Kelebihan Berkhatan Yang Ibu Ayah Kena Beritahu Anak – Ia Bukan Ikutan Tapi..
Kelebihan berkhatan banyak memberi manfaat kepada terhadap kesihatan.Berkhatan adalah salah satu amalan tradisi melayu dikalangan masyarakat kita.
Kebiasaannya ia melibatkan kanak-kanak berusia antara 6 – 12 tahun, dimana bahagian organ zakar mereka perlukan dikhatankan atau lebih dikenali sebagai disunatkan. Bagi tujuan untuk mencegah bahagian tersebut daripada jangkitan kuman.
Dan seperti yang kita tahu kebaikan amalan berkhatan bagi golongan lelaki-bahagian itu akan jadi lebih bersih, serta mudah untuk menyucikan selepas membuang air kecil. Tetapi kebaikan sebenar amalan ini adalah jauh lebih besar berbanding dengan apa yang selalu kita dengar dan sebut.
Apakah itu berkhatan ?
Ok, sebelum kita pergi jauh lebih dalam, kita kena tahu apa yang dimaksudkan dengan khatan atau sunat terlebih dahulu.
Berkhatan adalah satu prosedur pembedahan membuang bahagian kulit yang menutupi kepala zakar (kulup). Teknik yang sering digunakan ketika berkhatan adalah seperti gunting, laser dan smart klamp.
Dan seringkali dikaitkan dengan individu yang beragama Islam namun kini telah dilakukan oleh seluruh masyarakat lain di seluruh dunia.
Apakah kelebihan berkhatan bagi seorang lelaki?
Terdapat beberapa kebaikan dan kelebihan amalan berkhatan yang kurang disebutkan oleh orang ramai, selain daripada amalan ini diwajibkan bagi setiap lelaki muslim.
1. Kelebihan berkhatan – Membantu mencegah kanser

Ya, boleh mencegah kanser! Atau dalam bahasa lain penile carcinoma. Ia merupakan satu penyakit yang berbahaya kerana penyakit ini menyerang secara senyap dan hanya mampu dikesan apabila pesakit mulai rasa sakit pada bahagian zakar.
Apa yang membimbangkan adalah purata umur penyakit ini dikesan setelah pesakit mencapai usia 68 tahun.
Walaupun penyakit ini jarang berlaku dengan kadar nisab 1:100, 000 orang yang akan mengalaminya, namun penyakit ini tetap berisiko tinggi membahayakan kesihatan lelaki.
Kajian pertama di Amerika Syarikat pada tahun 1932, mendapati bahawa 1,103 kes carcinoma. Namun tidak ada seorang pun pesakit daripada kalangan orang Yahudi yang telah melalui proses berkhatan.
Dan kajian tersebut telah berjaya membuktikan bahawa proses berkhatan bagi individu lelaki mampu mencegah risiko penyakit ini berlaku.
2. Kelebihan berkhatan – Mencegah jangkitan pada saluran kencing
Sebuah kajian oleh Canadian Medical Association Journal pada tahun 2012, mendapati bahawa kanak-kanak yang telah dikhatankan dapat mencegah risiko penyakit jangkitan pada saluran kencing atau urinary tract infection.
Bukan itu sahaja malahan mereka juga dapat menghindari daripada menerima jangkitan pada buah pinggang. Jesteru itu, penyelidik mengesyorkan supaya kanak-kanak lelaki dikhatankan sebagai langkah pencegahan.
Berat Badan Anak Tak Naik Dan Makin Kurus-Ini Sebabnya
3. Kelebihan berkhatan – Dapat mencegah penyebaran HIV

Menurut kajian American Academy of Pediatrics (AAP) pada 2012, berkhatan mampu menurunkan risiko penyakit jangkitan kelamin seperti AIDS/HIV sebanyak 50 ke 60%.
Dalam pada itu, kajian ini turut menemukan bahawa lelaki yang bersunat mempunyai risko 30% lebih rendah daripada terkena herpes dan human papillomavirus (HPV).
4. Mengurangkan risiko kanser serviks bagi wanita.
Terdapat kajian pada tahun 2017 membuktikan bahawa wanita yang mempunyai pasangan yang telah berkhatan lebih kurang risiko terkena STD yang lain seperti herpes, sifilis dan chlamydia.
Malahan, mereka juga kurang mendapat risiko dijangkiti HIV dan juga kanser serviks. Namun, berkhatan bukan satu alasan untuk korang melakukan seks bebas mahu pun tidak selamat.
5. Untuk kebersihan alat kelamin
Untuk yang belum tahu, kulup adalah bahagian pada zakar yang paling kotor kerana ia adalah lebihan kulit yang tertutup dan sukar dicuci terutamanya pada bahagian dalamnya.
Oleh itu, cara yang paling mudah untuk memastikan alat sulit lelaki lebih bersih adalah dengan membuangnya. Dengan bersunat, kita mampu untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan seperti phimosis, posthitis, balanitis
Di samping itu, dengan berkhatan dapat memudahkan bagi kaum lelaki untuk menjaga kebersihan di bahagian alat kelamin mereka.
Kesimpulan
Itulah dia kelebihan berkhatan – ia bukanlah semata-mata hanya menjadi ikutan atau tradisi, malah dengan berkhatan dapat mencegah penyebaran penyakit kelamin.
Pada masa kini berkhatan sudah boleh dianggap sebagai satu kemestian bagi memastikan kesihatan alat kelamin lelaki lebih sihat.