Take a fresh look at your lifestyle.

Perbezaan Sunscreen Dan Sunblock – Jangan Sampai Tersilap Lagi

0 25

Sebenarnya, banyak perbezaan sunscreen dan sunblock yang ketara dan korang sepatutnya kena ambil tahu kerana kedua-duanya akan memberi kesan kepada kulit apabila meningkat usia nanti.

Korang pernah tak rasa keliru nak pakai sunscreen atau sunblock? Mesti ramai yang ingat sunscreen dan sunblock adalah perkara yg sama, betul kan?

Okay, jom kita semak apa beza diantara sunscreen dan sunblock.

Senarai sunblock yang terbaik di Malaysia boleh refer kat sini.

Apakah Perbezaan sunscreen dan sunblock?

1. Perbezaan sunscreen dan sunblock #Fungsi Produk

sumber: vitamin.my

Sunscreen akan menyerap terlebih dahulu cahaya matahari sebelum sampai pada lapisan dermis kulit. Yang mana akan menyebabkan kesan yang boleh menjejaskan kesihatan kulit.

Ia tidak melindungi kulit dari sinar UVB tetapi ia akan melindungi kulit daripada radiasi UVA (long wave ultraviolet A), yang mana akan menyebabkan penuaan dan kulit berkedut atau boleh naikkan jeragat juga.

Korang pun takut kan kalau naik jeragat??

Fungsi utama sunblock pula adalah melindungi kulit wajah dari sinar radiasi UVB (short wave ultraviolet B), satu radiasi yang menyebabkan kulit terbakar dan risiko kanser melanoma.

Kebiasaannya, bila kita pakai sunblock haruslah pakai secara menipis sahaja! Tapi sunblock berkemampuan melindungi dan mengelak sinar UVB dari tembus memasuki ke bahagian dalam kulit.

Jika kulit korang jenis BERJERAWAT, tolong pilih sunblock yang ada label “non-comedonal”, no fragrance & no paraben sebab nanti muka lagi mudah naik jerawat yang banyak. Please carefull ya!

2. Kandungan Bahan

Seterusnya perbezaan dari segi kandungan bahan yang terdapat pada kedua-duanya. Memandangkan ia fungsi keduanya berbeza, jadi ia dibuat dari bahan yang berbeza.

Bagi bahan utama sunscreen adalah kompaun organik seperti berikut :

  • Oxybenzone
  • Avobenzone
  • Octisalate
  • Octocrylene
  • Homosalate
  • Octinoxate

Manakala sunblock pula terdiri daripada 2 bahan utama sahaja iaitu Zinc Oxide dan Titanium Oxide.Kedua bahan ini bertindak sebagai penghalang sinaran UV daripada diserap masuk ke dalam kulit.

Baca juga step penjagaan muka sebelum tidur di sini

3 Perbezaan sunscreen dan sunblock #Tekstur Produk

sumber: pexels.com

Selain daripada fungsi utama dan bahan produk, ia juga mempunyai perbezaan dari tekstur. Untuk sunscreen, ia memiliki tekstur yang nipis, cair, ringan dan tidak tebal apabila disentuh dengan jari.

Sebab itu, sunscreen sesuai untuk kegunaan setiap hari.Korang juga sangat digalakkan memakai sunscreen sebelum keluar rumah atau sebelum bersolek.

Bagi tekstur sunblock pula mempunyai tekstur yang lebih pekat dan tebal jika disentuh dengan jari. Dan kelihatan agak berminyak.

Ketika korang apply sunblock ke wajah, korang akan nampak kesan warna putih oleh sunblock.

Dan oleh sebab itulah, sunblock hanya disarankan dipakai dalam kuantiti yang sedikit dengan sapuan yang nipis sahaja.

4. Cara Pemakaian

Kemudian perbezaan dari segi cara pemakaian antara sunscreen dan sunblock. Cara pemakaian sunscreen yang terbaik adalah dengan membuat satu sapuan lapisan yang tebal pada wajah.

Sekiranya korang melakukan aktiviti luar dibawah panas matahari.Tips untuk korang, pemakaian sunscreen dengan satu atau dua ruas jari adalah jumlah yang mencukupi untuk korang apply pada wajah.

Untuk sunblock pula, korang hanya perlu pakai satu lapisan sahaja. Ambil sedikit sunblock dihujung jari dan sapu merata di seluruh wajah.

Dengan lapisan sunblock yang nipis sudah memadai melindungi kulit wajah dan menghalang daripada sinaran UVB.

Jadi, korang tak perlu pakai sunblock tebal-tebal.

5. Jumlah Kekerapan Penggunaan

Selain itu, terdapat juga perbezaan jumlah kekerapan penggunaan produk tersebut dalam sehari.

Apakah cukup untuk sekali pakai sahaja atau perlu re-apply semula? Ha, yang ini selalu yang buat kita keliru, betul tak? Okay untuk sunscreen korang kena pakai semula pada waktu tengah hari dan petang.

Ini kerana tekstur sunscreen ringan dan nipis. Atau pun korang boleh pakai semula sunscreen setiap 3 jam untuk hasil penjagaan kulit yang terbaik.

Manakala bagi sunblock pula korang hanya cukup pakai sekali sahaja untuk sehari. Melainkan jika korang mencuci muka. Ini disebabkan oleh teksturnya yang tebal dan pekat menyebabkan ia bertahan hingga ke petang.

6. Perbezaan sunscreen dan sunblock #Kegunaan Yang Sesuai

Beza yang seterusnya adalah dari segi kegunaan produk. Pasti korang pernah tertanya-tanya, bilakah penggunaan sunscreen dan sunblock yang sesuai?

Adakah kedua-duanya boleh digunakan setiap hari? Ha, tak perlu bertanya-tanya saya ada jawapannya.

Sunscreen merupakan salah satu pilihan yang tepat untuk penggunaan setiap hari. Pastikan sebelum keluar rumah sapukan sunscreen ke wajah korang setiap hari.

Selain itu, korang juga boleh pakai sunscreen walaupun hanya berada di rumah.

Berbeza pula dengan sunblock. Korang hanya perlu pakai sunblock jika korang mempunyai aktiviti luar dibawah panas matahari.

Sekiranya korang tidak memakai sunblock, ini akan memberi impak yang buruk pada kulit korang. Seperti sunburn, kemerahan dan mengelupas.

Itulah sedikit sebanyak info tentang perbezaan sunscreen dan sunblock yang dapat saya kongsikan pada kali ini.

Semoga info ini dapat membantu dan bermanfaat buat korang semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.