Take a fresh look at your lifestyle.

Tanda-Tanda Meroyan – Suami Kena Selalu Perhatikan Isteri.

0 46

Doktor menjelaskan terdapat beberapa tanda-tanda meroyan ibu alami selepas bersalin yang dipandang remeh oleh para suami.

Selepas melahirkan anak, ibu memerlukan penjagaan yang terbaik bagi mengelakan mengalami gejalah meroyan.

Meroyan atau lebih dikenali sebagai postpartum depression (PPD) merupakan bentuk kemurungan klinikal yang dia alami oleh ibu selepas bersalin.

Berdasarkan satu kajian klinikal, biasanya keadaan ini akan dialami oleh ibu bermula dalam tempoh 3 bulan pertama selepas melahirkan anak.

Simptom meroyan dikategorikan sebagai penyakit mental yang serius. Menurut pakar psikiatri, Dr, kasmini Kasim ibu lepas bersalin tidak boleh mengambil mudah dengan perubahan emosi ketika masa awal selepas melahirkan, kerana ia merupakan satu petanda meroyan.

Dan ini akan memberi kesan kepada bayi, adalah sangat berbahaya jika tidak dirawat dari awal.

Hati-hati wahai suami, tugas suri rumah ada kalanya boleh buat isteri depress dan darah tinggi

Berikut merupakan punca meroyan

Sebelum kita mengetahui tanda meroyan, kenali dahulu punca yang mengakibatkan ibu meroyan. Terdapat beberapa punca yang boleh memicu ibu lepas bersalin mengalami meroyan. Antaranya adalah;

1. Disebabkan oleh perubahan hormon boleh memicu tanda meroyan

Selepas bersalin isteri akan mengalami perubahan hormon yang mendadak. Perubahan ini akan menyebabkan punca meroyan dan akhirnya akan menganggu emosi isteri. Dan seterusnya akan berlaku kcelaruaan emosi.

Tanpa sokongan dari orang sekeliling terutamanya suami akan menjadi lebih serius sehingga isteri mengalami simptom meroyan.

2. Kurang rehat serta senitasa kelihatan letih

Isteri yang sering keletihan dan kurang rehat juga boleh meningkatkan risiko mengalami simptom meroyan. Dengan keadaan yang baru lepas bersalin, tubuh badan yang masih lemah serta kesakitan sememangnya perlukan rehat dan tidur yang cukup.

Oleh itu, adalah sangat penting bagi ibu lepas bersalin ada orang yang menjaga, menemaninya dan juga membantunya mengurus bayi serta dirinya. Begitu juga dengan kerja-kerja rumah dan makan minumnya.

3. Tidak berpantang dengan cara yang betul

Berpantang adalah proses pemulihan dan berehat untuk ibu setelah habis melahirkan bayi. Seperti bertungku, param, pilis, berurut, bengkung dan bertangas sepanjag tempoh berpantang. Ini bertujuan untuk memulihkan semula ibu dari segi fizikal dan mental.

Jika tidak berpantang dengan sempuran, akan mnyebabkan fizikal dan mentalnya gagal pulih dan sterusnya berlarutan sehingga meroyan.

Kenali tanda-tanda meroyan yang sering para isteri alami

Berikut merupakan tanda meroyan yang biasa dialami oleh para isteri selepas melahirkan :

Mengalami gangguan emosi seperti resah dan kelihatan tidak tenang.

Salah satu tanda yang paling ketara sekali dapat dilihat pada wajah mereka. Mereka akan seringkali resah, marah, menangis serta takut tanpa alasan yang munasabah.

Malah emosi mereka dari hari ke hari semakin kelihatan tidak stabil sehingga menjejaskan hubungan dengan bayi.

Perkara ini ada kemungkinan berpunca dari kehamilan jarak yang terlalu rapat dan juga terlanjur.

Tanda-tanda meroyan #Sukar tidur

Mengalami sering keletihan disebabkan tidak cukup tidur dan tidak cukup rehat. Walaupun bayi tidur dengan lena. Hal ini menyebabkan tubuh badan isteri tidak bermaya.

Kekurangan rehat dan tidur boleh mengakibatkan emosi isteri terjejas terutamanya yang baru lepas bersalin. Malahan hal ini juga boleh mendorang mereka berhalusinasi.

Jesteru itu, suami perlulah sentiasa memberi sokongan dan membantu dalam mengurus penjagaan bayi dan juga isteri sebaik mungkin.

Tanda-tanda meroyan #lebih suka bersendirian

Mereka yang mengalami kemurungan akan mengasingkan diri atau memilih untuk bersendirian, tidak suka dengan kehadiran orang luar dan kelihatan kurang bersemangat.

Walau bagaimanapun, ada sesetengah ibu yang akan mengasingkan diri kerana ingin berehat setelah seharian mengurus bayi. Dan disini lah peranan sebagai suami untuk membantu dan memantau keadaan isteri setiap masa.

Berfikiran negative merupakan tanda meroyan

Mereka mula mempunyai perasaan ragu-ragu, fikiran bercelaru, bercakap merapu dan mengeluarkan kata-kata yang tidak masuk akal merupakan ciri psikaitri

Mengalami delusi dan mempercayai perkara-perkara karut. Seperti mendengar suara-suara ghaib yang memburukkan ibu atau menyuruh ibu membunuh bayinya dan sebagainya.

Ibu tidak mahu menjaga bayinya, membenci bayi tersebut dan yang lebih parah adalah ada yang cuba membunuh bayinya.

Ibu mula menganggap bahawa bayinya cacat walaupun sebenarnya sihat, mulai mengakui bayi yang dilahirkan bukan bayinya, mengatakan bayi yang dilahirkan membawa sial dan sebagainya.

Peranan sebagai suami bagi mengelakkan mengalami isteri simptom meroyan

sumber: Facebook.com

Simptom meroyan ini dapat dielakkan sekiranya para suami memainkan peranan dengan baik. Begitu juga dengan ahli keluarga yang lain. Antaranya adalah:

1. Suami kena memainkan peranan yang penting khusunya selepas isteri bersalin. Bantu isteri dari segi pengurusan dirinya dan bayi serta sentiasa menjaga perasaannya.

2. Jika suami perlu bekerja, sentiasa menghubungi isteri di rumah dan meluangkan masa seketika untuk berbual dengannya.

3. Sebaiknya elakkan percanggahan pendapat, pergaduhan dan sebagainya yang boleh memicu stress isteri.

4. Suami kena banyakkan bersabar melayani isteri kerana emosi isteri selepas bersalin sentiasa berubah-ubah dan tidak stabil.

5. Sentiasa kena peka dengan perubahan isteri. Bawa isteri dapatkan rawatan psikiatri lebih awal jika terdapat tanda-tanda yang serius agar isteri dapat menerima rawatan awal.

Ini antara sedikit sebanyak informasi tentang tanda meroyan yang dapat saya kongsikan. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada korang semua.

Dan suka saya ingatkan sekiranya terdapat kemunculan simptom meroyan, segera dapatkan rawatan awal bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk. Bahkan masalah meroyan ini boleh meragut nyawa jika tidak dirawat lebih awal.

Leave A Reply

Your email address will not be published.