangkuk kecil sahaja untuk nasi. Dan yang selebihnya adalah sayuran dan lauk.

Banyakkan makan sayuran dan lauk yang berkhasiat.

2. Perbanyakkan pengambilan serat

Sebagai pengganti jajan dan nasi, korang disarankan mengambil makanan yang tinggi serat. Seperti buah dan sayuran.

3. Minum air yang cukup untuk kurus tanpa ke gym

Pastikan korang cukup minum air 8 gelas sehari bagi membantu proses pencernaan lancar. Salah satu penyebab korang sukar kurus adalah kurang minum air, bahkan cenderung untuk naik berat badan kerana zat-zat yang tidak diperlukan masih terdapat dalam tubuh. Kemudian akan membentuk lemak jahat.

4. Kurangkan pengambilan garam dan gula

Garam merupakan satu elemen yang ada dalam setiap makanan kita. Jika pengambilan garam terlalu banyak akan menggangu proses diet korang.

Pengambilan gula yang banyak juga menyukarkan korang untuk turunkan berat badan. Pengambilan makanan atau minuman manis yang banyak boleh menjadi lemak dalam badan, jika korang malas bersenam.

Ada 9 cara pelik untuk kurus tapi sangat berkesan. Boleh tengok di sini

5. Turun naik tangga

Ha, bagi korang nak kurus tanpa ke gym boleh cuba lakukan ini. Yang ni sudah pastinya free, tak keluar sesen duit pun. Dengan memanjat tangga saja bole membakar kalori sebanyak 563 kalori selama sejam tau.

Dan jumlah kalori yang dibakar ketika turun naik tangga sama dengan korang berlari perlahan selama 12 minit.

Tahu tak korang, turun dan naik tangga membakar lebih banyak kalori berbanding dengan berjogging dan berjalan di permukaan rata.

” Berjalan kaki di lereng memerlukan banyak tenaga untuk menjaga keseimbangan badan. Naik dan turun tangga membakar lemak sebanyak 15% , 67% lebih banyak kalori daripada berjalan dipermukaan rata-Pengarang Mark Fenton ( Panduan lengkap untuk berjalan, untuk kesihatan, berat badan dan kecergasan ) “

6. Berlari boleh kurus tanpa ke gym

Jika korang berlari dengan cepat, degup jantung korang juga akan meningkat secara signifikan. Setelah korang berlari selama 30 minit tanpa henti, secara tidak langsung tubuh perlukan masa untuk pulih dan tenangkan diri kembali seperti biasa.

Selagi jantung korang berdegup kencang, tubuh korang akan terus membakar kalori walaupun korang telah berhenti berlari.

Secara amnya, ini lah cara tubuh bekerja membakar kalori dengan berlari. Tambahan untuk korang, ini adalah contoh berlari untuk membakar kalori:

  • lakukan warm-up selama 5 minit terlebih dahulu
  • 1 minit berlari pantas dan diikuti 1 minit berlari perlahan. Ulang sebanyak 5 kali
  • kemudian sejukkan badan selama 5 minit

7. Hindari tekanan

Tarik nafas dalam-dalam. walaupun korang banyak kerja yang harus diselesaikan, lakukan dengan tenang dan tidak dalam keadaan tertekan.

Stress boleh meningkatkan risiko gaya hidup tidak sihat. Maka itu, elakkan terlalu banyak fikiran dan banyakkan berzikir untuk hindari stress.

8. Kurus tanpa ke gym dengan berenang

sumber : unsplash.com

Berenang boleh membantu membakar kalori mengikut gaya renang yang dilakukan, seperti gaya bebas. Ini adalah gaya renang klasik, yang mana renang gaya bebas hampir melatih keseluruhan tubuh sehingga mampu membakar kalori yang banyak.

Melakukan gaya renang ini selama 10 minit akan membakar kalori sebanyak 100kcal. Jika korang bukan seorang perenang, korang boleh bermain air dengan bebas ataupun ber aqua aerobik. Ini juga dapat membakar kalori sebanyak 50kcal selama seminit, dan 150kcal selama 10 minit.

Semoga perkongsian ini beri manfaat dan dapat membantu korang kurus tanpa ke gym.

Leave A Reply

Your email address will not be published.