Take a fresh look at your lifestyle.

Khasiat Kimchi – Makanan Korea Bagus Untuk Diet

0 99

Khasiat kimch,i makanan asal dari Korea ini banyak memberi manfaat kepada tubuh badan kita. Kini kimchi semakin popular dikalangan masyarakat kita.

Di Korea, kimchi merupakan sajian pelengkap yang wajib ada setiap kali menikmati apa sahaja hidangan, sama seperti sambal lada.

Kimchi diperbuat daripada hasil proses penapaian sayuran segar seperti sawi, lobak putih dan timun yang dicampurkan dengan bawang, garam, cili, cuka, minyak dan halia.

Ini akan memberi rasa masin, pedas, masam dan manis yang sempurna.Selain boleh dimakan begitu sahaja dan sebagai makanan pelengkap, kimchi juga boleh digunakan dalam masakan lain seperti nasi goreng kimchi, sup kimchi, piza kimchi dan sebagainya.

Apa yang paling best, kimchi tidak mempunyai kandungan protein maupun lemak.

Melainkan, kimchi mempunyai kandungan serat yang tinggi, yang menjadikan kita berasa kenyang, dengan itu membuatkan kita kurang makan daripada biasa.

Sangat bermanfaat baik untuk anda yang ingin kurus. Kimchi juga makanan kalori rendah, dengan hanya 22 kalori dalam satu cawan!

Jadi, kimchi terbaik untuk diambil sebagai hidangan sampingan bukannya makanan ruji.

Bukan itu sahaja imchi dikategorikan sebagai salah satu makanan yang terbaik untuk kesihatan menurut majalah Health Magazine.

Kenapa? Kerana ia kaya dengan vitamin. Lagi pula sayuran merupakan makanan yang baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi.

Nak rasa kimchi yang sedap dengan harga murah? Dapatkan di sini. 12.3K sold dah.

Apakah khasiat kimchi yang bermanfaat terhadap tubuh badan?

1- Khasiat kimchi #Mengandungi Probiotik

Proses fermentasi lacto yang dialami kimchi membuat manfaat kimchi sangat unik. Makanan fermentasi tidak hanya memiliki umur simpan yang lebih lama tetapi juga rasa dan aroma yang sedap.

Fermentasi terjadi apabila pati atau gula diubah menjadi alkohol atau asam oleh organisme seperti ragi, kulat, atau bakteria.

Fermentasi lacto menggunakan bakteria Lactobacillus untuk memecah gula menjadi asam laktat, dan akan memberi kimchi rasa asam.

Ini termasuk probiotik, yang merupakan mikroorganisme hidup yang menawarkan manfaat kesihatan apabila diambil dalam jumlah besar. Sama seperti kebaikan yogurt.

2- Khasiat kimchi #Melancarkan sistem pencernaan

Pengambilan kimchi secara rutin boleh mengembalikan keseimbangan mikro dalam usus yang sekaligus membantu ia dapat berfungsi dengan lebih baik.

Kandungan probiotik di dalamnya juga dapat memainkan peranan dalam meminimalkan gejala irritable bowel syndrome (IBS) iaitu sejenis keadaan di mana sakit perut termasuk perut kembung dan sembelit.

3- Membantu mencegah kanser

Beberapa kajian yang dilakukan terhadap proses penapaian kimchi, kobis putih yang digunakan sebagai salah satu bahan dapat mencegah pertumbuhan sel-sel kanser di dalam tubuh.

4- Khasiat kimchi #Mengandungi antioksidan yang tinggi

Seperti yang kita tahu bahan antioksidan sangat bagus untuk tubuh badan. Ha, kimchi merupakan salah satu makanan yang mempunyai antioksidan yang tinggi.

Kajian kimia mendapati dalam sebatian aktif utama kimchi adalah sebatian indole, b-sitosterol dan tiocyanate.

Telah diakui bahawa kesemua sebatian ini bertindak sebagai anti obesiti, anti kanser, antioksidan dan juga dapat mengurangkan risiko saluran darah tersumbat.

Selain itu, terdapat penemuan sebatian terkini yang mana dapat mencegah pelbagai jenis kanser, penyakit kardiovaskular dan juga penyakit neurodegenerative seperti sawan, Alzheimer dan kemurungan.

Jangan kerap bagi makanan ini ke anak-anak. Boleh sebabkan penyakit dan obesiti yang melampau

5- Khasiat kimchi #Anti penuaan yang terbaik

Perasan tak warga emas di Korea kebanyakan kelihatan lebih bertenaga dan awet muda? Siapa yang gemar tengok K-drama tu lah kan..

Ha, inilah rahsia mereka mengamalkan makan kimchi untuk kekal awet muda dan sentiasa cergas.

Disamping itu, ada beberapa kajian yang menyokong bahawa pengambilan kimchi boleh beri kesan anti penuaan dan menurunkan kadar stress.

Beberapa ujian juga telah dibuat ke atas tikus makmal yang mana telah diberi makan kimchi dalam diet seharian.

Dan didapati bahawa tikus tersebut menunjukkan penurunan isyarat kemurungan dan tekanan mental.Selain itu, proses sel penuaan juga turut berkurangan setelah mengambil diet kimchi.

6- Meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan

Kimchi sangat kaya dengan kandungan vitamin C yang merupakan antioksidan dalam melindungi sel-sel tubuh seseorang daripada sebarang kerosakan akibat radikal bebas.

Vitamin ini juga membantu dalam penghasilan protein termasuk kolagen bagi memberi kesan kulit yang sihat.

Untuk mendapatkan khasiat kimchi dan manfaatnya untuk kesihatan, korang bolehlah membeli di pasaran sama ada secara online atau di pasaraya berdekatan.

Tak ada salahnya jika korang ingin cuba membuat kimchi sendiri dirumah. Olah mengikut citarasa sendiri pasti lagi sedap dan puas hati!

Semoga bermanfaat.

Leave A Reply

Your email address will not be published.