Sabun Gatal Terbaik Untuk Anak Kecil
Pemilihan sabun gatal terbaik untuk kulit anak haruslah dilakukan dengan bijak dan berhati-hati.
Ini kerana kulit anak yang sensitif perlukan perawatan yang baik terutama dari segi pemilihan sabun mandian.
Oleh sebab itu pakar kanak-kanak tidak mengesyorkan penggunaan sabun untuk bayi terutama yang mempunyai masalah ruam gatal, kulit kering atau masalah ekzema.
Ruam gatal atau ekzema biasanya muncul pada dahi, pipi atau kulit kepala bayi, namun ia boleh merebak ke lengan, kaki, dada atau bahagian belakang badan.
Ia boleh muncul dalam 2 cara:
- Bayi nampak tak selesa atau mudah meragam tanpa sebab atau sentiasa menggosok pipi atau badan bagi menghilangkan rasa gatal
- Bayi mungkin mempunyai kulit kering dan mengelupas – sama ada berwarna tona kulit atau kelihatan merah jambu mahupun merah
Dan untuk membersihkan si manja dengan keadaan masalah ini, ibu bapa harus memilih mandian untuk eczema agar dapat menjamin keselamatan untuk kulit si manja.
Tips memilih sabun gatal terbaik untuk anak kecil
Produk berkesan dan terbaik adalah yang tidak merengsakan kulit bayi.
Ia juga perlu dapat mengunci lembapan bagi merawat kerengsaan semasa dan dalam masa sama menyediakan penghalang untuk mengelakkan kulit bayi meradang pada masa hadapan.
Apabila memilih produk untuk baby eczema, pertimbangkan:
- Keseimbangan pH – pilih yang neutral atau pH 7, tidak berasid atau beralkali
- Bebas pewangi
- Hypoallergenic – tidak menimbulkan alahan
Sabun gatal terbaik pilihan ibubapa
1. Mustela Soothing Cleansing Gel
Sabun gatal Mustela ini lembut pada kulit sensitif dan mengandungi bahan yang tidak perlu dirisaukan.
Kerana jenama sabun ini diperbuat daripada kebanyakan bahan semulajadi serta bebas paraben dan phthalates.
Gel pembersih Mustela ini akan membersihkan, menghidrat dan menenangkan kulit bayi – dapat membantu kurangkan ruam galat eczema. Sabun ini juga mudah dibilas dan sesuai untuk bayi yang baru lahir.
Cara hilangkan selsema bayi tanpa ke klinik boleh tengok kat sini ye
2. Sabun Gatal Terbaik #Aveeno Baby Cleansing
Sabun mandian berkrim yang diformulasikan dengan Colloidal oatmeal semulajadi, pati oat dan emolien berfungsi membersihkan dengan lembut tanpa merosakkan penghalang kulit.
Selain terbaik untuk kulit eczema, produk sabun Aveeno ini juga telah mendapat anugerah dari National Sez Of Acceptance Association Eczema.
Sabun ini juga bebas wangian, paraben, pewarna dan juga bebas phthalate bagi membantu merawat kulit kering dan jengkel.
3. Sabun Gatal Terbaik #Cetaphil Body Soothing Wash
Cetaphil merupakan produk pilihan terbaik dan popular di kalangan ibu ayah untuk bayi mereka. Bahkan, ia telah diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi dan Persatuan Ekzema Nasional.
Malahan, ramai diantara mereka mengakui keberkesanan produk ini terhadap eczema anak mereka.
Produk Cetaphil ini telah diformulasikan menggunakan Filaggrin, minyak biji bunga matahari dan Shea butter bagi memastikan kulit sentiasa lembap.
Produk ini juga bebas daripada sabun, paraben dan wangian serta bersifat hypoallergenic.
4. Sabun Gatal Terbaik #CeraVe Baby Wash
Sabun baby CeraVe ini telah diterima oleh Persatuan Ekzema Nasional dan juga telah diuji oleh pakar dermatologi. Sabun ini tidak berbahaya dan tidak mengandungi bahan seperti paraben, sulfat atau wangian.
Ia sesuai untuk si manja kerana sabun ini dicipta khas tidak memedihkan mata saat menggunakannya.
Dan apa yang menarik tentang sabun ini adalah sabun mandian ini menggunakan tiga ceramida yang berbeza – berfungsi sebagai mengekalkan penghalang kulit pelindung bayi serta mengunci kelembapan.
5. Ezerra Extra Gentle Cleanser
Satu-satunya produk sabun gatal yang mempunyai Pembersih Gentian 3X yang dibuat dengan bahan aktif semulajadi. Ia membersihkan dan melembapkan kulit kering dengan selamat.
Ia berfungsi untuk membersihkan dan melembapkan secara serentak, dan selamat untuk kulit bayi dan boleh digunakan juga untuk bayi yang baru lahir.
Ezerra Extra Gentle Cleanser adalah agen pembersih yang unik mengandungi ekstrak Amisoft dan mampu membersihkan kulit dengan berkesan tanpa mengeringkan kulit tetapi mengekalkan kulit lembap.
Dalam pembersih ini juga mengandungi Stimu-tex AS, yang terbukti berkesan dalam melegakan kegatalan dan kemerahan.
Keadaan bayi ekzema umumnya tidak boleh disembuhkan. Namun ia boleh dikawal dan biasanya akan hilang sendiri setelah beberapa bulan atau tahun.
Oleh itu dengan pemilihan sabun mandian yang tepat untuk kulit dapat mengawal kemunculan ruam gatal pada kulit bayi, selain melakukan penjagaan yang betul dan rapi.
Semoga ini dapat membantu ibu ayah memilih sabun yang sesuai dengan kulit si manja!