Tips Ajar Anak Solat Dengan Mudah – Bonding Terbaik Dengan Si Comel
Tips ajar anak solat dengan mudah ini dapat membantu ibubapa supaya anak rajin solat.
Untuk mengajar anak kecil solat memang agak mencabar. Apatah lagi untuk melakukan solat dengan sempurna. Tetapi percayalah semakin sukar sesuatu amanah, semakin besar ganjarannya.
Namun untuk mendidik si comel menunaikan solat bukanlah satu proses yang sukar, jika ibubapa menggunakan kaedah yang betul. Yang penting adalah ibubapa perlu menitik beratkan solat masing-masing.
Ini antara tips ajar anak solat dengan mudah supaya rajin menunaikan solat
1. Menunaikan Solat Depan Anak
Ibubapa adalah role model yang terbaik bagi anak. Dalam apa jua perkara yang mereka lakukan, anak akan menyerap dan meniru secara tidak langsung setiap perilaku ibubapa mereka.
Oleh itu, gunakan lah kelebihan ini untuk mendidik anak menunaikan solat. Solat lah ditempat yang sentiasa dapat dilihat oleh anak, sebagai contoh ruang tamu.
Biasanya anak akan meniru gaya kita saat menunaikan solat. Ini adalah salah satu petanda yang bagus kerana si comel sudah menunjukkan minat dan rasa ingin tahu tentang solat.
2. Tips Ajar Anak Solat #Didik Anak Solat, Bukan Suruh
Parents perlu mengajak anak solat secara berjemaah bersama-sama, bukannya menyuruh mereka solat bersendirian. Sebenarnya parents tak perlu tunggu sehingga anak berumur 7 tahun untuk ajak solat berjemaah.
Kerana anak pada usia 2-3 tahun memiliki bakat meniru yang sangat hebat. Jadi ajaklah mereka menunaikan solat di sebelah kita.
Lakukan cara ini dengan konsisten setiap masa untuk mengajak anak pada awal waktu. Melalui cara ini kita telah tanamkan mindset anak untuk bersedia setiap kali masuk waktu.
Sekiranya anak sudah mulai bersekolah, ajaklah anak-anak solat subuh secara berjemaah bersama sebelum menghatar ke sekolah dan keluar berkerja.
3. Ajarkan Mengambil Wuduk Step by Step
Mendidik cara mengambil wuduk yang betul merupakan salah satu permulaan untuk mendidik anak menunaikan solat. Jika wuduk sempuran, In Shaa Allah solat juga akan sempurna.
Bimbing anak cara berwuduk secara teratur dan sempuran. Jika perlu tampalkan poster bergambar langkah-langkah berwuduk di dalam bilik mereka.
Tetaplah bersabar, kemungkinan perkara ini mengambil masa yang lama untuk anak lalukan denagn sempurna. Tetapi ia akan berbaloi jika anak sudah menguasi apa yang telah mereka pelajari.
Namun, sesekali perhatikan setiap kali dia mengambil wuduk dan beri teguran secara terus jika melakukan kesilapan.
Dengan cara ini akan mengingat setiap teguran yang diberi dan mereka sentiasa memperbetulkan kesilapan.
4. Tips Ajar Anak Solat #Bawa Anak Bersama Ke Masjid
Adalah satu kelebihan yang besar jika rumah berdekatan dengan masjid. Bawalah anak-anak ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Ini bertujuan untuk mendedahkan mereka dengan suasana saat menunaikan solat berjemaah dan juga menanamkan semangat cintakan masjid.
Walaupun sibuk dengan aktiviti harian, usahakan mencari ruang dan waktu yang sesuai sekurang-kurangnya seminggu sekali. Adakalanya, mungkin anak-anak akan membuat bising dan bermain, tetap dengan mengajak anak solat disebelah dapat mengawal pergerakkan mereka.
Walaupun tidak dapat solat di saf depan, tetapi ayah masih dapat mengawal tingkahlaku anak-anak supaya tidak mengganggu jemaah yang lain.
Baca juga tentang tips untuk awasi anak-anak remaja zaman sekarang
5. Berikan Telekung, Sejadah Atau Kopiah
Selain daripada cara diatas, parents juga boleh melakukan tips ini iaitu dengan memberikan anak-anak telekung, sejadah ataupun kopia. Dengan cara ini akan membangkitkann lagi mood dan semangat untuk menunaikan solat.
Apatah lagi jika telekung atau kopia itu cantik dan menarik perhatian anak-anak. Berikan anak-anak kebebasan untuk memilih sendiri kelengkapan solat mereka.
6. Dengarkan Bacaan Surah Dalam Solat Dengan Jelas
Kuatkan bacaan ketika dalam solat agar anak kita boleh mendengarnya. Dengan petua ini, secara tidak langsung akan membuatkan anak-anak ingat akan surah-surah yang lazim dan sering dibaca ketika solat.
Selain itu, anak-anak juga boleh memahami tatatertib ketika dalam solat.
Setelah mencuba pelbagai cara untuk mendidik anak menunaikan solat, namun anak masih liat untuk solat. Amalkan doa ini dari surah Ibrahim ayat 40 setiap kali selesai solat dan sebelum tidur kemudian hembus ke ubun-ubun anak-anak.
(40) رَبِّ اجْعَلْنِى مُقِيمَ الصَّلوةِ وَمِن ذُرِّيَتِى رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.
Solat adalah modul latihan yang paling ampuh untuk membina kekuatan jiwa, mental dan iman anak-anak. Bak kata sebuah peribahasa melayu melentur buluh biarlah dari rebungnya.
In Shaa Allah, jika anak-anak sudah dilatih solat sejak kecil lagi, mereka tidak akan merasa canggung untuk mengutamakan solat setelah makin besar.
Maka usah tangguh lagi untuk mendidik anak supaya rajin solat !