Makanan Segera – Sedap Dan Murah Tapi Bawa Kesan Buruk Pada Penyakit
Makanan segera, adakah merupakan pilihan bijak?
Emm, tepuk dada tanya selera…
Memang sangat cepat nak sedikan… tapi tanpa kita sedari, makanan ini banyak memberi keburukan terhadap kesihatan jika diambil secara berlebihan.
Namun disebabkan kekangan masa dan cara penyediaan yang mudah menyebabkan kita lebih memilih makanan tersebut.
Biasanya makanan tersebut mempunyai sedikit atau tiada nilai pemakanan tetapi mempunyai banyak kalori, garam, dan lemak.
Makanan segera adalah jenis sajian ready-to-eat selepas pesanan.
Ini adalah antara sajian fast food yang paling digemari ramai seperti kentang goreng, burger, ayam goreng, sosej, nugget, mi instant, pizza dan sebagainya.
Makanan ini sangat mudah didapati, selain rasanya juga enak bahkan ia boleh dibeli dengan harga yang amat berpatutan.
Mengapa makanan ini menjadi pilihan utama berbanding dengan makanan yang berkhasiat?
Menurut Prof Madya Dr Hamid Jan Jan Mohamed, Pengerusi Program Pemakanan dan Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kelantan, mengatakan bahawa makanan segera dan ringan merupakan sajian yang mengandungi tinggi kalori, namun mempunyai kandungan zat nutrien yang rendah.
Hal ini akan merangsang pelbagai deria rasa pada lidah dan membuatkan seseorang itu berasa tertarik dan sentiasa mempunyai keinginan untuk memakan makanan tersebut.
Terutamanya dikalangan kanak-kanak dan remaja. Ini kerana mereka lebih cenderung nak makanan tersebut berbanding dengan orang dewasa.
Disebabkan itulah, mereka lebih memilih makan makanan segera berbanding masakan ibu dirumah.
Kerana makanan segera menitikberatkan soal rasa dan kepuasan makan terhadap pembeli. Berbeza dengan masakan dirumah lebih menitikberatkan soal kesegaran dan kebersihan makanan tersebut.
Jesteru itu, jika pengambilan makanan ini tidak dikawal, ia akan memberi impak negatif terhadap kesihatan.
6 sebab utama keburukan makanan segera terhadap kesihatan
1- Makanan Segera – Penyumbang masalah obesiti
Masalah obesiti ini sangat membimbangkan terutama dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Apa yang lebih menyedihkan ialah bahaya kegemukan begini seolah-olah telah menjadi suatu sindrom baru bagi rakyat Malaysia.
Corak pemakanan yang berpunca daripada pengambilan makanan segera yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi secara berlebihan merupakan salah satu penyumbang utama untuk masalah ini.
Nak turunkan berat badan tanpa perlu ke gym boleh follow cara ini
2. Membahayakan sistem pencernaan dan kardiovaskular
Makanan segera juga selalunya terdiri dari makanan yang bergoreng dengan tambahan lemak.
Maka makanan begini boleh menyebabkan masalah pada pencernaan jika terus di makan secara berlebihan dan tanpa had.
Dan secara tidak langsung boleh menyebabkan masalah kardiovaskular yang boleh membahayakan lagi kesihatan pada tubuh badan.
3. Risiko penyakit tekanan darah tinggi dan jantung
Makanan ringan tinggi kandungan garam boleh mengakibatkan penambahan pengambilan garam dan yang seterusnya akan meningkatkan risiko penyakit darah tinggi.
4. Makanan Segera – Meningkatkan masalah gigi rosak
Menurut panduan pemakanan kanak-kanak dan remaja Malaysia terbitan Kementerian Kesihatan telah mencadangkan kanak-kanak kurang umur 7 tahun boleh mengambil gula tidak melebihi empat sudu sahaja.
Ini termasuk gula pasir dan gula tersembunyi biasanya ada dalam makanan ringan.
Pengambilan gula secara berlebihan ini boleh menjadi salah satu faktor penyebab kalori tinggi hingga menyumbang kepada masalah berat badan berlebihan.
Gigi juga mudah rosak dengan masalah karies gigi dan juga plak yang keterlaluan dan sebagainya.
5. Boleh membahayakan sistem pernafasan
Otak memerlukan glukosa untuk berfungsi dengan baik, namun kandungan lemak yang terlalu banyak boleh mengganggu peranan glukosa.
6. Makanan segera – Tumbesaran terbantut dikalangan kanak-kanak
Terdapat kajian menunjukkan pengambilan makanan segera dapat membantutkan pertumbuhan dikalangan kanak-kanak.
Disebabkan itu, kanak-kanak tidak disyorkan mengambil makanan tersebut kerana mereka perlukan makanan yang mengandungi khasiat dan zat yang cukup untuk tumbesaran yang ideal seiring dengan usia mereka.
Adalah tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir kanak-kanak kurang gemar makan sayur-sayuran berbanding dengan makanan segera seperti nugget, sosej, burger dan sebagainya.
Namun harus diingat ibubapa perlu kawal pemakanan anak-anak demi kesihatan tubuh badan dalam jangka masa panjang.
Amalkan gaya pemakanan yang sihat agar kekal cergas dan sihat.
Meskipun makanan berkenaan tidak baik untuk kesihatan, tidak bermakna masyarakat perlu lupakan keenakan makanan segera.
Sekiranya ingin mengambil makanan tersebut, pastikan saiz hidangan kecil dan elakkan daripada mengambil menu berlebihan seperti burger mengandungi dua atau tiga kepingan daging.
Hal tersebut kerana jumlah kalori dalam makanan ready-to-eat seperti itu dapat mencecah sehingga 800 kalori.
Semoga bermanfaat!