Take a fresh look at your lifestyle.

Tips Travel Semasa Hamil

0 27

Untuk artikel kali ini saya akan kongsikan tips travel semasa hamil.

Siapa kata wanita hamil tak boleh berjalan-jalan travel ke luar negara mahupun dalam negara?

Ha, ini adalah info yang terbaik untuk bakal ibu yang kaki travel. Biasanya selagi korang dapat kelulusan dari doktor, korang selamat untuk melancong sehingga hamil 36 minggu.

Namun, di awal kehamilan tidak digalakkan untuk travel apatah lagi kalau korang mengalami komplikasi kehamilan seperti preeklampsia, diabetes ketika hamil, dan kemungkinan kelahiran bayi pramatang.

Selain itu, jika korang mengalami pendarahan faraj, risiko keguguran atau hamil kembar juga tidak disyorkan untuk travel.

Antara Tips Travel Semasa Hamil

Berikut adalah senarai semak yang korang perlu dilakukan sebelum memulakan perjalanan jauh ketika hamil.

1. Semak Polisi Syarikat Penerbangan

Ini adalah perkara yang utama korang harus lalukan sebelum memulakan perancangan travel semasa hamil. Pastikan korang membuat semakan dengan syarikat penerbangan terlebih dahulu, kerana ada kemungkinan polisi berbeza mengikut syarikat penerbangan tersebut.

Walaupun secara umumnya, menawarkan polisi untuk ibu hamil adalah hampir sama. Sedikit info untuk polisi bagi syarikat penerbangan di Malaysia:

1. AirAsia

  • Minggu ke 27: Wajib sign Limited Liability Statement semasa waktu check-in
  • Minggu ke 28-34: Wajib sign Limited Liability Statement semasa waktu check-in & perlu ada surat doktor.
  • Minggu ke 35: TIDAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT

2. Mas Airline

  • Sekiranya anda melakukan perjalanan ketika hamil wajib ada surat doktor.
  • Minggu ke 36: TIDAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT

3. Malindo

  • Minggu ke 27: Dikehendaki menandatangani Borang Pelepasan dan Indemniti.
  • Minggu ke 28 – 35: Tandatangan Borang Pelepasan dan Indemniti dan wajib ada surat doktor.
  • Minggu ke 35 : TIDAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT

4. Firefly

  • Minggu ke 36 dan ke bawah: Dikehendaki mengisytiharkan kehamilan mereka dan lengkapkan serta tandatangan Borang Keluaran dan Indemniti.
  • Minggu ke 37: TIDAK DIBENARKAN MENAIKI PESAWAT

Buat senaman ini masa hamil, supaya senang kurus lepas bersalin

2. Buat Pemeriksaan Kesihatan Terlebih Dahulu

Seterusnya, korang kena buat pemeriksaan kesihatan dengan doktor terlebih dahulu sebelum memulakan perancangan travel. Ini bertujuan untuk menghindari sebarang kesulitan atau masalah kesihatan ketika travel.

Dan pastikan korang mndapat surat dari doktor mengenai maklumat tentang kesihatan serta tarikh jangka bersalin (EDD). Dapatkan juga pengesahan dari doktor bahawa korang tidak mempunyai sebarang komplikasi semasa hamil dan sihat untuk travel.

Oh ya, dan jangan lupa untuk meminta khidmat nasihat dan tips yang berguna daripada doktor untuk korang amalkan semasa travel. Yang paling penting adalah, sentiasa bawa bersama rekod kesihatan dan ultra sound sebagai rujukan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

3. Tips Travel Semasa Hamil #Pilih Destinasi yang sesuai

Sebaiknya korang elakkan destinasi percutian yang terlalu jauh dan memakan masa yang terlalu lama sehingga berbelas jam dalam pesawat. Percutian di dalam Asia Tenggara juga mempunyai pelbagai tempat dan pantai yang menarik.

Ingat ! Elakkan tempat percutian yang memerlukan korang diimunisasi atau vaksinasi. Jangan pilih tempat percutian yang mempunyai risiko penyakit bawaan seperti, malaria, denggi atau zika.

Apa yang lebih penting adalah dahulukan keselesaan korang dan kandungan semasa tempoh perjalanan dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaan.

4. Tips Travel Semasa Hamil #Sentiasa Bawa Vitamin Dan Ubat-Ubatan

Pastikan korang bawa sekali beberapa vitamin dan ubat-ubatan yang wajib diambil demi menjaga keadaan kandungan korang. Bawa lebih sekiranya perlu untuk sebarang situasi yang tidak dijangka.

Untuk lebih bertenaga, jangan tinggal benda yang penting ni tau. Selain bagus ibu hamil, ia juga bagus untuk bayi dalam kandungan.

5. Save Nombor Doktor Untuk Kes Kecemasan

Pastikan korang simpan nombor telefon individu-individu penting seperti suami, ahli keluarga atau doktor korang atau rakan-rakan yang turut melancong bersama korang.

Ia bagi memastikan situasi semasa korang sentiasa diketahui jika berlaku sebarang kes kecemasan.

6. Tips Travel Semasa Hamil #Bawa Makanan Ringan Dan Air

Normal bagi seorang wanita hamil untuk selalu merasa lapar. Jadi pastikan korang sentiasa mempunyai bekalan makanan ringan seperti roti atau buah-buahan yang boleh dimakan sebagai alas perut.

Jangan biarkan perut kosong.

7. Bawa Pakaian Yang Selesa Dan Sesuai

sumber: bidadari.com

Wanita hamil sememangnya tidak digalakkan untuk mengangkat barang-barang yang berat kerana dibimbangi akan menjejaskan bayi dalam kandungan.

Jesteru itu, pastikan korang bawa stok pakaian yang ringan tetapi selesa, dan kemas kesemua barang keperluan korang dengan teratur ke dalam bagasi agar ia mudah diseret dan tak memerlukan begitu banyak tenaga untuk membawanya.

Pastikan korang bawa dan pakai seluar yang betul semasa travel macam ni. Ini penting untuk keselesaan dan memudahkan pergerakan.

8.Tips Travel Semasa Hamil #Beli Insurans Perlindungan

sumber: rileklah.com

Bagi korang yang berisiko dari segi kesihatan dan keselamatan, adalah lebih baik sekiranya mendapatkan insurans perlindungan semasa melancong.

“Sediakan payung sebelum hujan”, bak kata orang tua-tua!

Itulah antara tips travel semasa hamil dan semoga tips ini bermanfaat untuk korang semua. Buatlah perancangan untuk bercuti sebaik mungkin demi keselesan korang serta keselamatan bayi dalam kandungan.

Leave A Reply

Your email address will not be published.