Cara Ukur Saiz Kasut – Untuk Saiz Malaysia, US Dan UK.
Ramai yang beli kasut secara online rasa sedih dan kecewa sebab tak padan dan tak ngam dengan saiz kaki. Itulah yang berlaku kalau tak tau cara ukur saiz kasut.
Kalau beli di kedai, mungkin kita masih boleh cuba kasut di kedai sekiranya kita sendiri yang pergi ke kedai.
Beli online n, memang tak boleh try dah… bergantung pada ukuran yang diberikan sepenuhnya.
Ha, mesti korang ada pengalaman beli kasut untuk diri sendiri tapi salah saiz kan.
Jadi kali ini, saya akan kongsikan kepada korang semua, cara yang betul dan tepat untuk ukur kaki untuk saiz kasut supaya mudah bagi korang untuk membeli kasut secara online mahupun offline.
Lebih-lebih lagi sekarang terdapat 2 jenis ukuran yang sering kita jumpa ketika mahu membeli kasut iaitu ukuran saiz UK dan US.
Lagi pening kita dibuatnya jika kita tidak tahu ukuran yang sesuai dengan kaki kita. Jom kita semak tips mengukur saiz kasut yang tepat untuk kaki.
Bagaimanakah cara ukur saiz kasut yang tepat dan selesa dipakai?
Kasut Malaysia boleh dikatakan dijual pelbagai jenis reka bentuk yang menarik termasuklah dari luar negara. Jadi bila nak beli sesuatu design tu, kenalah tahu saiz kasut UK,US, Malaysia, dan sebagainya.
Berikut adalah langkah-langkah untuk dapatkan saiz kasut yang tepat dan selesa apabila dipakai.
1 Cara Ukur Saiz Kasut Dengan Pita Pengukur
Tips ini sesuai untuk mengukur saiz kasut bayi atau kanak-kanak.
Nak mudah, guna pita pengukur macam yang kat gambar ni ye…
- Letakkan pita pengukur pada tapak kaki kanak-kanak atau bayi
- Kemudian ukur panjang kaki berma hujung tumit sehingga hujung ibu jari kaki
- Setelah itu, tandakan panjang tapak kaki pada pita pengukur dan padankan dengan ukuran saiz kasut
- Boleh rujuk jadual dibawah untuk melihat saiz tapak kaki
2. Cara ukur saiz kasut – Lukis pada kertas
Biasanya cara ini digunakan untuk mengukur saiz kasut orang dewasa. Dan langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
- Sediakan kertas,pen, dan pembaris. Kemudian letakkan sebelah kaki berdiri diatas sekeping kertas
- Kemudian lukis bentuk tapak kaki pada kertas
- Setelah itu, ambil pembaris dan letakkan bermula hujung tumit hingga ke ibu jari kaki.
- Ukur, catat dan padankan saiz kaki dengan ukuran kasut pada gambar rajah dibawah.
3. Cara ukur kaki dewasa
Selain daripada cara diatas, orang dewasa juga boleh gunakan cara ini. Langkahnya adalah seperti berikut;
- Sediakan sekeping kertas dan pen. Kemudian berdiri diatas kertas tersebut dan rapatkan tumit ke dinding
- Setelah itu tanda hujung jari pada kertas tersebut.
- Ukur, catat dan padankan saiz ukuran kasut mengikut jadual ukuran kasut.
Cincin pun kena tau cara ukur juga supaya tak silap saiz. Refer cara ukur cincin di sini ye
4. Ukur menggunakan alat pengukur saiz kaki
Gunakan alat pengukur khas untuk tapak kaki. Biasanya benda ini kita akan jumpa dikedai kasut. Namun tidak semua kedai mempunyai alat pengukur ini.
Ukuran saiz kasut Malaysia, UK dan US
Untuk saiz kasut kanak-kanak, wanita dan lelaki adalah tidak sama. Dan bagi ukuran kasut Malaysia pula diukur dalam inci atau sentimeter.
Sila rujuk jadual untuk dapatkan padanan yang sesuai untuk saiz kasut dengan kaki korang mengikut saiz Malaysia, US dan UK.
Saiz kasut untuk perempuan
Saiz kasut untuk Lelaki
Saiz kasut untuk kanak-kanak ( 7-12 tahun )
Tips membeli kasut berdasarkan ukuran tapak kaki
- Pastikan beli kasut dengan lebihkan ukuran 0.5 sehingga 1 CM daripada ukuran saiz kaki yang sebenar. Ini bagi memastikan kaki lebih rasa selesa dengan adanya aliran pengudaraan yang baik.
- Sekiranya korang memilih kasut jenis tertutup, pastikan korang ambil kira tentang ketebalan stokin dan sebagainya. Bagi mengelakkan kaki tidak selesa dan sempit.
- Lakukan ukuran dengan menggunakan kaki kanan dan elakkan menggunakan kaki kiri
- Pilih kasut berdasarkan kualiti fabrik dan keselesaan semasa pemakaian berbanding gaya dan warna.
- Ukur saiz kaki ketika waktu petang kerana ketika ini kaki berada dalam keadaan yang baik (saiz optimum).
Itulah serba sedikit panduan mengenai cara ukur saiz kasut. Bila dah tahu saiz kasut, dah senang kalau nak beli kasut secara online, betul tak?
Semoga dengan adanya perkongsian ini dapat membantu korang untuk dapatkan ukuran kaki yang tepat dan tak tersalah beli saiz kasut lagi.