Take a fresh look at your lifestyle.

Aplikasi Mencurigakan Dalam Google Play Store – Delete 35 Aplikasi Ini Segera

0 32

Penemuan puluhan aplikasi mencurigakan sedang berleluasa di Google Play Store sekarang ni.

Ini telah dibuktikan oleh pengusaha keselamatan siber Bitdefender, telah menemukan sebanyak 35 aplikasi perisian hasad android yang mencurigakan dan berbahaya telah berjaya menyusup masuk ke dalam google play stroe.

Menurut Bitdefender, aplikasi-aplikasi ini akan memaparkan iklan yang menggangu pengguna dan berbahaya. Aplikasi lain juga memaparkan iklan namun tidak seperti 35 aplikasi ini, memaparkan iklan melalui framework-nya sendiri dan seterusnya akan menyebarkan malware kepada pengguna.

Aplikasi ini akan menyelinap masuk dan bersembunyi dalam peranti android korang, setelah di muat turun aplikasi dilakukan. Ikon aplikasi akan ditukar menyerupai ikon aplikasi tetapan dalam phone.

Antara kategori aplikasi yang telah dikenalpasti adalah seperti wallpaper, tema, filter kamera, bah kan aplikasi QR code dan juga GPS location termasuk dalam senarai 35 aplikasi yang mencurigakan.

sumber: detik.com

Selain itu, aplikasi ini juga bertindak sukar untuk dikesan dengan menukar nama dan juga ikon aplikasi setelah selesai dimuat turun dan dipasang dalam alat peranti android mangsa.

Dan yang lebih parah lagi adalah malware yang ada di dalam aplikasi tersebut dapat mencuri butiran peribadi dan informasi tentang kewangan pengguna jika memuat turun aplikasi itu.

Namun malangnya, ada beberapa aplikasi yang berbahaya yang masih bertahan dan berdaftar di Play Store dan belum dihapuskan oleh Google.

Berikut adalah daftar senarai 35 aplikasi mencurigakan telah berjaya dikesan dan dilaporkan kepada pihak Google;

  • Walls light – Wallpapers Pack
  • Big Emoji – Keyboard
  • Grad Wallpapers – 3D Backdrops
  • Engine Wallpapers – Live & 3D
  • Stock Wallpapers – 4K & HD
  • EffectMania – Photo Editor
  • Art Filter – Deep Photoeffect
  • Fast Emoji Keyboard
  • Create Sticker for Whatsapp
  • Math Solver – Camera Helper
  • Photopix Effects – Art Filter
  • Led Theme – Colorful Keyboard
  • Keyboard – Fun Emoji, Sticker
  • Smart Wifi
  • My GPS Location
  • Image Warp Camera
  • Art Girls Wallpaper HD
  • Cat Simulator
  • Smart QR Creator
  • Colorize Old Photo
  • GPS Location Finder
  • Girls Art Wallpaper
  • Smart QR Scanner
  • GPS Location Maps
  • Volume Control
  • Secret Horoscope
  • Smart GPS Location
  • Animated Sticker Master
  • Personality Charging Show
  • Sleep Sounds
  • QR Creator
  • Media Volume Slider
  • Secret Astrology
  • Colorize Photos
  • Phi 4K Wallpaper

Sepertinya tidak semua pengguna peranti android mengetahui aplikasi tersebut berbahaya kerana jumlah yang memuat turun aplikasi itu melebih 2 juta kali muat turun. Oleh itu, pengguna peranti android dinasihatkan sentiasa berwaspada.

Bitdefender juga mengsyorkan kepada pengguna untuk tidak memuat turun aplikasi yang tidak diperlukan dan segera memadam aplikasi yang sudah tidak digunakan.

Berhati-hati dengan aplikasi yang mempunyai jumlah muat turun yang tinggi tapi tidak mempunyai review. Apalagi terdapat banyak review palsu di dalam Play Store. So, korang kena extra berhati-hati dan lebih peka terhadap aplikasi seperti ini.

Selalulan berhati-hati dengan modus operandi scammer sekarang ni

Perlindungan terhadap aplikasi yang berniat jahat

Dengan lebih daripada 2 juta peranti Android aktif, jadi tak hairanlah bahawa Google Play Store adalah sasaran untuk developers perisian hasad.

Malahan ini bukan rahsia lagi bahawa Google Play Store merupakan rumah kepada beberapa perisian hasad termasuk DawDropper, Joker, SharkBot, Xenomorph dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, pada masa yang sama ia merupakan salah satu platfrom yang paling selamat untuk memuat turun aplikasi.

So, bagaimana korang boleh melindungi telefon korang daripda aplikasi ini? beritu adalah tips nya;

  1. Pastikan korang running version Android yang terbaharu. Google sentiasa berusaha untuk meningkatkan keselamatan pada platfrom ini, jadi versi Android yang lebih baharu kurang terdedah dengan serangan perisian hasad.
  2. Sila perhatikan permintaan kebenaran aplikasi sebelum memasang apa-apa dari Play Store. Jika aplikasi meminta lebih banyak kebenaran daripada yang diperlukan. Sila abaikan itu adalah aplikasi yang tidak berguna.
  3. Install aplikasi Google Play Protect. Ini akan menambah perlindungan pada peranti korang dan menangkap perisian hasad yang menyisip masuk dalam phone.
  4. Pastikan hanya muat turun aplikasi dari sumber yang dipercayai. Bagi mengelakkan app store dan website dari pihak ketiga.
  5. Last sekali, semak reviews sebelum memuat turun apps. Jika aplikasi memiliki banyak reviews yang negative, ia mungkin tidak berbaloi untuk di muat turun.

Leave A Reply

Your email address will not be published.