Makanan Punca Gastrik – Pesakit Perlu Elak
Sekarang ni, gastrik ni dah jadi penyakit biasa di kalangan kita semua. Salah makan, lambat makan… semua ini boleh sebbkan gastrik. Sebab tu lah pesakit gastrik ni, perlu hati-hati bab makanan dan kena tau jenis apakah makanan punca gastrik ni.
Bila dah tau… senanglah nak elak makanan tersebut dan sakit gastrik pun boleh dielakkan juga.
Apa itu gastrik ?

Untuk pengetehuan umum, gastrik ialah keadaan dimana ia melibatkan dengan keradangan pada lapisan dinding perut.
Keadaan ini biasanya berlaku apabila individu terlupa makan atau terlepas waktu makan, hal ini menyebabkan individu tersebut mengalami ketidakselesaan pada bahagian perut sama seperti masuk angin.
Walau bagaimanapun, gastrik biasanya mudah dirawat dan sembuh. Tapi jika tidak dirawat dengan baik ia boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius seperti kanser perut.
Terdapat pelbagai cara untuk merawat gastrik termasuk pengambilan ubat-ubatan ataupun dengan suplement kesihatan. Namun cara yang terbaik untuk merawat gastrik adalah menjaga pemakanan.
Pengambilan ubatan dan suplement tidak akan berkesan sekiranya korang tidak menjaga pemakanan dan diet dengan betul. Jesteru itu, korang perlu tahu makanan apa yang perlu pesakit gastrik elakkan.
Apakah antara makanan punca gastrik yang perlu dielakkan ?
1. Makanan Punca Gastrik #Makanan Pedas
Kandungan asid yang terdapat pada makanan pedas akan menyebabkan rasa pedas pada lidah semasa dimakan dan seterusnya akan memburukkan lagi keadaan pesakit gastrik.
Walaupun makan pedas tidak membahayakan pada lapisan perut, namun ia dapat meningkatkan pengeluaran asid yang berbahaya pada bahagian perut.
Dan tindakbalas ini lah yang menjadikan gastrik korang menjadi lebih teruk. Korang akan merasa sakit perut setelah makan pedas.
Makanan ini perlu dihindari jika korang adalah pesakit gastrik !
2. Makanan Yang Diproses
Pengambilan makanan yang telah diproses dan telah diubahsuai sama ada secara genetik atau dicampurkan dengan bahan kimia berpotensi memberi ancaman terhadap pesakit gastrik.
Makanan proses seperti bebola daging, sossej, lemak trans atau produk tenusu yang dipasteur, gandum dan sebagainya, bukan sahaja menjadikan gastrik bertamabah teruk. Malahan ia juga menjadi punca kepada berlakunya gastrik.
Jika anak sedang batuk, jangan bagi makan ini ye…
3. Makanan Punca Gastrik #Kopi

Sekiranya korang pengemar kopi dan menghidapi sakit gastrik, sebaiknya korang berhenti minum kopi. Sebab apa?
Kerana kopi boleh menimbulkan ancaman gastrik yang teruk. Kandungan kaffein akan memburukakn lagi keadaan yang melibatkan saluran gastrousus. Sebab itu korang perlu elakkan kaffein jika korang pesakit gastrik.
Selain kaffein, kopi juga sangat berasid. Walaupun ia tidak merosakkan laspisan perut secara langsung, namun kopi mampu meningkatkan pengeluran asid berbahaya.
4. Alkohol
Pengambilan alkohol bagi pesakit gastrik boleh membawa risiko yang lebih teruk. Alkohol akan menghalang secara keseluruhan proses penyembuhan dan sekali gus akan memburukkan lagi keadaan pesakit.
Biasanya, orang yang minum alkohol secara kerap akan terdedah kepada sakit gastrik yang disebabkan oleh minuman beralkohol itu sendiri.
Seperti yang kita sudah tahu bahawa minuman beralkohol tidak baik untuk kesihatan, jadi sama ada korang adalah pesakit gastrik ataupun tidak. Jauhi alkohol !
5. Makanan Punca Gastrik #Jeruk
Selain daripada makanan diatas jeruk juga merupakan salah satu penyebab punca gastrik. Jeruk didapati boleh menyebabkan barah, memburukkan keadaan kardiovaskular, dan mampu merosakkan kesihatan secara keseluruhan jika amalkan pengambilan jeruk terlalu kerap.
Ini kerana terdapat jumlah kandungan garam yang terlalu tinggi dapat hancurkan ulser terbuka, memburukkan keradangan dan menyebabkan sukar untuk sembuh.
Oleh itu, korang perlu menghindari makanan ini dalam menu diet jika gastrik korang belum sembuh sepenuhnya.
6. Buah Sitrus Dan Jus
Bagi korang yang menghidap sakit gastrik, elakkan pengambilan buah lemon, kiwi, limau, dan limau gedang. Kerana terdapat kandungan asid sitrik yang tinggi pada buah ini.
Walaupun buah ini memberi manfaat yang baik untuk perut yang sihat, tetapi tidak bagi pesakit gastrik. Kandungan asid boleh meningkatkan risiko kesakitan pada ulser perut.
Jadi, makanan jenis buah ini tidak sesuai untuk pesakit gastrik dan harus dielakkan pengambilannya dalam menu diet.
Berikut adalah antara makanan punca gastrik yang korang perlu hindari sekiranya korang adalah pesakit gastrik. Jika korang mengalami rasa tidak selesa pada perut dalam jangka masa yang lama, sila jumpa dengan doktor yang berdekatan untuk dapatkan rawatan awal.
Selamat beramal dan semoga ini bermanfaat.