Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Atasi Sakit Rengat Lepas Bersalin

0 64

Rengat lepas bersalin ini berlaku disebabkan oleh pengecutan rahim ibu selepas melahirkan.

Ibu akan mengalami rasa sakit seperti sengugut ataupun kontraksi. Lebih dikenali sebagai after birth pain.

Ada yang mengatakan bahawa sakit rengat lebih kuat daripada sakit kontraksi saat hendak bersalin. Sakit rengat akan dialami oleh setiap ibu selepas bersalin, tak kira lah anak yang ke berapa.

Hanya yang pernah rasa sahaja yang tahu betapa sakit dan seksanya bila diserang sakit rengat. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Macam mana rasa sakit rengat lepas bersalin?

Rasa seperti macam nak beranak lagi, seperti sengugut tapi lebih sakit daripada itu.

Sakit sengugut pun ada yang tak boleh tahan apa lagi dengan rengat selepas melahirkan.

Yang tak pernah rasa lagi tu, korang boleh bayangkan umpama perut memulas dibahagian ari-ari seperti saat kontraksi bersalin.

Jadi serba tak kena dibuatnya, duduk tak kena, apatah lagi baring dan berdiri juga tak kena. Bukan main-main sakitnya. Tak keruan dibuatnya bila rengat menyerang.

Sakit rengat berpunca dari darah yang berkumpul dalam merian dan uri sepanjang kehamilan ibu.

Ia dikenali sebagai darah bantal atau darah ketul.

Kesakitan akan berkurang sekirannya darah ketul tersebut telah habis keluar.

Petua Atasi Rengat Lepas Bersalin

Tetapi korang jangan risau, korang boleh mengurangkan rasa sakit rengat dengan mengikuti beberapa petua ini. Berikut merupakan cara atasi rengat menyerang selepas bersalin;

1. Bertungku

Mengamalkan bertungku selepas bersalin dapat meredakan kesakitan dan membantu mengeluarkan darah ketul yang terkumpul didalam peranakan. Tak kira lah menggunakkan tungku moden atau tradisional (batu sungai).

Jika korang susah nak dapatkan batu sungai atau batu tungku, boleh mengantikan dengan guna beras atau pasir yang dipanaskan sebagai alternatif.

Namun ada juga sesetengah ibu yang menggunakan tungku bantal atau sterika untuk bertungku segera. Tetapi berhati-hati ketika menggunakan sterika kerana dikhuatri akan menyebabkan kecederaan.

2. Sentiasa Pakai Stokin, Lengan Panjang

sumber: babab.net

Bagi ibu yang mengalami sakit rengat digalakkan sentiasa memakai stokin dan baju lengan panjang. Ini kerana pemanasan badan dapat membantu mengurangkan kesakitan.

3. Rengat Lepas Bersalin #Berurut

Kebiasaannya selepas bersalin para ibu akan berurut, beritahu pada orang yang datang mengurut tentang masalah sakit rentan yang menyerang.

Dengan berurut dapat melancarkan lagi pengeluaran darah yang terkumpul dalam peranakan.

4. Rengat lepas bersalin #Banyakkan Bergerak

Rasa-rasa rengat datang menyerang, cepat-cepat bangun dan berjalan secara perlahan-lahan. Jangan berhenti selagi rasa sakit belum berkurang. Minta bantuan daripada suami jika sukar untuk bergerak.

Setelah itu, korang akan rasa panas darah ketul akan keluar dan In Shaa Allah sakit rengat tadi akan beransur pulih.

Kurangkan berbaring, banyakkan pergerakkan ringan supaya pengaliran darah lancar. Korang juga boleh sapu minyak panas dibahagian pinggang dan ke bawah hingga ke tapak kaki untuk membantu darah ketulan lancar keluar.

5. Ubat Tahan Sakit

sumber: Facebook.com

Biasanya hospital hanya akan bagi painkillers untuk tahan rasa sakit ketika sakit rengat datang menyerang selepas bersalin. Dan ada sesetengah yang mengatakan tak memberi kesan apa pun..hmm

Kalau rasa sakit itu masih muncul seminggu selepas bersalin atau sakit semakin berlarutan, sebaiknya korang refer dengan doktor secepatnya sebab takut jika terdapat jangkitan kuman.

Ingat ! pengambilan painkiller atau ubat tahan sakit perlukan konsultasi dari doktor. Jangan mengambil melebihi dos yang dibenarkan.

6. Teknik Pernafasan

Ketika mengalami waktu sakit, perlu buat teknik pernafasan hipnosis untuk memberikan ketenangan sekaligus akan membantu meredakan rasa sakit rengat.

7. Rengat Lepas Bersalin #Kerap Kencing

Korang juga boleh cuba atasi dengan cara kerapkan membuang air kecil, sentiasa kosongkan pundi kencing.

Sebab pundi kencing yang penuh akan mengambil ruang rahim, hal ini akan menjadi punca sakit rengat berlaku. Ia bukan sahaja sakit tapi juga boleh menyebabkan risiko penderahan yang lebih teruk terjadi.

Haa…jadi para ibu-ibu yang baru lepas habis bersalin tu, boleh lah cuba tips ini untuk atasi sakit rengat lepas bersalin. Semoga petua ini dapat membantu ibu-ibu diluar sana.

Walaupun diuji dengan sakit rengat yang menyerang selepas bersalin, sentiasa lah bersangka baik dengan Allah dan sentiasa bersyukur kerana masih diberi nafas serta anak yang sihat walafiat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.