Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Tukar Susu Formula Untuk Bayi-Bertukar Dari Jenama Lain Ke Jenama Lain

0 381

Terdapat beberapa cara tukar susu formula bayi dan ada berbagai alasan kenapa perlu tukar susu.

Ada kemungkinan disebabkan oleh kos sara hidup atau anak kurang mendapat zat makanan dan nutrisi. Sebelum tukar susu, harus berkonsultasi terlebih dahulu dengan doktor.

Setiap susu formula memiliki aturan yang tersendiri dan harus ada nutrisi yang mencukupi dan lengkap untuk anak.

Jangan panik! Sebenarnya menukar susu formula ke jenama lain mudah sahaja jika ikut cara yang betul.

Pilih saja susu formula baru, lakukan peralihan secara bertahap, dan kemudian pantau keadaan anak untuk memastikan ia tidak menunjukkan reaksi apa pun terhadap susunya yang baru.

Adakah dengan tukar susu formula mempunyai risiko terhadap kesihatan anak?

Tidak!

Ia sama sekali tidak mendatangkan risiko terhadap kesihatan anak. Yang penting ibu ayah kena tau, susu yang anak minum sekarang itu dari susu lembu atau susu kambing.

Kemudian pantau keadaan anak selepas beralih kepada susu formula.

Pemantauan dilakukan bagi memastikan susu formula yang baru tidak mempunyai kesan sampingan terhadap sistem penghadaman si manja.

Menurut survey yang dilakukan, 9/10 dari ibu ayah, akan memilih dan bertukar ke susu ini untuk si manja mereka

Panduan tukar susu formula ke jenama lain.

sunber: Sustagen.com

Sekiranya telah membuat keputusan untuk beralih kepada susu formula, ibu ayah perlu ambil langkah peralihan secara perlahan dan bertahap.

Seperti dalam tempoh satu hingga dua minggu.

Ingat! Tidak ada tempoh yang tetap untuk beralih satu susu formula ke formula lain dengan cepat.

Kerana sesetengah kanak-kanak akan mengambil masa yang lama untuk serasi dengan susu tersebut, oleh itu bersabarlah.

Sekiranya anak dah boleh terima susu baru sepenuhnya, bermaksud proses pertukaran tu dah berjaya.

Bagaimanakah cara tukar susu formula anak ?

1- Cara menukar susu formula – Baca dan ikuti arahan

Ini wajib kena buat sebelum membeli susu formula.

Pastikan baca terlebih dahulu kandungan yang dicetak pada produk dengan teliti.

Ikuti setiap arahan yang diberi kerana setiap jenama susu formula mempunyai arahan yang berbeza. Dari segi nisbah air dan serbuk susu. Begitu juga dengan tahap kepekatan dan kaedah bancuhan susu juga berbeza.

Elakkan mencampurkan dua jenis susu dalam satu botol kerana takut akan memudaratkan kesihatan.

Sekiranya risau dengan penerimaan anak, ibu ayah boleh cuba dengan sukatan yang sedikit, paling kurang 2oz.

Kemudian lihat perubahan pada anak selepas meminum susu tersebut.

Jangan takut untuk keluarkan duit untuk beli susu anak… rezeki pasti bertambah asbab kehadiran anak

2- Cara tukar susu formula – Tukar susu formula mengikut keperluan

Semakin anak membesar, keperluan susu formula juga berubah. Jadi, memang patut susu perlu ditukar jika, anak sering sakit, demam, batuk, selesema setiap kali selepas menyusu.

Mungkin itu tanda susu tak lagi sesuai untuknya.

3- Cara menukar susu formula – Minta sample susu

Mohon sample online untuk lebih penjimatan.

Sebab sesetengah susu formula tiada pek percubaan atau dijual dengan kuantiti yang sedikit.

4- Buat pemerhatian terhadap anak

Selepas percubaan beri susu baru, lihat perubahan dan tindak balas susu kepada penerimaan badan si anak.

Dalam tempoh 24 jam, ibu ayah akan memahami cara sistem penghadaman mereka menerima susu formula yang baharu.

Jika anak beri tindak balas yang negatif seperti muntah, cirit-birit, ruam atau sembelit bermakna susu itu tak sesuai untuk anak.

Jadi, kena hentikan dan tukar kepada susu formula yang sesuai

Selain itu, ibu ayah juga kena perhatikan perubahan kecil semasa anak buang air, seperti tekstur, kekerapan dan perubahan warna najis mereka.

Namun tak perlu bimbing. Biasanya ia disebabkan oleh bahan tambahan seperti zat besi dan prebiotik yang terkandung dalam susu formula berbeza mengikut jenama susu.

Kena kekalkan jenama susu formula yang yang sama sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu untuk mengetahui cara ia mempengaruhi sistem penghadaman dan pergerakan usus si manja.

5- Sabar dan bertenang semasa proses tukar susu formula ke jenama lain.

ibu ayah perlu kekal bertenang dan dalam proses penukaran susu formula. Sebagai ibubapa kena memahami pilihan anak, kerana ada kemungkinan ia berubah apabila mereka semakin membesar dan lebih mengikut deria rasa mereka.

Jesteru itu, ibu ayah kenalah cuba susu formula baru jika diperlukan. Ini kerana tidak semua jenama susu sesuai untuk anak.

Itulah dia beberapa cara yang ibu ayah di luar sana boleh cuba. Dan jangan lupa berdoa agar Allah permudahkan segala urusan.

Sekiranya, masih ragu dan mempunyai masalah semasa proses tukar susu ini, sila dapatkan nasihat doktor yang berhampiran.

Semoga bermanfaat!

Leave A Reply

Your email address will not be published.