Sabun Pencuci Tangan Terbaik Untuk Anak-anak
Sedang mencari sabun pencuci tangan yang sesuai dan terbaik untuk anak-anak?
Disebabkan anak-anak gemar dan sering menyentuh semua permukaan, mereka lebih cenderung terdedah untuk dijangkiti virus atau kuman.
Ya… kuman!
Salah satu perkara yang amat ditakuti oleh semua parents.
Jesteru itu, amalan mencuci tangan merupakan satu langkah untuk melindungi anak-anak daripada kuman dan bakteria.
Disamping itu, penggunaan sabun pembersih tangan juga harus dititikberatkan agar ia selamat digunakan untuk anak-anak dan bebas daripada bahan berbahaya.
Jenama Sabun Pencuci Tangan Yang sesuai untuk Anak-anak
1. Kath + Belle Antibacterial Germs Hand Wash
Bagi korang yang gemarkan sabun pembersih tangan berbau harum dan wangi, sabun dari Hermo ini semestinya menjadi pilihan terbaik.
Dengan mengandungi SDC, sabun pencuci tangan ini dijamin dapat menghapuskan bakteria 99.99%.
Bertekstur rich dan creamy, ia dapat menghalang virus serta bakteria melekat pada tangan sambil melembutkan kulit tangan.
Sabun ini juga tidak mengeringkan kulit dan bebas daripada triclosan, alkohol dan bahan kimia berbahaya. Bukan hanya sesuai untuk orang dewasa, malahan anak-anak juga boleh menggunakannya.
2. Sabun Pencuci Tangan #Dettol Liquid Handwash
Dettol merupakan jenama sabun nombor 1 di dunia yang terbukti dapat membunuh virus E.Coli, Salmonella, MRSA, virus flu, Human Coronavirus dan termasuk juga SARS.
Walaupun sabun biasa juga dapat membunuh virus, namun Dettol dapat membasmi virus dengan lebih ekstra kerana mempunyai bahan aktif seperti Chloroxylenol yang membantu membunuh virus tanpa meninggalkan kesan.
Namun sabun Dettol tidak sesuai untuk individu yang berkulit sensitif kerana bahan aktifnya yang kesat boleh memedihkan permukaan tangan.
Hati-hati tindik telinga anak… jangan sampai jadi macam ni ye
3. Sabun Pencuci Tangan #Sea Magic Natural Eco Handwash
Sabun cuci tangan daripada Sea Magic ini menggunakan kuasa ekstrak lelemak kelapa yang bersifat antibakteria dan juga melembap secara semulajadi.
Ia juga dapat membasmi kuman dan bakteria dalam beberapa saat sahaja, jadi tidak perlu melumurkan sabun secara lama-lama pada tangan.
Sabun ini juga akan membuatkan tangan lembut dan lembap dengan kandungan minyak kelapa, sesuai digunakan oleh kanak-kanak kerana sabun ini bebas dari bahan berbahaya.
4. Lifebuoy Mild Care Antibacterial Handwash
Jenama pencuci tangan Lifebuoy ini mengandungi bahan beralkohol iaitu ethanol sebagai bahan aktif yang amat berkesan bagi membunuh kuman dan bakteria.
Namun, ethanol boleh menyebabkan tangan kering, kasar dan memedih. Tetapi, jangan risau kerana sabun Lifebuoy ini mengandungi silver active yang membantu mengekalkan kelembapan pada tangan.
Selain itu, ia juga memastikan lapisan kulit tidak mudah mengering dan memedih.
Sabun ini juga selamat digunakan kepada anak-anak kerana tidak mengandungi pewangi, bebas allergen dan sesuai digunakan pada setiap hari!
5. Kirei Kirei Foaming HandWash
Kirei Kirei ialah sabun pencuci tangan berbuih anti-bakteria No. 1 di Jepun* yang selamat untuk kanak-kanak.
Diformulasikan dengan 99.9% perlindungan anti-bakteria yang unik dan berkesan untuk menghapuskan kuman.
Dengan hanya sedikit sahaja, sabun Kirei Kirei ini menghasilkan buih halus yang banyak dan creamy bagi memudahkan untuk menanggalkan kotoran tanpa menggosok tangan.
Dengan isipadu buih 12 kali ganda berbanding dengan sabun pencuci tangan biasa dan sekaligus memudahkan anak-anak menggunakannya.
Cara Memilih Sabun Pencuci Tangan Yang Betul
Seperti yang kita tahu bahawa amalan mencuci tangan merupakan salah satu daripada amalan menjaga kebersihan diri.
Namun begitu masih ramai yang tidak tahu bahawa tidak semua jenis pembersih tangan sesuai untuk anak-anak.
Ini kerana kulit anak-anak sangat halus dan sensitif terhadap bahan kimia yang terdapat pada kebanyakan jenis gel pembersih tangan.
Ini antara tips memilih produk pembersih tangan yang disarankan oleh pakar sebelum membeli produk tersebut;
- Pastikan parents mencari produk yang telah diuji secara klinikal dan dermatologi. Terbukti tanpa bahan berbahaya dan lembut pada kulit.
- Bebas daripada bahan kimia seperti paraben dan Sodium Lauryl sulfate (SLS)
- Anti-bakteria yang yakni berkesan untuk menghapus bakteria dan kuman.
- Pilih produk pembersih tangan yang lembut dan selamat untuk digunakan anak-anak.
Inilah antara cadangan sabun pencuci tangan yang disarankan untuk anak-anak. Sememangnya jenama produk ini sudah terkenal dan tidak asing lagi bagi kita semua.
Namun haruslah berhati-hati ketika membuat pilihan agar kesihatan kulit anak-anak terjaga dan bebas dari bahan berbahaya.
Amalan menjaga kebersihan bermula dengan mencuci tangan dengan betul dapat membantu anak-anak terhindar daripada bakteria dan kuman.
Oleh itu, parents kena pastikan anak-anak amalkan rutin membasuh tangan sebagai langkah pencegahan agar hidup lebih gembira, bersih dan sihat.
Semoga ini bermanfaat untuk semua!