Take a fresh look at your lifestyle.

Modus operandi scammer – sentiasa berhati-hati

0 47

Kes modus operandi scammer sering kali menjadi tajuk utama dalam media massa tempatan.

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita scammer yang melibatkan seorang doktor pakar yang mana telah kehilangan wang ribuan ringgit secara tiba-tiba dalam akaun simpanan banknya.

Kejadian ini telah menjadi viral sehingga masyarakat mulai meragui tahap keselamatan akaun simpanan bank mereka.

Sememangnya, kegiatan scammer ataupun penipuan dalam talian ini sudah lama wujud, namun tidak begitu aktif seperti yang sekarang. Scammer bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan semenjak MCO.

Mereka menggunakan pelbagai helah memperdayakan mangsa untuk mendedahkan maklumat peribadi serta menyamar sebagai anggota jabatan dari pihak bank dan sebagainya.

Apakah modus operandi scammer yang sering digunakan?

sumber: niagakini.my

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Dan Komersil Polis Diraja Malaysia, terdapat beberapa modus operandi yang sering digunakan bagi memperdayakan mangsa dalam talian.

Antaranya adalah seperti berikut;

  • Melalui iklan jualan barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan harga jauh lebih murah di media sosial.
  • Seterusnya, melalui APK file. Suspek meminta mangsa memuat turun aplikasi tersebut dalam telefon untuk membuat pembelian.
  • Kemudian, meminta mangsa masuk ke website perbankan palsu untuk mengisi butiran maklumat diri serta kad kredit.
  • Setelah selesai mengisi, website tersebut akan memaparkan page erro. Dan tanpa kita sedari wang dalam akaun simpanan bank telah lesap.
  • Biasanya, suspek tidak mahu berjumpa secara bersemuka dan hanya menghubungi melalui WhatsApp atau Messenger.

Bagaimana cara scammer beroperasi untuk dapatkan butiran perbankan mangsa?

1. Menyamar sebagai anggota dalam jabatan agensi kerajaan.

Pelbagai gaya penyamaran yang mereka gunakan untuk memperdayakan mangsa. Pelakon terkenal pun kalah dan tidak akan mampu berlakon seperti mereka.

Antara penyamaran yang mereka sering gunakan ialah;

Pegawai agensi kerajaan

Scammer akan menelefon dan memberitahu mangsa bahawa mereka adalah daripada pihak pegawai agensi kerajaan.

Sebagai contoh mereka akan menyamar sebagai pegawai polis dan memberitahu mangsa bahawa mereka terlibat dengan kegiatan jenayah.Seperti penggubahan wang haram dan lain-lain.

Melalui satu panggilan telefon ini scammer akan meminta butiran maklumat peribadi untuk merompak secara dalam talian.

Pegawai Bank Negara

Teknik penyamaran yang seterusnya adalah sebagai pegawai BNM. Adalah pelik dan janggal jika pihak bank meminta data peribadi berkaitan dengan kad kredit ataupun akaun bank.

Jika korang beri butiran maklumat yang diminta suspek, sah itu adalah scammer.

Ingat! Pegawai BNM tidak akan meminta butiran data peribadi secara dalam talian.

Pegawai ejen KWSP

Ini adalah modus operandi scammer yang terbaharu.

Jika korang menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mengaku sebagai ejen KWSP dan meminta nombor kad pengenalan bagi membantu mengeluarkan duit.

Sila abaikan panggilan tersebut. Hal ini disebabkan terdapat pelbagai jenis bantuan yang kerajaan berikan kepada rakyat seperti i-citra, i-sinar dan sebagainya.

Kadang kawan cepat terasa jika dinasihati tentang perkara ini, cuba follow cara ini supaya mereka tak terasa dan hubungan tak retak

2. Love scam modus operandi scammer

sumber: utusan.com.my

Suspek akan menggunakan identiti palsu di media sosial atau aplikasi ‘dating apps’ untuk memulakan operasi penipuan.

Mereka akan menggunakan gambar yang elok dan berkerjaya sebagai modus operandi. Selain itu, mereka juga tidak mudah putus asa dan sangat penyabar ketika melakukan operasi scammer ini.

Scammer juga akan berusaha meyakinkan mangsa, dan adakalanya mengambil masa yang cukup lama hingga berbulan-bulan. Apabila taktik suspek sudah berjaya dan mangsa sudah ‘mabuk cinta’.

Disaat ini lah suspek akan mulakan modusnya dengan meminta bantuan kewangan kerana hal kecemasan.

Atau suspek membeli hadiah untuk mangsa, tetapi hadiah disekat oleh kastam dan mangsa perlu membayar sejumlah wang untuk membiayai kos penghantaran.

Akhirnya, mangsa kehilangan sejumlah wang yang cukup besar.

3. Modus operandi scammer #Pembelian secara online

Sejak kebelakangan ini scammer dalam jual beli secara online semakin meluas. Mereka akan menjual sesuatu barang dengan harga yang berpatutan di media sosial.

Wang sudah ditransfer ke dalam akaun penjual, namun barang yang dibeli tak sampai lagi. Malahan akaun suspek turut ghaib dari media sosial.

Selain itu, suspek juga menipu mangsa dengan membuat pembayaran barang yang mereka tidak beli. Jika korang menerima barang yang dihantar sampai ke rumah (COD).

Korang kena hati-hati, kerana korang akan membayar barang yang korang tak beli.

Di luar negara pula, scammer akan menjual barang yang tidak wujud didalam laman web.

4. Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)

Jika korang menerima pesanan mesej yang meminta nombor TAC / OTP, kod CVV pada kad bank dan yang berkaitan dengan akaun bank.

Sila berhati-hati kerana ini adalah akses untuk scammer mencuri wang dalam akaun simpanan bank korang.

Kegiatan modus operandi scammer ini tidak ketinggalan untuk melakukan inovasi. Mereka akan sentiasa melakukan pelbagai penipuan dan berubah-ubah mengikut keadaan semasa.

Jika scammer memberitahu bahawa korang terlibat dalam satu kes kesalahan yang berkaitan dengan mana-mana agensi kerajaan mahupun ejen.

Sebaiknya korang hadapi dengan tenang dan jangan buat keputusan terburu-buru di dalam talian. Seeloknya korang pergi sendiri ke agensi tersebut untuk dapatkan kesahihan maklumat.

Elakkan mengisi maklumat perbankan korang di laman web jika terdapat sesuatu yang mencurigakan.

Sebagai pengguna yang bijak, korang disyorkan untuk menghubungi CCID Scam Respon Center di talian 03-2610 1599/1559 jika terdapat sebarang aktiviti mencurigakan pada akaun bank.

Leave A Reply

Your email address will not be published.