Cara Elak Handphone Jadi Panas
Korang pernah tak semasa guna, handphone jadi panas? Lebih-lebih lagi ketika guna phone itu terlalu lama.
Smartphone pada zaman sekarang sudah menjadi satu keutamaan bukan sahaja untuk orang dewasa, malah kanak-kanak juga memerlukan handphone untuk belajar.
Semenjak MCO, pembelajaran di sekolah dilakukan secara PdPR ataupun secara online. Jadi handphone merupkan keperluan utama untuk mereka buat kerja sekolah.
Dan syukur alhamdulillah, kerana kerajaan telah memberi bantuan untuk golongan yang kurang berkemapuan B40 seperti program Jaringan Prihatin iaitu pemberian subsidi bagi pembelian telefon dan juga Yes Prihatin bagi pemberian telefon secara percuma.
Namun harus diingat bahawa ada kemungkinan terdapat spesifikasi yang berbeza di antara telefon pemberian percuma dengan yang mahal. So, nak tak nak kita kena terima dan bersyukur daripada takde langsung.
Bagaimana cara elak handphone jadi panas?
Disebabkan spesifikasi telefon yang rendah dan sedangkan keperluan untuk belajar online memerlukan penggunaan yang lebih tinggi menyebabkan berlakunya ‘overheat’ pada peranti handphone.
Apabila berlakunya overheat pada handphone akan mengakibatkan telefone tidak tahan lama ataupun meletup. Kes seperti ini sudah banyak berlaku.
Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan handphone panas termasuklah perisian yang terdapat dalam peranti itu sendiri ataupun melibatkan masalah hardware.
Ikuti beberapa tips ini bagi mengelakkan handphone jadi overheat yang telah disyorkan oleh pengeluar dan pakar telefon;
1. Matikan aplikasi background yang tidak digunakan
Ha, perkara ini ramai yang terlepas pandang. Kita tekan back selepas buka aplikasi dalam handphone, dan kita menyangka dah tutup aplikasi tapi sebenarnya tak.
Bila kita buat seperti itu, aplikasi yang tidak dimatikan akan tetap berjalan ataupun running in background. Ini akan menyebabkan phone kita jadi overheat dan bateri cepat habis.
Apa yang perlu kita lakukan adalah matikan semua aplikasi tersebut dan ikuti step mudah ini;
Klik butang home screen yang memaparkan running background.
Kemudian klik butang tong sampah untuk hapuskan semua aplikasi yang terdapat dalam running background
Jika semua aplikasi masih tetap berjalan dan tidak menunjukkan paparan seperti diatas.
Gunakan cara ini untuk memastikan aplikasi ditutup dan tidak berjalan di running aplication. Klik setting > app launch
Klik Disable bagi aplikasi yang korang tak perlukan seperti dalam gambar diatas. Bagi memastikan aplikasi tersebut tidak sentiasa running.
2. Off kan Wi-Fi , bluetooth, GPS location, atau internet data
Sekiranya korang menggunakan data internet, sebaiknya dimatikan fungsi tetapan lain yang tidak diperlukan seperti wi-fi, bluetooth,dan GPS location.
Tujuan ini adalah untuk mengelakkan phone korang bekerja keras mencari talian wi-fi atau GPS location sedangkan korang tidak memerlukan.
Cara ini bukan sahaja dapat elakkan phone korang cepat panas tapi juga dapat menjimatkan penggunaan bateri.
3. Handphone jadi panas #Kurangkan tahap kecerahan layar skrin.
Perkara ini pun boleh menyebabkan phone overheat. Mungkin ada sesetengah yang tidak perasan bahawa kecerahan pada skrin telefon boleh ditetapkan dalam mood automatik.
Apabila mood automatik telah ditetapkan, tahap kecerahan akan naik jika berada dibawah lampu atau matahari.
Dan apa yang korang perlu buat adalah pergi ke bahagian setting > display brightness, kemudian tetapkan kepada kadar kecerahan yang sesuai.
Takde lah paling cerah sekali, nanti bukan je phone cepat panas. Bateri pun cepat habis. Bukan tu je mata pun boleh jadi sakit jika skrin terlalu cerah.
Anak-anak letak password pada whatsapp? Follow cara ni untuk hack dan pantau
4. Pengudaraan yang baik ketika menggunakan handphone
Elakkan letak phone korang dibawah bantal atau celah tilam, apatah lagi jika tengah cas. Silap- silap boleh meletup tau!
Sememangnya alatan ini akan panas ketika kita sedang guna. Cuma tergantung pada teknologi phone tersebut dan bagaimana cara kita menggunakan alat peranti itu.
Jadi sebaiknya adalah ada pengaliran udara ketika menggunakan phone.
5. Elakkan mengguna phone secara berterusan.
Hmm, ini ramai yang buat, betul tak? Terutamanya adik-adik yang belajar secara online.
Lepas habis je kelas online terus tengok drama Korea, Tiktok lah atau main game. Sudah tentu-tentu lah phone akan cepat panas.
Dah memang begitu lumrah alatan elektronik jika digunakan secara berterusan dan tanpa rehat akan membuatkan phone lebih cepat panas.
Jadi sebaiknya tutupkan dahulu skrin phone tu selepas habis kelas online dan biarkan ia rehat selama beberapa minit sebelum digunakan semula.
Ha, bukan manusia je yang kena ada rehat tau, phone pun kena rehat juga bagi mengelakkan ia overheat.
So, ini lah antara cara dan cadangan bagi mengurangkan handphone korang jadi cepat panas atau overheat.
Semoga dengan adanya cadangan ini phone korang boleh digunakan dengan lebih lama dan terjaga.
Jadi takde lah bila phone rosak, korang kena keluar duit lagi cari yang lain.
Lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi negara kita sekarang yang semakin teruk. So, mana yang ada tu kita jaga baik-baik dan pakai je dulu ya!