Take a fresh look at your lifestyle.

7 Petua Banyakkan Susu Badan

0 32

Pada perkongsian kali saya akan kongsikan 7 petua banyakkan susu badan bagi membantu korang memberi susu badan yang cukup pada bayi. Susu badan merupakan sumber makanan yang terbaik bagi bayi.

Kolorstrum yang terdapat pada susu badan ibu mempunyai antibodi yang terbaik untuk bayi melawan jangkitan. Proses penyusuan bagi ibu yang pertama kalinya akan mengambil masa beberapa jam bahkan ada yang mengambil masa sehingga berhari-hari untuk memulakan penyusuan pertama.

Namun begitu sesetengah ibu yang menyusukan bayi akan mengalami masalah kekurangan susu. Hal ini biasanya dipengaruhi oleh pelbagi punca yang menyebabkan penghasilan susu berkurang.

Jadi sebelum korang berputus asa, lebih baik cari ikhtiar terlebih dahulu untuk memperbanyakkan susu badan. Sebaiknya kenal pasti terlebih dahulu apa yang menyebabkan susu berkurang. Tak kira lah dari segi pemakanan, emosi, aktiviti harian mahupun teknik menyusukan bayi.

Berikut merupakan tips memperbanyakakn susu badan

1- Hindari tekanan dan bawa bertenang

Percaya atau tidak untuk meriahkan susu badan korang perlu bertenang dan jangan stress. Hal ini kerana tekanan merupakan salah satu punca penghasilan susu badan berkurang.

Dan ramai ibu-ibu diluar sana yang tidak akan sedar dengan hal ini. Ketika korang berada dalam keadaan tenang dan terhindar daripada tekanan akan memudahkan tindakbalas hormon membantu dalam penghasilan susu.

Emosi dan persekitaran perlu dalam keadaan bahagian serta tenang ketika menyusukan bayi ataupun sebelum mengepam susu.

Jangan stress dan wujudkan mood yang ceria. Ia dikenali sebagai grooming.

Alunkan ayat al-Quran atau zikir atau muzik untuk membantu korang bertenang dan ceria. Korang juga boleh cuba praktikkan, bayangkan wajah si manja saat memerah susu. Ini pasti akan membantu menghasilkan susu yang banyak dan buatkan korang teruja.

Tak percaya? try lah!

2- Positifkan mindset – petua banyakkan susu badan

Ha, yang ini ramai ibu-ibu diluar risau dengan penghasilan susu badan semakin berkurang. Panik apabila saat pam susu semakin hari semakin berkurang. Dan bayi pula sering menangis kerana tidak cukup susu.

Bagaimana hal in boleh terjadi? jawapannya adalah “mindset”.

Masih keliru, macam ini otak merupakan orang utama dalam tubuh yang akan mempengaruhi setiap tindakan manusia. Setiap tindakan dan isyarat tubuh akan dijana oleh otak dan dihantar ke anggota tubuh yang lain untuk bertindak.

Oleh itu, apabila korang berfikiran positif, otak akan menghantar isyarat ke kelenjar payudara untuk menghasilkan susu dan melancarkan pengeluaran susu. Sentiasalah berfikiran positif bahawa susu badan korang mencukupi untuk si manja.

3- Ketahui konsep ‘supply dan demand’

Konsep ‘supply and demand’ adalah semakin kerap korang mengelurkan susu, semakin banyak susu yang korang akan hasilkan. Susukan bayi korang sekerap yang boleh dan mengikut kehendak bayi.

Purata kekerapan penyusuan bayi adalah antara 10-12 kali atau lebih dalam sehari. Ini akan merangsang hormon prolaktin untuk menghasilakan susu yang lebih banyak.

4- Melakukan teknik urutan yang betul

Teknik urutan adalah salah satu cara memperbanyakkan susu badan. Terdapat beberapa cara teknik urutan banyakkan susu badan yang boleh korang try.

Salah satunya adalah teknik urutan dibahagian belakang dan payudara. Teknik ini dipercayai berkesan melancarkan penghasilan dan pengeluran susu badan dengan baik.

Minta bantuan dari suami atau ahli keluarga yang lebih berpengalaman.

5- Perah atau susukan bayi secara konsisten

Jangan biarkan payudara penuh baru nak susukan bayi atau pam susu. Sebaiknya kosongkan payudara setiap 2 jam. Korang perlu yakin dan berfikiran positif bahawa susu ada dan mecukupi untuk bayi.

Ini merupakan terapi bagi ibu untuk terus berusaha untuk memperbanyakkan susu badan. Sebaiknya waktu pagi adalah masa yang sesuai untuk pam susu. Ini kerana pada waktu malam hormon prolaktin dan oksitosin lebih tinggi menyebabkan badan lebih aktif hasilkan susu pada waktu malam.

Dengan syarat ibu harus lebih kerap menyusukan bayi pada waktu malam. Memerah susu atau menyusukan secara konsisten akan membantu menghasilkan semula susu selepas diperah atau disusukan pada bayi.

Bagi surirumah korang juga digalakkan untuk pam susu dan menyimpan stok susu dirumah bagi tujuan kecemasan si ibu dan bayi tetap mendapat susu ibu.

6- Minum air secukupnya – Petua banyakkan susu badan

sumber: bidadari.com

Air sangat penting untuk penghasilan susu. Selain itu, air juga penting untuk sistem penghadaman dan juga mengekalkan kelembapan kulit. Korang disarankan minum air sekurang-kurangnya 2-3 liter air dalam sehari. Lebih kurang dalam 13 gelas air. Jangan skip air!

Air yang manis dan berkaffein tak termasuk ye!

Sebaiknya minum air sebelum dan selepas menyusukan bayi. Minum secara kerap dalam kuantiti yang sedikit lebih berkesan untuk mencapai target 3 liter sehari.

7- Amalkan zikir banyakkan susu badan

Petua yang terakhir adalah sentiasa amalkan zikir dan niatkan dihati untuk banyakkan susu badan. Sediakan segelas air, mulakan dengan bacaan Bismillah sebanyak 10x dan lepas itu selawat.

Seterusnya, baca zikir Ya Matin sebanyak 70x, kemudian akhiri dengan selawat dan Bismillah. Minum air itu dan lakukan setiap hari.

Demikian beberapa petua memperbanyakkan susu badan yang dapat saya kongsikan dalam membantu para ibu memeriahkan susu badan. Semoga dengan ikhtiar ini dapat memberi manfaat kepada korang untuk mengekalkan kuantiti dan kualiti susu badan untuk si manja.

Sentiasa berdoa dan bertawakal kepada Allah semoga bayi yang disusui dilimpahkan rezeki serta membesar dengan sihat dan sempurna.

In Shaa Allah, proses penyusuan korang akan dipermudahkan dan lancar.

Leave A Reply

Your email address will not be published.