Take a fresh look at your lifestyle.

Semak Akaun CIMB – Jika Disyaki Ada Akses Dari Telefon Lain

0 45

Ramai di antara kita yang masih belum tahu cara semak akaun CIMB Bank, terutamanya bagi mereka yang menggunakan ‘online banking’.

Sekarang ini hangat pasal kes internet banking yang auto transfer ke dalam akaun scammer tanpa nombor TAC. Benda ini mungkin boleh berlaku disebabkan oleh akaun banking korang dah link ke dalam telefon scammer.

Kes terbaharu yang melibatkan kehilangan duit dalam bank simpanan secara tiba-tiba dalam tempoh 1 minggu yang lepas;

  1. Dr. Rafidah hilang RM 13,000
  2. Seorang wanita yang hilang duit simpanan dari 4 akaun iaitu, dari CIMB Bank, Public Bank, Bank Rakyat dan Maybank. Jumlah yang hilang sebanyak RM 163,000 , merupakan jumlah kes kehilangan yang paling besar.
  3. Seorang bakal pengantin dan juga pesakit yang menjalani rawatan juga mengalami kes yang sama. Hilang duit sejumlah RM 27,000
sumber: facebook.com

Dari itu bermula, timbulnya persoalan demi persoalan tentang tahap keselamatan bank dalam negara untuk menjaga wang simpanan pengguna dalam akaun bank.

Disebabkan tular di media sosial kes kehilangan duit dalam CIMB bank, buatkan orang ramai risau akan duit dalam akaun simpanan mereka. Dan ramai juga yang memberi saranan untuk membuka akaun bank lain seperti, Tabung Haji, Affin Bank, ASNB dan sebagainya.

Dan tidak hanya itu, ramai yang kecewa dan menyuarakan tak puas hati dengan tahap keselamatan bagi sesetengah bank. Yela, takde angin takde ribut. Tiba-tiba dapat notifikasi duit transfer ke akaun yang tak dikenali. Yang lagi merungsingkan adalah sedebuk duit simpanan kita hilang lesap.

Duit hasil titik peluh menyimpan setelah sekian lama lesap begitu sahaja. Siapa yang tak down?

Namun kes-kes seperti ini bukan lagi benda baru bagi kita, perbuatan scammer ini sudah lama wujud. Cuma dia sekejap ada, dan sekejap sendu. Disamping itu, scammer akan sentiasa meng-upgrade “skill” mereka mengikut keperluan.

Jadi untuk mengelak kepada benda-benda macam ni berlaku, saya akan tunjukkan cara set setting dalam akaun banking CIMB korang.

Cara menyemak akaun CIMB

1. Login apps CIMB Cliks korang dan leret ke tepi untuk pergi ke setting.

2. Klik butang setting

3. Kemudian, lihat dibahagian ” Other Registered Device” dan semak jika terdapat peranti lain yang telah didaftarkan di bawah akaun CIMB Cliks korang.

4. Sekiranya terdapat senarai device yang mencurigakan, sila padam device telefon tersebut dengan kadar segera. Ikuti langkah ini untuk pilih device telefon yang ingin dipadam.

Slide ke tepi > klik simbol tong sampah, bagi menghapus device telefon yang tidak dikenali dan mencurigakan.

akhir sekali klik “YES” dan peranti yang mencurigakan akan dinyahaktifkan dari senarai daftar dalam akaun CIMB Cliks korang.

Pihak bank sentiasa mengingatkan kita tentang scammer online. Jestru itu, kita boleh sentiasa menyemak akaun bank kita, bagi mengelakkan terjadinya kes kehilangan duit dalam bank simpanan.

” Setiap CIMB Cliks akan ada satu sistem jika nak buat transaction tak perlu masukkan TAC No melalui SMS. Hanya perlu klik dan sahkan melalui device atau telefon yang berdaftar dengan CIMB Cliks seperti gambar di atas. Itu lah cara scammer buat pemindahan duit tanpa TAC. Dia cuma perlu sahkan melalui device yang telah dia daftar (second device).- Mohd Fuzi Che Hassan melalui Facebooknya “

Dan sebagai tambahan untuk meningkatkan keselamatan akaun bank kita, saya sarankan korang ikuti step ini:

  • Tukar password online banking dan nombor pin kad debit atau credit card dengan segera
  • Semak daftar nombor telefon dalam akaun online banking dan elakkan daftar lebih satu nombor telefon.
  • Had atau limitkan jumlah pengeluaran jumlah wang dalam sehari.
  • Semak telefon jika terdapat apps yang mencurigakan. Segera Uninstall !
  • Kurangkan penggunaan paywave. Sebaiknya guna no.pin ketika menggunakan kad debit atau kredit.
  • Abaikan semua link yang kita terima sama ada melalui SMS atau WhatsApp dari orang yang tidak kita kenali dan mencurigakan.

Cara yang telah saya tunjukkan diatas adalah sebagai ikhtiar untuk langkah berjaga-jaga. Selain berharap dari pihak CIMB dan juga mana-mana bank untuk meningkatkan dan menambahbaik sistem security mereka.

Sekiranya, korang kurang yakin dengan cara pencegahan yang saya tunjukkan diatas, korang boleh menghubungi langsung ke pusat khidmat pelanggan CIMB bank di talian 03-62047788 dengan kadar segera.

Semoga dengan ikhtiar ini dapat membantu korang menguatkan lagi tahap keselamatan akaun online banking korang.

Leave A Reply

Your email address will not be published.