Take a fresh look at your lifestyle.

Doa Untuk Ibubapa

0 44

Untuk artikel kali ini saya akan kongsikan doa untuk ibubapa. Mengapa kita harus mendoakan ibu bapa ?

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda:

إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ

Maksudnya: “Apabila matinya seorang insan akan terputus amalannya melainkan tiga perkara: Sedekah Jariyah, ilmu yang bermanfaat buat dirinya dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.” – Riwayat Muslim (1631)

Tak kira dalam agama apa pun, akan meletakkan ibu ayah pada tahap yang tertinggi dalam masyarakat. Apatah lagi ibu yang telah merasai seksa mengandungkan kita, korban tidur malam, tidak makan makanan-makanan tertentu hanya kerana untuk jaga kita dalam kandungan.

Begitu juga dengan ayah, selaku pemimpin keluarga. Mereka telah korbankan banyak perkara untuk memenuhi keperluan keluarga.

Punca rezeki susah nak masuk, ada kaitan dengan anak. Baca kat sini ye

Beberapa potongan surah yang mengandungi hal berkaitan berdoa kepada ibu bapa.

sumber: pin.it

Antaranya adalah seperti berikut:

Surah Ibrahim ayat 41

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan.”

Surah Nuh ayat 28

رَّبِّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِمَن دَخَلَ بَيْتِيَ مُؤْمِنًا وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَلَا تَزِدِ الظَّالِمِينَ إِلَّا تَبَارًا

Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku dan bagi kedua ibu bapaku, serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dalam keadaan beriman dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan (pada setiap zaman) dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan.”

Surah al-Isra’ ayat 24

وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

Maksudnya: “Katakanlah: Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya dengan memelihara dan mendidikku semasa kecil.”

Bacaan doa untuk ibu bapa

Bacaan doa ketika bersendirian;

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

Rumi: Allahummagh firli zunubi wa li wa lidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro

Maksud doa untuk ibu bapa: “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”

Jika beramai-ramai dibaca seperti ini:

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

Rumi: Allahumma fighlana zunubana wa li wa lidaina warhamhuma kama rabbayana soghira

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Bacaan doa untuk ibu bapa, atuk dan nenek:Doa Ibu Bapa

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدِيْنَا وَارْحَمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَارًا

Rumi: Allahummagh firlana zunubana waliwalidina warhamhuma kama rabbayana soghira

Maksudnya: “Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kecil.”

Cara membalas jasa dan berbakti kepada ibu bapa

sumber: ohmedia.my

Selain daripada mendoakan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat, ada banyak cara lain seorang anak boleh berbakti kepada mereka.

Antaranya adalah:

  • Membantu dari segi kewangan ibu bapa dan keluarga
  • Memastikan tempat tinggal ibu ayah selesa
  • Memberikan kasih sayang dan perhatian
  • Cuba untuk memenuhi permintaan ibu dan ayah
  • Tidak melakukan apa-apa yang tidak diredhai Allah
  • Mencari peluang untuk luangkan masa bersama-sama
  • Bercakap dengan lemah lembut
  • Berkongsi kegembiraan
  • Berhubungan kerap jika tinggal berjauhan

Kesimpulannya, pilihlah bacaan doa yang bersesuaian untuk dibacakan kepada ibu dan bapa. Jangan lupa untuk mendoakan kedua-dua ibu dan ayah dalam apa jua keadaan sekalipun.

Sama ada ibu atau ayah masih hidup atau telah meninggal dunia, ingatlah bahawa tidak terputus berkat doa anak yang soleh dan solehah kepada ibu bapa.

Doa untuk ibu bapa ini boleh dibaca selepas solat, ataupun pada bila-bila masa sahaja.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi panduan untuk semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.