Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Buat Telur Dadar Yang Gebu Dan Sedap

0 40

Ramai lagi ke tak tahu cara buat telur dadar yang gebu dan lembut?

Kalau iye, perkongsian ini tepat untuk korang terutamanya mereka yang penggemar telur dadar.

Telur dadar merupakan menu sajian yang mudah dan ringkas yang sentiasa menjadi pilihan jika mempunyai kesuntukan masa.

Apatah lagi jika dimakan bersama sambal dengan nasi putih pun sudah cukup membuka selera.

Ia bukan sahaja boleh dimakan dengan nasi malah telur dadar juga boleh dinikmati bersama nasi goreng dan mi goreng.

Namun korang perasan tak, apabila kita membuat telur dadar ia kelihatan nipis, agak kering dan tidak lembut. Tetapi berbeza pula dengan yang kita beli atau makan di restoran. Telur dadar mereka gebu, lembut, dan tebal.

Ha, kali ini saya akan kongsikan dengan korang rahsia buat telur dadar yang tebal dan lembut.

Bagaimanakah Cara Buat Telur Dadar Yang Gebu ?

Berikut merupakan tips membuat telur dadar yang sedap. Tips ini sangat mudah dan korang boleh cuba di rumah. Antaranya ialah:

1. Pastikan guna telur yang segar

Pastikan korang menggunakan telur yang masih segar untuk dapatkan telur dadar yang gebu. Cara mengetahui telur itu segar atau tidak ialah dengan cara melihat bahagian kuningnya masih terpisah dengan yang putih.

2. Pukul sehingga kembang

sumber: yummy.co.id

setelah pecahkan telur ke dalam bekas, pukul telur menggunakan garpu sehingga kembang.

Cara nak tahu telur dah kembang atau belum?

Senang je, apabila telur dikacau terlalu lama ia akan mengeluarkan buih dipermukaan telur. Itu menandakan telur dah kembang.

3. Campurkan dengan susu sejat

Campurkan sedikit susu sejat atau susu segar setelah telur siap dipukul. Fungsi susu adalah untuk menjadikan telur lebih lembut dan gebu.

Tak perlu terlalu banyak, cukup sekadar 3 hingga 4 sudu besar sahaja untuk 5 biji telur.

4. Tambahkan yogurt

Selain daripada susu korang juga boleh menggunakan yogurt atau krim masakan. Masukkan sedikit sahaja, dan tidak perlu terlalu banyak.

Sama seperti susu. Dan fungsinya juga adalah sama bagi melembutkan telur dadar.

5. Cara buat telur dadar #Tambahkan mayonis

Sekiranya korang tidak mempunyai stok susu sejat atau yogurt. Korang juga boleh gantikan dengan mayonis.

Kerana mayonis mempunyai bahan utama seperti telur, cuka, air dan minyak. Dan ini akan membuatkan telur dadar korang akan jadi lebih gebu dan sedap.

6. Cara buat telur dadar #Tambah dengan air perahan limau

Asid sitrik yang terdapat dalam limau atau lemon dapat membantu mengebukan telur dadar korang.

Caranya adalah selepas korang pukul telur sehingga kembang, tambahkan sedikit air perahan limau. Kemudian letak sedikit garam. Dan gaulkan hingga sebati.

7. Campurkan sedikit dengan tepung

Selain daripada cara di atas, korang juga boleh gunakan tepung. Antara tepung yang korang boleh guna adalah tepung gandum dan tepung ubi.

Nanti korang akan dapat tekstur telur dadar seakan-akan seperti lempeng.

8. Goreng menggunakan minyak yang panas

Sebelum memasukkan telur , pastikan minyak betul-betul panas. Tak perlu menggunakan api yang besar, cukup memadai minyak sudah panas.

9. Cara buat telur dadar #Goreng dengan mentega

Selain daripada menggunakan minyak masak, korang juga boleh gunakan mentega atau marjerin untuk goreng telur. Penggunaan mentega asli ketika menggoreng akan membuatkan telur dadar lebih sedap dan wangi

Tekstur telur dadar lebih gebu dan lembut. Kurangkan pengambilan garam sekiranya korang menggunakan mentega atau marjerin bergaram.

10. Gunakan teknik pukul telur

sumber: keluarga.my

Selalunya kita akan memecahkan telur tanpa mengasingkan putih dan kuningnya terlebih dahulu. Namun berlainan pula dengan teknik ini, korang perlu kocak telur berasingan.

Caranya adalah pecahkan telur dengan mengasingkan putih telur dan kuning. Kemudian pukul kuning telur sehingga berbuih. Manakala bahagian putih telur pukul sehingga ia kembang seperti meringue.

Kemudian campurkan kedua-duanya dan gaul secara kaup balik sahaja. Korang juga boleh campurkan dengan bahan-bahan lain yang korang suka.

Setelah itu, masak menggunakan Non stick pan dengan menggunakan sedikit minyak masak.

Teknik ini selalunya dipraktikkan oleh masyarakat barat untuk dapatkan hasil telur dadar yang gebu.

11. Cara buat telur dadar #Teknik ala teh tarik

Apa kata korang cuba gunakan teknik ini. Setelah minyak telah panas, tuangkan bancuhan telur dadar dengan jarak yang tinggi seperti ala-ala buat teh tarik.

Jangan lupa kecilkan api dan tunggu bahagian bawah masak terlebih dahulu baru terbalikkan.

Itulah dia cara buat telur dadar yang gebu, moist, dan sedap. Semoga ini dapat membantu korang untuk memasak telur dadar yang enak dan sama seperti di kedai acik tom yam..

Dah try makan kimchi dengan telur dadar? Try lah… Pasti tak nyesal!

Selamat mencuba ya !

Leave A Reply

Your email address will not be published.