Take a fresh look at your lifestyle.

6 Kebaikan Makan Coklat Semasa Hamil

0 37

Ramai yang tak tau kebaikan makan coklat semasa hamil, sebab tu lah ramai ibu mengandung yang elak dari makan coklat ni. Sebab utamanya takut berat badan makin naik.

Terdapat kajian yang menyokong bahawa semasa hamil seharusnya tidak menghalang wanita daripada memakan produk berasaskan koko, termasuk coklat.

Kecuali ibu hamil mempunyai alahan terhadap koko dan coklat. Tidak ada bukti saintifik yang mengatakan bahawa coklat berbahaya kepada ibu dan bayi dalam kandungan.

Coklat kaya dengan magnesium, yang mana sangat diperlukan bagi perkembangan otak bayi dalam rahim.

Selain itu, kandungan flavoniods dalam coklat juga berfungsi sebagai antioksidan untuk kesihatan jantung dan daya tahan tubuh untuk melawan sel kanser.

Buah koko mengandungi kaya dengan bahan theobromine yang berfungsi sebagai merangsang saraf dan otak.

Untuk pengetahuan korang, kesemua produk makanan yang berasaskan koko mengandungi bahan theobromine, namun mempunyai jumlah kandungan yang berbeza-beza.

Oleh sebab itu, ibu hamil disyorkan mengambil dark chocolate, kerana kandungan theobromine lebih tinggi berbanding dengan coklat yang bersusu.

Selain theobromine ini baik untuk ibu hamil, ia juga dikatakan dapat membantu melegakan batuk. Okay jom kita semak kebaikan coklat untuk ibu hamil.

Apakah kebaikan makan coklat semasa hamil untuk ibu dan bayi?

1. Bantu cegah risiko pra eklampsia

Terdapat ramai kes ditemui ibu mengandung mengalami tekanan darah ketika hamil. Dalam perubatan ia dipanggil sebagai pra eklampsia.

Penyakit ini merupakan salah satu penyakit yang sangat berbahaya kepada ibu hamil.

Theobromine yang terdapat dalam kandungan dark chocolate akan merangsang degupan jantung dan mengembangkan saluran darah.

Di Yale University pada tahun 2008, seramai 2,291 ibu hamil telah diberi makan chocolate dan apabila bayi telah dilahirkan, sampel darah telah diambil dari uri untuk menentukan kadar theobromine.

Para penyelidik mendapati bahawa kandungan ini tinggi. Maka itu kebarangkalian untuk dapat pra eklampsia adalah sangat rendah.

Saintis juga percaya bahawa theobromine kemungkinan dapat membantu perbaiki peredaran darah dalam uri dan dalam masa yang sama berfungsi sebagai antioksidan.

2. Kebaikan makan coklat semasa hamil #Mengandungi sumber antioksidan

Semasa mengandung ibu perlukan antioksidan yang cukup tinggi. Ini kerana antioksidan dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan kesihatan ibu yang sedang hamil.

Bahkan antioksidan juga dapat mencegah ibu hamil dan bayi dalam kandungan dari risiko penyakit kanser dan jantung.

Coklat mengandungi flavoniod yang bermanfaat untuk ibu hamil dan bantu ibu menjadi sihat dan ceria.

3. Mencegah penyakit jantung

Disebabkan coklat mempunyai sumber zat antioksidan yang sangat tinggi, ia dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan dan melindungi jantung dari pelbagai jenis penyakit.

Bukan hanya itu, jika dia amalkan coklat juga memberi kesan positif pada bayi dalam kandungan. Ia dapat turunkan risiko penyakit jantung pada bayi dalam kandungan.

Jadi, coklat Sangat sesuai untuk tingkatkan tahap kesihatan ibu dan juga bayi.

4. Kebaikan makan coklat semasa hamil #Bantu turunkan berat badan

Percaya atau tidak, coklat boleh bantu kurangkan berat badan. Tetapi pada hakikatnya, ramai yang percaya bahawa makan coklat boleh menyebabkan berat badan naik.

Hmm…iye memang betul, berat badan akan naik jika korang salah pilih coklat. Coklat yang terbaik adalah jenis dark chocolate.

Menurut kajian University of Copenhagen, dark chocolate dapat mengenyangkan dan memberi kepuasan yang baik berbanding dengan coklat biasa.

Jesteru itu, setelah kita makan dark chocolate rasa nak makan makanan manis, masin atau berlemak akan berkurang.

So, apa lagi korang buat lah pelbagai menu coklat yang paling menyelerakan. Tapi kena ingat dark chocolate sahaja tau !

Buat Senaman Ini Masa Hamil Supaya Bersalin Tanpa Koyak

5. Bantu bangkitkan rasa ceria.

Para saintis di barat yang menjalankan kajian telah mendapati bahawa ibu hamil yang kerap makan coklat terbukti melahirkan bayi yang lebih sihat dan ceria.

6. Membuatkan lebih rasa tenang

Pada tahun 2004 University Helsinki Finland telah melakukan kajian terhadap ibu hamil seramai 300 lebih orang.

Kajian ini dijalankan untuk menentukan kadar stress bayi mereka dan kadar pemakanan coklat semasa hamil.

Mereka mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang memakan coklat setiap hari semasa hamil berada dalam keadaan yang memuaskan.

Malahan bayi tersebut rasa takut dan menangis berkurang ketika berada dalam suasana baru, jika dibandingkan dengan bayi dilahirkan oleh ibu yang tidak Memakan coklat saat hamil.

Inilah antara manfaat coklat untuk ibu hamil. Saranan saya untuk korang penggemar coklat, pilihan produk coklat yang berkualiti saat hamil.

Elakkan coklat yang mengandungi gula, lemak serta bahan pengawet yang tinggi.

Walaupun apa pun janganlah amalkan memakan coklat secara berlebihan, cukup bersederhana sahaja.

Kerana dikhuatiri akan mengurangkan selera ibu hamil pada makanan yang seimbang dan berzat jika keterlaluan memakan coklat.

Wallahu a’lam.

Leave A Reply

Your email address will not be published.