Take a fresh look at your lifestyle.

Beza Santan Segar, Santan Kotak Dan Santan Serbuk – Mana Lagi Sedap ?

0 62

Ramai yang tak tau beza santan segar, santan kotak dan santan serbuk kan…

Saya tahu korang juga sangat gemarkan makanan yang bersantan, betul tak? selain berlemak, ia juga sedap dan menambah rasa.

Kebanyakkan masakan memerlukan santan terutamanya masakan tradisional termasuk kuih muih.

Santan selain sebagai penambah rasa masakan, namun ia juga memberi manfaat kepada kesihatan tubuh. Seperti membantu masalah kelemumur atau gatal kepala, berpotensi mencegah kanser dan lain-lain.

Di pasaran terdapat dua jenis santan iaitu santan cair dan santan serbuk. Santan cair pula terbahagi kepada dua jenis iaitu santan segar dan santan kotak.

Dan setiap ketiga-tiga jenis santan ini mempunyai kegunaan yang berbeza dalam masakan dan begitu juga teksturnya.

Setiap perbezaan santan ini boleh mempengaruhi tekstur dan rasa makanan tersebut.

Gunakan jenis santan yang betul untuk dapatkan masakan bersantan yang enak.

So, korang kena tahu setiap perbezaan dan juga kegunaan santan mengikut kesesuaian masakan.

Perbezaan Santan Mengikut Kesesuaian Masakan

1. Beza santan – Santan kotak

sumber: shopee.com

Terdapat pelbagai jenama santan kotak yang berada dipasaran. Antaranya adalah Ayam Brand, Mas, Kara, Saji, Rasa dan banyak lagi. Setiap jenama santan ini mempunyai tekstur, kepekatan dan rasa yang berbeza. Ada yang cair dan ada yang pekat.

Oleh itu, sebelum membeli baca terlebih dahulu label pada kotak santan. Santan kotak menjadi pilihan bagi memudahkan kerja memasak. Ia juga sesuai bagi yang baru mula belajar memasak. Selain daripada itu santan kotak mudah didapati.

Satu tips untuk korang suka simpan lebihan santan dalam peti sejuk. Iaitu korang kisar semula santan beku bersama air panas. Anggaran air panas mengikut kepekatan santan yang korang nak. Kisar sehingga tiada ketulan dan tekstur berubah seperti santan yang asal.

Untuk yang nak kurus tanpa senam, boleh buat step mudah ini

2. Santan serbuk atau peket

Ramai diantara kita yang gemar menggunakan santan serbuk atau lebih dikenali sebagai santan peket. Selain rasa santan yang berkrim, ia juga mudah disimpan, lebih murah dan tahan lama. Ini antara kelebihan santan peket.

Terdapat dua cara penggunaan santan peket :

  • Korang boleh masukkan terus kedalam masakan tanpa bancuh terlebih dahulu
  • Korang perlu bancuh santan dengan menggunakan sedikit air sebelum masukkan dalam masakan

Santan peket ini lebih sesuai digunakan untuk membuat makanan pencuci mulut yang memerlukan santan seperti kuih muih, puding, agar-agar dan lain-lain. Maka tidak hairanlah ramai yang mengunakan santan dan mengantikan susu dalam masakan.

Dan untuk pengetahuan korang, santan peket menjadi pilihan terbaik bagi menyelesaikan masalah masakan yang cair. Korang hanya perlu campurkan sahaja santan serbuk yang telah dibancuh dengan sedikit kuah kedalam masakan. Dah settle ! kuah akan jadi pekat dan tidak terlalu cair.

3. Beza santan – Santan segar

Santan segar atau lebih dikenali sebagai santan pekat banyak digunakan untuk masakan kampung seperti gulai dan lauk berkuah. Ini kerana santan tersebut mempunyai kepekatan yang lebih tinggi berbanding dengan jenis santan yang lain.

Ia juga mempunyai tekstur yang pekat dan likat yang mana sesuai untuk masakan berkuah. Untuk masakan berkuah, jika korang menggunakan santan frozen rendam dengan air terlebih dahulu sehingga cair.

Dan bagi masakan seperti rendang dan nasi lemak, korang boleh masukan terus santan pekat frozen kedalam masakan tanpa direndam terlebih dahulu.

Kini lebih ramai yang gemar membuat santan sendiri dirumah kerana lebih puas dan tidak banyak mempunyai campuran air. Disini saya akan sertakan sekali cara memproses santan dirumah. Langkah-langkahnya adalah:

  • Pertama sekali parut isi kelapa terlebih dahulu. Selepas itu masukkan parutan kelapa tadi ke dalam mesin pengisar. Pastikan paras air sama dengan paras kelapa parut.
  • Kisar beberapa kali kemudian tapis untuk dapatkan santannya. Untuk dapatkan tekstur santan yang terbaik, tapis menggunakkan kain penapis.
  • Kemudian perah dan ramas sehingga keluar air santannya.
  • Untuk dapatkan santan yang terbaik, tapiskan semula santan tadi kerana masih terdapat banyak sisa hampasnya.
  • Selepas itu, letak dalam bekas atau plastik bersih dan simpan dalam peti sejuk dibahagian sejuk beku bagi mengelakkan santan cepat basi. Sekiranya tidak digunakan secara segera

Jika korang tak rajin nak buat sendiri, korang boleh dapatkan santan pekat di kedai berhampiran. Biasanya ia dibungkus menggunakan plastik putih lutsinar bagi memudahkan korang melihat kepekatan santan tersebut.

Itulah antara perbezaan santan yang dapat saya kongsikan kepada korang. Dan semoga ia bermanfaat untuk korang terutama yang baru belajar memasak.

Leave A Reply

Your email address will not be published.