7 Sabun Mandian Baby Yang Terbaik
Sedang mencari sabun mandian baby yang terbaik untuk kulit si manja? Baby memiliki kulit yang sangat lembut dan lebih sensitif jika dibanding dengan kulit orang dewasa.
Sebab itu, penggunaan sabun yang sesuai adalah sangat penting supaya kulit si manja tidak terjejas dan mengalami iritasi.
Selain itu, sabun yang sesuai akan mengekalkan kelembapan kulit bayi anda dan memelihara kehalusannya. Pening nak pilih sabun mandian yang sesuai?
Ha, korang tak usah pening-pening. Kali ini saya akan kongsikan dengan korang jenama sabun mandi yang terbaik untuk kulit si manja.
Berikut 7 produk sabun mandian baby yang sesuai untuk kulit si manja
1. Sebamed baby liquid cleanser
Sebamed Baby Liquid Cleanser ini mempunyai pH 5.5 yang ideal untuk kulit yang sihat. Ia membersihkan kulit si comel secara lembut dan tidak memedihkan mata.
Ahli dermatologi telah menguji secara klinikal bahawa sabun ini mengandungi hypoallergenic, sesuai untuk bayi yang mempunyai kulit bermasalah.
Dirumus khas dengan Vitamin B yang mengandungi Panthenol untuk merangsang regenerasi kulit serta Vitamin E sebagai agen pelembab semulajadi.
Selain itu, ia dapat melindungi kulit daripada kekeringan. Sabun ini juga membantu mengurangkan masalah kulit bayi seperti eczema, xerosis dan psoriasis.
2. Sabun Mandian Baby #Cetaphil
Sabun bayi jenama Cetaphil ini dicipta khas dengan 1/3 moisturizer dan aloe vera yang tidak membahayakan kulit si kecil.
Sabun dari produk Cetaphil ini terbaik dalam penjagaan kulit terutamanya kulit bayi yang harus dijaga lebih rapi dan teliti. Ia membersihkan kulit bayi dengan halus dan lembut tanpa mengeringkan kulit.
Sabun ini tidak akan memedihkan mata dan juga mempunyai pH seimbang untuk mandian si manja.
Selamat digunakan untuk baby kerana produk ini bebas paraben, minyak mineral dan bahan berasaskan haiwan.
Jika anak ada selsema dan tak sempat bawa ke klinik, boleh cuba cara ini dahlu di rumah. Cepat dan berkesan.
3. Drypers baby head to toe
Sabun mandian jenama Drypers ini pula mengandungi wangian mesra bayi (Baby Friendly Fragrance) yang telah diluluskan oleh International Fragrance Association (IFRA).
Diperkaya dengan ekstrak Oat Kernel dan Pro-Vitamin B5 yang mampu untuk membersih dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.
Sabun dari jenama ini bertindak untuk melembabkan kulit sambil memberikan ketenangan kepada si manja dan juga sesuai untuk bayi yang baru lahir.
Selain itu, ia juga berfungsi sebagai perapi rambut bayi dan diformulasi agar tidak memedihkan mata.
4. Sabun Mandian Baby #Johnson’s baby top to toe
Sabun ini tidak mengeringkan kelembapan semulajadi kulit bayi anda. Formula NO MORE TEARS® nya adalah sesuai untuk mandian menyeluruh termasuk bahagian muka kerana bahannya yang lembut dan tidak memedihkan mata.
Produk sabun mandian ini bebas warna, sabun, tidak menyebabkan alergi dan bebas paraben.
5. Chicco baby moment
Jenama Chicco baby moment juga salah satu sabun mandian yang sesuai untuk kulit sensitif. Ia telah diuji secara klinikal terhadap bayi terutamanya yang mempunyai masalah kulit sensitif.
Sabun ini juga diformulasikan agar dapat meminimalkan kesan alergi pada kulit, kerana produk ini mengandungi hypoallergenic.
Sabun ini juga tidak mengandungi SLS, SLES, paraben, pewarna tiruan serta alkohol yang tidak akan memedihkan mata.S
elain baunya yang menyenangkan, dengan adanya ekstrak Calendula, sabun ini mampu melembutkan kulit si manja menjadi lebih halus dan mulus.
6. Sabun Mandian Baby #Baby organix top to toe cleanser
Sabun bayi ini diformulasi daripada bahan organik dan berasaskan daripada tumbuhan semulajadi.
Ia kaya dengan Aloe Vera dan Vitamin E bagi mengekalkan kelembapan kulit bayi supaya sentiasa lembut dan halus.
Sabun ini dirumus khas agar tidak memedihkan mata, selamat dipakai jika bayi korang jenis yang tidak boleh duduk diam semasa mandi.
Sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan untuk seisi keluarga, tidak kira peringkat umur.
7. Himalaya herbals gentle baby bath
Satu kelebihan Himalaya Gentle Baby Bath ini adalah ia diformulasikan dengan khasiat dari ramuan Chickpea, Fenugreek dan Green Gram yang membersih kulit si manja secara halus dan lembut tanpa menyebabkan iritasi.
Sabun ini telah diuji secara klinikal – mengandungi hypoallergenic bagi mengelakkan berlaku alergi semasa penggunaannya.
Selamat digunakan untuk bayi kerana produk sabun ini bebas paraben, SLS dan SLES serta pewarna sintetik.
So, sekarang korang dah tau sabun mandian baby yang sesuai dengan kulit si manja. Elak membeli produk mandian bayi yang salah.
Sebagai ibu bapa, usahakanlah menjaga kebajikan dan kesihatan bayi sebaik yang mungkin. Pilihlah jenama barangan bayi yang selamat terutama sabun mandian untuk kegunaan harian.
Pastikan sentiasa semak kandungan barangan mandian bayi dengan teliti bagi memastikan kandungan yang terdapat dalam sabun mandian tersebut sesuai untuk bayi.
Semoga bermanfaat!