Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Hilangkan Kahak Bayi – Buat 5 Cara Mudah Ini

0 54

Pada kali ini saya akan berkongsi tentang cara hilangkan kahak bayi.

Kanak-kanak terutamanya bayi usia bawah 2 tahun amat mudah mengalami batuk selsema dan kahak. Ia antara masalah kesihatan yang paling kerap serang bayi, kerana antibodi bayi masih lemah.

Hal ini menyebabkan bayi tidak berasa selesa dan meragam sepanjang hari. Ini mengakibatkan ibubapa pun terpaksa berjaga sepanjang malam.

Kebiasanya bayi mengalami kesukaran mengeluarkan hingus dan kahak yang boleh mengakibatkan risiko penyakit bronkitis.

Sudah tentu ini akan membimbangkan ibu ayah kan…?

Bertenang para ibu ayah sekalian.

Perkongsian kali ini adalah untuk ibu ayah yang mencari cara hilangkan kahak bayi. Ikuti perkongsian ini sehingga habis.

Berikut cara hilangkan kahak bayi untuk memudahkan bayi bernafas.

1. Guna teknik tepuk

sumber : majalahpama.my

Untuk cara hilangkan kahak bayi dengan menggunakan teknik tepuk, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan sebijik bantal dibawah perutnya. Elakkan bantal yang terlalu tebal.

Condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi kebawah dan kaki ke atas. Pastikan kaki lurus.

Kemudian tepuk selama 15 minit, dan bersilih ganti di kanan dan di kiri. Tujuan melakukan teknik ini adalah untuk melonggarkan kahak didalam paru-paru 15 minit selepas selesai menepuk.

Biasanya bayi akan bersin atau batuk dan akan mengeluarkan kahak berserta muntah. Jika tertelan jangan panik, ia akan ikut keluar bersama najis.

2. Sedut secara manual hilangkan kahak bayi

Seterusnya sedut cara manual cara hilangkan kahak bayi yang ada dekat paru-paru. Dilakukan dengan menggunakan alat tiub penyedut hingus. Alat ini boleh dibeli di farmasi berdekatan.

Cuba elakkan menyedut hingus bayi guna mulut. Di khuatiri bakteria dari mulut boleh menyebabkan jangkitan kepada bayi.

3. Mandikan bayi dengan air suam

Ketika bayi batuk atau selsema dengan memandikan menggunakan air suam dapat memberikan kelegaan serta membuatkan bayi selsea.

Cara hilangkan kahak bayi menggunakan kaedah ini berupaya membantu bayi bernafas dengan baik.

4. Cara hilangkan kahak bayi dengan wap

sumber:rentas.asia

Seterusnya cara hilangkan kahak bayi dengan pengewapan. Sediakan satu besen yang agak lebar, kemudian masukkan air panas.

Titiskan beberapa titik minyak telon ke dalam air panas. Pastikan suhu wap air panas sesuai untuk bayi. kemudian halakan kepala bayi pada wap air.

Ini akan memberikan kelegaan pada rongga pernafasan bayi.

5. Sentiasa pastikan anak terhidrasi

Apabila tubuh si kecil mendapat air yang cukup, ia akan membantu rendahkan suhu badan. Selain dalam masa yang sama dapat mencairkan kahak yang tersekat pada bahagian tekak mereka.

Bagi kanak-kanak usia 6 bulan keatas, boleh kerap diberikan air. Selain itu, untuk bayi, boleh berikan susu ibu atau susu formula secara kerap bagi mencarikan kahak.

Menurut Dr.Zubaidi, jika ubat selsema dan batuk tidak diberikan doktor, untuk menghilangkan kahak dan batuk berlendir, cuba buat perkara ini;

  • pastikan anak mendapat rehat yang cukup. Dan jangan bawa keluar bersiar-siar atau membeli belah
  • jika menyusukan anak, berikan jumlah susu ibu yang lebih banyak. Begitu juga dengan susu formula
  • Jangan gantikan susu dengan hanya berikan air kosong. Terutamanya anak yang berusia satu tahun kebawah. Kerana ia akan memudaratkan kesihatan anak.
  • Boleh berikan paracetamol dengan dos yang disyorkan oleh doktor. Ingat ! Ia selamat digunakan jika usia anak satu tahun keatas dan mempunyai berat melebihi 5 kg
  • Jika usia anak sudah mencapai satu tahun keatas, boleh diberikan air suam dengan madu dan lemon. Ini akan memberikan kelegaan dari batuk.

Jenis ubat yang boleh didapati di farmasi untuk cairkan kahak

Jika anak batuk, jangan bagi makanan ini ye

Menurut Dr Ahmad Samhan, terdapat beberapa jenis ubat untuk cairkan kahak boleh didapati di farmasi.

Tetapi apa yang ibubapa perlu tahu adalah tidak ada ubat batuk bagi kanak-kanak di usia bawah 2 tahun .

Berikut ada senarai jenis ubat batuk;

1- Expectorant

Digunakan untuk yang batuk berkahak (productive cough). Ia akan mencairkan kahak yang berada dikawasan saluran pernafasan dan memudahkan kahak keluar ketika batuk. Contoh ubat adalah, Rhinatiol, Bisolvon, Mucolix.

2- Mucolytic

Jenis ubat ini juga digunakan untuk batuk berkahak. Batuk yang bermula dari dalam paru-paru kerana kahak yang tebal. Ubat ini bertindak memutuskan jaringan kahak supaya menjadi longgar dan mudah dikeluarkan ketika batuk. Contoh ubat Ambroxol dan Acetycyteine

3- Herbal based

Digunakan secara tradisional untuk memberi kelegaan dari selsema, radang kerongkong, sakit tekak, batuk dan kurang kahak. Contoh ubat Cap Ibu dan Anak, Hurix, Woods.

Semoga perkongsian cara hilangkan kahak bayi ini memberi manfaat kepada semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.