Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Atasi Eczema Flare-Jangan Sampai Jadi Teruk

0 48

Untuk yang mencari cara atasi eczema flare, boleh baca sharing ini sampai habis ye.

Saya tahu betapa azabnya bila kena eczema flare ini, kita tak akan berhenti menggaru dan menyebabkan kulit luka dan berdarah.

Apabila gatal-gatal dan iritasi akibat eczema, pasti kita akan melakukan apa saja yang boleh melegakan rasa gatal dan mengelakkan eczema bertambah teruk.

Tidak kira lah sama ada orang dewasa atau pun anak-anak yang mengalami gejala ini. Semua akan merasa kesakitan dan kegatalan yang sama.

Kenapa berlalu eczema ni?

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan eczema ini berlaku.

Pada masa kini, terdapat pelbagai cara atasi eczema flare.

Sebelum kita mengetahui cara atasi eczema flare ini, kenal pasti dahulu punca kenapa eczema ini berlaku.

Antara faktor yang menyebabkan eczema berlaku

Secara amnya, penyebab sebenar eczema tidak dapat diketahui dan tidak difahami sepenuhnya, tetapi ia dianggap berkaitan dengan tindak balas sistem imun tubuh badan yang terlalu aktif terhadap keransangan.

Selain itu, eczema juga dikaitkan dengan tindak balas yang tidak normal terhadap protien yang merupakan sebahgian dari tubuh. Dan menyebabkan gejalah eczema.

Berikut adalah faktor yang menyebabkan berlaku eczema.

  • Sejarah alahan lain atau asma dalam keluarga
  • Pendedahan kepada cuaca yang terlalu panas dan terlalu sejuk
  • Pendedahan kepada produk dalam rumah seperti detergen atau sabun
  • Kehilangan kelembapan pada kulit dan jangkitan bakteria
  • tekanan dan stress
  • alahan terhadap makanan.

Apakah cara atasi eczema flare ?

Berikut adalah tips untuk atasi eczema flare.

1. Atasi eczema dengan pemakaian krim pelembap

Apabila mempunyai gejalah eczema flare, di wajibkan memakai krim pelembap kulit secara kerap. Ini bagi mengelakkan kulit menjadi kering dan menyebabkan kulit menjadi gatal-gatal. Sekurang-kurangnya pakai lah 3 kali sehari.

Sediakan krim pelembap yang kecil dan mudah dibawa kemana-mana.

2. Krim steriod cara atasi eczema flare

sumber: popsugar.com

Krim steriod ini merupakan salah saru cara atasi eczema flare. Ia membantu kurangkan kemerahan dan gatal. Jika rasa gatal-gatal dan sudah mula mengaru, cepat-cepat lah sapu krim ini.

Namun harus di ingat krim ini tidak digalakkan untuk penggunaan dalam jangka masa yang panjang. Ini kerana ia mempunyai kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan.

Alahan pada habuk juga sebabkan gatal-gatal pada tekak. Tengok cara atasi di sini

3. Pakai baju yang longgar dan bersih

Pastikan pakai pakaian yang bersih dan longgar. Ini bagi memudahkan aliran pengudaraan pada baju dan tidak cepat berpeluh. Jika berpeluh akan meningkatkan lagi tindak balas eczema dan gatal-gatal.

Jangan pakai baju yang sama berulang kali. Baju yang tidak bersih akan menyebabkan iritasi dan kegatalan.

4. Cara atasi eczema flare mandi dengan kerap

Selain daripada cara atasi eczema flare diatas, mandi dengan kerap juga dapat membantu mengurangkan rasa gatal dan juga memberi rasa lega.

Ini bagi mengelakkan peluh tidak melekat lama pada tubuh yang boleh menyebabkan kegatalan dan kemerahan.

5. Elakkan suhu yang terlalu sejuk dan terik matahari

Apabila mempunyai gejalah eczema flare elakkan keluar rumah jika panas terik.

Cuaca panas terik akan membuatkan mudah berpeluh dan melekit. Ini akan meningkatkan risiko kegatalan dan kemerahan pada kulit.

Begitu juga dengan suhu yang terlalu sejuk. Suhu yang terlalu sejuk akan membuatkan kulit cepat kering. Apabila kulit kering dan kasar, akan memudahkan bakteria dan alergen berkembang biak.

Perubahan suhu yang ekstrim akan memberi tekanan pada kulit.

6. Elakkan tempat yang berdebu dan pet dander

Zarah-zarah halus di udara boleh menyebabkan ruam dan iritasi pada kulit.

Untuk yang alah dengan bulu-bulu haiwan peliharaan dan pada asap rokok, kena elakkan dari berada di kawasan tersebut.

Debu dalam rumah juga boleh menyebabkan ruam dan iritasi.

Emm…debu rumah dipersalahkan. Jesteru itu, kena rajin bersihkan debu-debu dalam rumah.

Slow down ketika menghadapi eczema flare

Tidak kira seberapa berhati-hati kita semua menjaga dan merawat eczema, ada kalanya eczema flare akan muncul kembali.

Dani jika itu terjadi, ambil langkah untuk menjaga kulit dengan baik supaya ia tidak memburukkan lagi keadaan. Sifat tak endah akan sebabkan ia semakin teruk dan main sukar dirawat.

Tidak semua cara atasi eczema flare di atas ini sesuai dengan semua orang. Kena cuba dan tengok mana yang sesuai dengan diri.

Leave A Reply

Your email address will not be published.