Take a fresh look at your lifestyle.

Punca Rezeki Susah Nak Masuk Ada Kaitan Dengan Anak – Ini Sebabnya

0 42

Dalam kita tak sedar, punca rezeki susah nak masuk ada kaitan dengan anak. Anak merupakan satu anugerah yang terindah dalam kehidupan ibubapa. Anak adalah pembawa rezeki kepada keluarga dan banyak yang kita tumpang pada rezeki mereka.

Untuk menjadi parents tidaklah mudah dan ianya bukanlah satu perjalanan yang singkat. Terdapat pelbagai cabaran dan ujian yang parents akan lalui.

Secara jujurnya sebagai ibubapa mungkin adakalanya kita akan mengeluh, penat, kurang rehat dan tak menang tangan jika ada anak kecil. Lebih-lebih lagi jika mempunyai anak yang ramai dan semuanya masih kecil.

Kekadang akan jadi isu pergaduhan dalam rumahtangga kerana suami tak memberi kerjasama dan sukar memberi bantuan mengurus hal anak-anak. Dan mula timbul perasaan marah serta menganggap anak adalah satu bebanan.

Perlu diingat anak-anak adalah amanah yang harus kita jaga dan ia hanya pinjaman. Bila-bila masa ia akan pergi meninggalkan kita. Mereka hanyalah anak kecil yang hanya ingin menumpang kasih, belaian dan perhatian dari mak dan ayahnya.

Ini punca rezeki susah nak masuk

1. Suka tinggikan suara pada anak

Sebesar apa pun kesalahan yang anak buat, janganlah sesekali marah sehingga mengeluarkan kata-kata kesat dan cacian pada anak. Kerana setiap kata yang keluar dari mulut parents merupakan satu doa.

Jika kata-kata cacian dan makian yang keluar dari mulut kita setiap hari, dapat dibayangkan betapa banyaknya doa keburukan pada anak yang kita minta.

Sebaiknya, fikirkan dahulu sebelum bertindak sedemikian jangan bercakap ikut sedap mulut. Cuba letakan diri kita ditempat mereka, pasti perasaan kita juga akan terguris.

2. Selalu bergaduh dengan pasangan

Terdapat sesetengah pasangan yang kerap bergaduh dan lebih parahnya lagi adalah bergaduh depan anak-anak.

Tolonglah jadi contoh yang terbaik untuk anak-anak, kalau boleh cari tempatlah yang sesuai untuk melepaskan amarah. Tempat tu parents nak buat apa pun terserah, tapi jangan depan anak-anak.

Cubalah jadi parent yang lebih peka, jangan seksa emosi meraka. Itu akan memberi kesan pada mental dan emosi mereka. Dan apa yang tak baiknya adalah mereka akan menganggap pergaduhan dalam rumahtangga adalah wajar.

3. Terlalu kedekut dengan anak

Kalau diikutkan tak susah pun nak buat anak-anak bahagia. Belikan apa yang mereka suka pun dah cukup buat anak-anak seronok. Apatah lagi kalau meraka menyukai hadiah tersebut.

Tak perlu yang mahal-mahal, parent boleh ajak anak ke Mr.DIY pun dah buat mereka seronok. Dari situ laha anak akan sentiasa mendoakan agar rezeki kita sentiasa lancar, jika kita rajin bersedekah kepada anak-anak.

Baca juga tips ajar anak untuk solat dengan mudah

4. Punca rezeki susah nak masuk #Jarang bersedekah

sumber: hmetro.com

Amalan bersedekah sudah diterangkan oleh Rasulullah SAW sebagai satu cara untuk memperbanyakkan harta. Jesteru itu, banyakkan bersedekah, jangan takut dan kedekut kerana amalan ini akan menyucikan dan memperbanyakkan lagi harta.

Itulah yang dijanjikan oleh Allah dalam al-Quran, sesiapa yang melakukan sedekah kejalan Allah, Dia akan menggantikan semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Dalam firman Allah SWT ada menyebut yang bermaksud :

Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji bnih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah maha luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilum pengetahuan-Nya. ( surah al-Baqarah, ayat 261)

Oleh itu, bersedekahlah dengan niat kerana Allah. Utamakan dahulu sedekah pada keluarga sendiri baru lah kepada orang lain.

5. Punca rezeki susah nak masuk #Sering tinggalkan solat

Ha, yang ini mungkin ramai yang buat. Selalu tinggalkan solat atau sering solat lewat waktu. Seperti yang kita tahu, solat adalah tiang agama dan wajib untuk setiap yang beragama Islam.

Bagaimana mahu mendapatkan rezeki dari Allah SWT jika segala perintah dan larangan-Nya tidak dituruti. Allah meminta kita untuk solat 5 waktu sehari pun liat nak buat, bagaiman nak dipermudahkan urusan untuk dapatkan rezeki dari-Nya.

Allah telah berfirman dalam hadis qudsi yang bermaksud :

” Wahai anak adam , sempatkanlah untuk menyembahku nescaya aku membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. – (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmiz, Ibnu Majah, dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a) “

sumber: Pinterest.com

Ubah sikap dan amalkan yang baik agar rezeki tidak sempit lagi. Jika sebelum ini tak pernah mengamalkan apa yang disenaraikan diatas, jangan risau kerana kita masih ada peluang untuk berubah. Jika dahulu tidak solat kini boleh mula berwuduk dengan sempurna untuk bersolat.

Mana yang salah kita betulkan, dan mana yang kurang kita tambah. kita sebagai manusia banyak kekurangannya.

Dan sesekali menganggap anak adalah beban. Percaya dengan rezeki Allah dan lakukan segala perintah-Nya.

In Shaa Allah, akan dipermudahkan untuk kita mencari rezeki yang halal.

Leave A Reply

Your email address will not be published.