Makanan Untuk Ibu Yang Bersalin Czer
Bagi makanan untuk ibu yang bersalin czer adalah amat dititikberatkan bagi membantu proses penyembuhan luka dengan lebih cepat dan juga untuk mengurangkan sebarang risiko komplikasi selepas pembedahan.
Tidak semua ibu dapat bersalin dengan secara normal. Ada sesetengah ibu akan bersalin melalui proses pembedahan czer. Pembedahan czer ataupun ceasaeran ini dilakukan bagi menyelamatkan ibu dan juga bayi, yang mana melibatkan pembedahan perut major.
Disebabkan ini ibu memerlukan masa yang panjang untuk kembali pulih sepenuhnya. Kebiasaannya, 8 jam selepas pembedahan ibu akan diberikan makanan bersifat cecair. Dan setelah itu akan makanan akan beralih kepada makanan pepejal. Seterusnya baru lah mereka diberi makanan yang biasa dimakan.
Namun dalam kaedah tradisional melarang ibu mengambil makanan secara oral dalam masa 24jam selepas bersalin czer. Dalam perbuatan pula menunjukkan bahawa pemberian makanan oral dalam masa 8 jam kepada ibu selepas bersalin czer adalah selamat.
Terdapat kajian mendapati pemberian makanan awal selepas pembedahan czer dapat mengurangkan tempoh berada di hospital, lebih cepat membuang, tidak mempunyai gejalah sembelit serta memerlukan sedikit cecair intervena berbanding dengan biasa.
Ini antara makanan berpantang bagi ibu yang bersalin pembedahan czer selepas dibenarkan mengambil makanan yang bersifat pepejal.
Makanan yang boleh diambil bagi ibu yang bersalin czer
Salah satu aspek yang sangat dititikberatkan dalam pemakanan bersalin czer adalah membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka, meningkatkan tenaga, dan membekalkan nutrien yang diperlukan oleh badan ketika berpantang.
1. Bijirin penuh makanan untuk ibu bersalin czer
Roti, bijirin, beras dan juga gandum mengandungi kalori yang diperlukan tubuh badan. Terutamnya bagi yang menyusukan bayi. Malah sumber makanan ini juga dapat meningkatkan kadar tenaga kerana mempunyai sumber nutrien dan vitamin yang diperlukan.
2. Produk tenusu
Yogurt, susu, dan keju merupakan sumber protien, kalsium, vitamin B dan vitamin D yang baik untuk ibu yang menyusukan bayi. Ambil sekurang-kurangnya 50ml setiap hari. Pastikan ambil produk tenusu yang rendah lemak.
3. Sayuran dan buah-buahan
Ambil sayuran hijau yang mengandungi sumber vitamin,kalsium, dan zat besi yang bagus untuk memulihkan tubuh selepas pembedahan czer. Sayuran hijau seperti sawi, brokoli, bayam, kekacang, dan juga daun fenugreek.
Buah-buahan pula ambil yang kaya dengan vitamin C dan antioksidan bagi membantu proses penyembuhan selepas bersalin czer. Antara buah yang kaya dengan antioksidan ialah, berries, oren, tembikai dan buah betik.
4. Kacang badam makanan untuk ibu yang bersalin czer
Pengambilan badam ketika dalam pantang czer kaya dengan sumber karbohidrat, vitamin B12, vitamin E, serat dan mineral seperti tembaga, kalsium, zink serta kalium. Kacang ini boleh mengambil dengan cara panggang ataupun mengikut selera masing-masing.
Tips untuk bersalin tanpa koyak dan jahitan boleh baca di sini
5. Halia dan bawang putih makanan yang sesuai untuk ibu bersalin czer
Halia dan bawang putih dapat membantu sistem percernaan dan mampu mengurangkan berat badan selepas hamil. Boleh ambil kedua-duanya dan tambahkan dalam menu masakan.
6. Kunyit
Seterusnya adalah kunyit yang mengandungi vitamin B6, vitamin C, kalium, serat dan juga magnesium. Kunyit dapat membantu mengurangkan keradangan dan menyembuhkan luka dalaman serta luaran dengan cepat.
Campurkan setengah sudu kunyit dalam segelas susu panas dan minum setiap hari.
7. Oat
Oat mengandungi serat yang tinggi bagi melegakan masalah sembelit. Pengambilan oat boleh dimakan bersama susu, buah-buahan kering atau kekacang. Sebagai contoh buat seperti epal, pisang dan juga mangga manis.
8. Pengambilan zat besi dalam menu makanan ibu bersalin czer
Zat besi membantu sistem imun badan, ia amat diperlukan untuk pembentukan hemoglobin dalam darah. Ketika proses bersalin telah mengakibatkan badan ibu mengalami kehilangan banyak zat besi disebabkan oleh pendarahan.
Oleh itu, ibu yang bersalin czer disarankan mengambil 20% makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi. Bagi memenuhi saranan tersebut, boleh ambil makanan seperti daging merah, kuning telur, kekacang dan lain-lain.
Namun adalah dinasihatkan amalkan tabiat pemakanan secara sederhanan ketika berpantang bersalin czer. Hal ini, kerana pengambilan zat besi yang berlebihan akan menyebabkan masalah sembelit.
Selain mengamalkan tips-tips diatas, ibu-ibu juga perlu dapatkan rehat yang cukup dan amalkan minum air kosong secukupnya. Sekiranya mengalami sebarang komplikasi segera berjumpa dengan doktor berhampiran.
Tak kira lah bersalin secara normal atau czer, menu ketika berpantang yang bernutrisi memainkan peranan yang peting untuk proses penyembuhan dan memulihkan tubuh badan ibu selepas bersalin.
Semoga info ini memberi manfaat kepada ibu-ibu semua!