Take a fresh look at your lifestyle.

10 Makanan Kurangkan Kolesterol

0 30

Korang ada masalah koleterol dan sedang cari makanan kurangkan kolesterol?

Ha… post ini terbaik untuk korang semua. Sila baca sampai habis ye… 

Sebagai langkah penjagaan kesihatan dengan mengamalkan diet yang mengandungi sumber makanan yang boleh menurunkan kolestrol. 

Ini merupakan satu cara pencegahan terhadap penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung. Berdasarkan kajian terdapat beberapa makanan yang boleh turunkan tahap kolesterol.

10 senarai Makanan kurangkan kolesterol

1. Pengambilan makanan yang kaya dengan Omega-3

Ikan yang kaya dengan lemak Omega-3 didapati boleh mengurangkan lemak jenis Triglycerides. Seperti ikan tuna, salmon, ikan tenggiri, ikan jerung dan lain-lain lagi.

Lemak jenis Triglycerides ini mampu meningkatkan risiko serangan jantung. 

2. Makanan kurangkan kolesterol #Minyak zaitun

Makanan kurangkan kolestrol yang seterusnya ialah minyak zaitun. Ketika memasak, gantikan minyak kelapa sawit dengan minyak zaitun kerana ia lebih sihat untuk tubuh badan.

3. Makanan kurangkan kolesterol #Sayur terung

Terung juga menjadi salah satu makanan kurangkan kolestrol. Ini kerana ia mengandungi serat makanan yang tinggi. Ia juga mengurangkan risiko daripada masalah seperti penyakit jantung, strok dan obesiti.

4. Makanan kurangkan kolesterol #Coklat gelap

Koko yang terdapat dalam coklat gelap mengandungi flavanoid, iaitu sebatian dalam kebanyakan jenis buah-buahan dan sayuran.

Sifat antioksidan dan antiradang yang terkandung di dalamnya memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan.

Mereka yang ada masalah kolesterol tinggi disarankan untuk mengambil sebarang produk coklat gelap secara sederhana.

Cara ini memang pelik. Tapi terbukti boleh turunkan berat badan.

5. Kekacang

Kekacang adalah sumber lemak tak tepu yang baik dan dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL.

Antaranya ialah kacang badam, Walnut, pistachio, gajus dan kacang Hazel.

Makanan turunkan kolesterol ini kaya serat dan dapat mengawal penyerapan kolesterol oleh tubuh dan meningkatkan proses penyingkirannya.

6. Makanan kurangkan kolesterol #Teh hijau

Kandungan antioksidan yang yang dikenali sebagai catechin dalam teh hijau sangat bermanfaat untuk kesihatan.

Pengambilan teh dikatakan dapat meningkatkan kolesterol secara signifikan, mengurangkan tahap kolesterol total dan LDL tanpa menurunkan tahap kolesterol HDL.

Teh hijau mengandungi banyak sebatian yang boleh meningkatkan kesihatan jantung.

Dua sebatian utama dalam teh hijau yang bermanfaat termasuklah Catechins yang dapat membantu mengaktifkan nitrik oksida, penting untuk untuk tekanan darah yang sihat.

Bahan ini juga dapat menghalang sintesis, penyerapan kolesterol dan dapat membantu mencegah masalah dalam darah. Quercetin pula dapat meningkatkan fungsi saluran darah dan dapat mengurangkan keradangan

7. Oat dan barli

sumber: murai.my

Oat dan barli adalah antara bijian yang sangat kaya dengan serat yang disebut beta glukan-3g yang dapat membantu untuk mengurangkan kadar kolesterol.

Semasa pengambilan beta glukan, ia akan membentuk gel yang mengikat asid hempedu yang kaya dengan kolesterol dalam usus yang dapat membantu membatasi jumlah kolesterol yang diserap dari usus ke dalam darah.

8. Whey protein

Mesti ramai yang tidak tahu bahawa whey protein ada pelbagai kebaikan untuk tubuh badan kita.

Apa itu whey protein? Whey protein adalah sejenis protein yang terhasil daripada pembuatan keju.

Antara kelebihan whey protein adalah untuk membantu pembesaran otot,menambah stamina dan mengurangkan kolesterol .

9. Quinoa

Seterusnya adalah quinoa juga boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam badan.

Terdapat 5 kajian analisis meta ini menunjukkan kesan quinoa. Dengan pengambilan quinoa dapat membantu menurunkan paras trigliserida, kolesterol total dan kolesterol jahat deng sangat ketara.

10. Buah-buahan untuk

Berikut merupakan jenis-jenis buah untuk kurangkan kolesterol;

#1. Avokado

Kajian mendapati avokado mempunyai kebolehan mengurangkan kolesterol tidak baik dalam badan.Ia juga amat berkesan kepada golongan yang mempunyai berat berlebihan dan obes. Anda boleh menjadikannya sebagai hidangan bersama dengan roti atau dihidang secara salad. Rasanya enak dan menyelerakan.

#2. Buah strawberi

Kandungan polifenol dalam strawberi membantu menurunkan tekanan darah dan kadar LDL serta meningkatkan kadar kolesterol baik (HDL).

#3. Buah tomato

Tomato adalah sumber vitamin A dan C yang mengandungi sebatian antioksidanlycopene. Sebatian berkenaan mempunyai peranan penting dalam menurunkan kadar kolesterol jahat.

#4. Epal

sumber: rihura.com

Pengambilan buah epal dapat membantu mengurangkan kadar kolesterol jahat berkat sebatian fenolik yang terdapat di kulit. Fenolik adalah sebatian antioksidan yang meningkatkan fungsi sel yang sihat dan aliran darah yang baik.

#5. Pisang

Pisang juga antara buah untuk kurangkan kolesterol kerana ia mengandungi serat larut untuk menghalang penyerapan kolesterol.

Bukan itu sahaja, pisang juga membantu membuang kolesterol melalui sistem pencernaan dan menghalangnya bergerak ke aliran darah dan menyumbat saluran darah.

Semoga bermanfaat!

Leave A Reply

Your email address will not be published.