Makanan Yang Dilarang Selepas Pembedahan Czer
Kebiasannya makanan yang dilarang selepas pembedahan czer merupakan antara nutrisi telah disyorkan oleh doktor. Hal ini kerana proses pemulihan selepas bersalin czer bergantung kepada beberapa kompenan kritikal dan salah satunya adalah pengambilan nutrisi yang mencukupi.
Oleh itu, terdapat ada makanan yang boleh diambil dan ada yang perlu dielakkan selepas pmbedahan czer. Ibu yang bersalin czer perlu memahami menu berpantang selepas bersalin czer, agar dapat mengoptimumkan proses pemulihan dengan baik.
Namun pada zaman dahulu, sebaik sahaja selesai pembedahan czer ibu hanya dibenarkan mengambil air kosong sehinggalah mereka kentut. Ia dipercayai penting kerana melalui kentut adalah petanda bahawa usus korang dalam keadaan baik dan sudah boleh memproses makanan pepejal.
Terdapat beberapa isu yang perlu diambil perhatian sebelum korang mengambil makanan selepas pembedahan czer. Hal ini kerana, ibu yang bersalin czer lebih cenderung mendapat risiko masalah berkaitan dengan sistem penghadaman.
Jesteru itu, ibu yang bersalin czer digalakkan minum air secukupnya bagi mengelakkan masalah sembelit. Ia juga penting untuk menghasilkan susu yang cukup untuk bayi.
Antara makanan yang dilarang selepas pembedahan czer
Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan czer akan mengalami pergerakan fizikal yang terhad. Maka itu, pengambilan makanan yang boleh menyebabkan keletihan, lesu serta melambatkan proses penyembuhan harus dielakkan.
Berikut merupakan makanan yang harus dielakkan selepas bersalin secara pembedahan czer;
1. Elakkan makanan diproses dan makanan segera selepas pembedahan czer
Makanan yang diproses ataupun makanan segera (fast food) seperti burger, nuget, sosej, dan kentang goreng biasanya mempunyai kandungan garam yang tinggi. Ini adalah antara makanan yang harus dihindari selepas pembedahan czer.
Kandungan garam yang tinggi dalam makanan akan memyebabkan penahanan cecari di dalam badan yang boleh mengakibatkan sembab. Hal ini akan memburukakan lagi keadaan sembab yang kemungkinan akan berlaku kepada ibu yang bersalin czer.
Pengambilan makanan yang bergoreng boleh menyebabkan sukar dicerna, serta menyebabkan senak perut terutamanya pada hari pertama bersalin.
2. Elakkan makanan dan minuman manis selepas pembedahan czer
Makanan dan minuman manis juga boleh melambatkan penyembuhan luka czer. Ini kerana diet yang tinggi dengan pengambilan gula akan meningkatkan risiko keradangan serta melemahkan sistem imun tubuh.
Selain itu, minuman berkarbonat juga boleh menyebabkan perut kembung.
3. Hadkan pemgambilan daging merah selepas bersalin czer
Walaupun pengambilan daging merah mempunyai kebaikan untuk ibu yang bersalin czer, daging merah juga berpotensi meningkatkan risiko ibu mengalami masalah sembelit.
Sebab itu, pengambilan daging merah dalam menu berpantang czer perlu dihadkan.
4. Minuman yang berkafein, beralkohol dan berkarbonat
Minuman seperti kopi, teh, coklat pahit, soda atau sebarang minuman untuk tenang akan menyebabkan pola tidur korang terganggu.
Oleh sebab itu, minuman ini tidak seseuai untuk korang yang baru sahaja bersalin secara pembedahan czer. Jika teringin nak minum kopi, ambil dalam kuantiti yang sederhana sahaja.
Elakkan minuman beralkohol selepas pembedahan czer kerana ia boleh menjejaskan keupayaan untuk menghasilkan susu badan dan juga memberi kesan kepada perkembangan bayi.
5. Makanan pedas yang perlu dielakkan ketika berpantang czer
Elakkan mengambil makanan pedas selepas melakukan pembedahan czer. Makanan yang pedas akan menyebabkan ketidak selesaan pada bahagian perut dan seterusnya akan mengalami cirit-birit.
Makanan yang dibolehkan untuk ibu bersalin czer boleh tengok di sini
Tips bagi ibu yang baru melahirkan anak
- Amalkan lima hingga enam hidangan kecil dalam satu hari
- Makan dengan jarak kira-kira dua jam. Sekiranya terasa lapar lebih awal, ambil snek sihat terlebih dahulu seperti buah atau kacang.
- Ambil masa untuk mengunyah secara perlahan-lahan dan tidak terburu-buru supaya makanan mudah dihadam. Minta pertolongan ahli keluarga untuk menjaga bayi untuk sementara waktu.
- Ambil masa untuk berehat ketika bayi sedang tidur.
- Amalkan masak makanan dirumah bagi mengekalkan pemakanan yang sihat dan penyediaan bahan-bahan yang lebih segar.
Kini korang sudah tahu makanan yang perlu dielakkan selepas pembedahan czer. Makanan adalah kunci utama bagi proses kesembuhan luka pembedahan czer lepas bersalin.
Secara umumnya, luka pembedahan czer memerlukan tempoh masa yang lama untuk sembuh dan juga perhatian daripada korang.
Jika korang menjaga pemakanan yang seimbang dan mengelakkan makanan yang tidak sepatutnya ketika berpantang czer, proses penyembuhan luka pembedahan czer akan beransur sembuh dengan baik dan cepat sekali.
Semoga bermanfaat.