Take a fresh look at your lifestyle.

7 Tandas Potty Training Yang Terbaik Dan Menarik Untuk Si Manja

0 18

Untuk yang sedang train anak-anak ke toilet, boleh tengok tandas potty training yang terbaik kat bawah ni ye…

Biasanya bila anak dah mula masuk 3 tahun, ibu ayah akan mula train untuk menggunakan tandas.

Dan dalam fasa ini ibu ayah akan cari tandas potty training untuk train anak-anak. Tapi untuk yang pengalaman pertama, biasanya mereka akan tercari-cari yang mana terbaik.

Jangan risau , ikuti perkongsian ini.

Untuk permulaan parents kena rancang dulu. Beri tumpuan dan perlu konsisten setiap hari.

Kadang tu ambil masa beberapa minggu dan bulan kerana setiap anak kecerdasannya tak sama. Selain itu, parents juga disarankan untuk memberikan anak toilet khas dan menarik untuk si kecil.

Terdapat pelbagai jenis dan jenama toilet potty training yang ada di pasaran sekarang. Parents kena bijak memilih mana yang sesuai untuk si kecil.

7 Jenis Tandas Potty Training Yang Terbaik

1. Tandas Potty Training #Beaba potty training

Produk Beaba Training Potty merupakan training potty dengan rekaan yang ergonomik tempat duduk yang tidak licin, yang mana akan menjamin keselamatan dan keselesaan anak.

Dengan rekaan potty train yang mudah untuk dicuci dan dibersihkan, serta mempunyai tapak yang anti-licin untuk kestabilan diatas lantai.

Mempunyai kemudahan pemegang yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja bagi memastikan proses potty training anak – satu proses yang cepat dan mudah.

Beaba Ergonomic Potty boleh dikatakan sebagai rakan baik bagi ibu bapa untuk membantu melatih anak kecil membuang air besar atau kecil di tandas. Sesuai untuk kanak-kanak usia 2 tahun keatas.

2. Tandas Potty Training #Summer Infant My Size Potty

Seterusnya produk Summer Infant menampilkan reka bentuk seperti tandas dewasa untuk memastikan peralihan yang selesa dan yakin kepada perkara sebenar.

Mempunyai penutup flip-up dan mangkuk potty yang mudah ditanggalkan serta mudah untuk dibersihkan.

Produk ini juga mempunyai suara flush yang realistik untuk memberi penghargaan kepada pekerjaan yang dilakukan dengan baik dan mendorong si manja!

3. Baby Safe Train To Flush Potty

Penggunaan potty training anak akan terasa lebih menyenangkan apabila diberikan jenama ini. Baby Safe menciptakan toilet anak dengan bentuk fizikal yang menyerupai toilet dewasa.

Bezanya, produk ini direka dalam ukuran yang lebih mini. Namun, tetap mempunyai fungsi yang sama. Bahkan, produk ini juga dilengkapi dengan tombol flush.

Tombol flush tersebut bukan untuk mengeluarkan air, melainkan musik. Berkat tombol ini, anak Anda bisa belajar untuk terbiasa menyiram kotoran setelah buang air.

Kelebihan lain yang disematkan oleh Baby Safe pada potty ini adalah dengan adanya ilustrasi tempat tisu berputar pada bahagian tepi potty.

Sangat sesuai untuk membiasakan anak menjaga kebersihan dirinya setelah buang air.

4. Tandas Potty Training #IKEA Lilla Toilet

IKEA Lilla Toilet direka oleh Monica Mulder yang berasal dari Belanda – untuk melakukan perumusan terhadap bentuk dari toilet ini. Dan hasilnya, jadilah toilet anak dengan bentuk yang ergonomis dan sederhana.

Produk satu ini dapat menjadi pilihan potty training – yang ingin memulai kegiatan potty training pada anak yang telah berusia 1 – 2 tahun.

Potty train jenis mencangkung ini diperbuat dari bahan plastik sintetik yang bebas kandungan BPA. Dengan begitu, produk ini sudah dipastikan selamat digunakan.

Tak cuma selamat untuk digunakan, IKEA Lilla Toilet juga lebih mudah untuk membersihkannya. Cukup dengan sabun cair dan dibilas air, potty ini bersih kembali.

5. Tandas Potty Training #Richell Pottis Step & Potty

Potty satu ini mempunyai ukuran yang kompak. Ketinggiannya yang tepat akan memberikan kenyamanan saat anak duduk di atasnya.

Richell mengeluarkan produk satu ini dengan balutan warna yang tenang sehingga melepaskan aura ketenangan pada anak sewaktu menggunakannya.

Terdapat pegangan dikedua-dua bahagian sisi yang boleh digenggam oleh anak misal ingin mengejan untuk buang air besar.

Ukuran dari armrest pada produk ini juga telah disesuaikan dengan ukuran telapak tangan kanak-kanak usia 1 – 2 tahun.

Dengan adanya pegangan berbentuk unik ini, saraf motor anak juga akan terlatih untuk memegang sesuatu sebagai penahan.

6. Skip Hop Made For Me Potty

Skip Hop Made for Me Potty ialah potty train yang elegan dan moden dengan rekabentuk seperti tandas dewasa. Yang mana akan membantu anak kecil beralih kepada perkara sebenar dengan yakin!

Produk ini memberi keselesaan dan kemudahan, reka bentuk yang lancar menampilkan permukaan licin, boleh lap dan besen boleh tanggal untuk pembersihan yang mudah. Petak belakang boleh memuatkan bekas tisu yang boleh ditanggalkan atau buku kegemaran.

Setelah selesai membuang air – tekan butang di bahagian atas untuk bunyi flush sebenar untuk menggalakkan dan memberi ganjaran kepada anak-anak kecil untuk kerja yang dilakukan dengan baik.

Sesuai untuk kanak-kanak umur 18+ bulan.

Pastikan ibu ayah berikan permainan yang terbaik untuk perkembangan si manja dari 4-6 bulan

7. Tandas Potty Training #Puku 5 in 1 Baby Potty

Potty trainer yang direka khas untuk menampung pertumbuhan kanak-kanak mengikut usia. Mudah dipasang dan mudah ditukar kepada lima peringkat penggunaan iaitu;

  • Dari 10+ bulan: Bayi boleh belajar duduk secara bebas di atas tandas dan menggunakan pemegang di hadapan sebagai sokongan.
  • Dari 12+ bulan: Pusingkan pemegang ke belakang untuk sokongan apabila kanak-kanak boleh duduk sendiri.
  • Dari 18+ bulan: Bahagian atas tandas boleh ditanggalkan agar sesuai dengan tempat duduk tandas bilik mandi untuk kanak-kanak duduk dengan selesa, pemegang disimpan untuk sokongan, bahagian bawah tandas boleh ditukar kepada bangku langkah
  • Dari 24+ bulan: Bahagian atas tandas boleh ditanggalkan agar sesuai dengan tempat duduk tandas bilik mandi untuk kanak-kanak duduk dengan selesa, tanggalkan pemegang untuk anak duduk secara berasingan, bahagian bawah tandas boleh ditukar kepada bangku langkah

Kelebihan lain strukturnya yang stabil dan biarkan anak duduk dengan selamat dan selesa, diperbuat daripada plastik bukan toksik – selamat untuk digunakan kanak-kanak. Boleh menampung berat maksimum sehingga 50 kg dan juga boleh digunakan sehingga umur 5 tahun.

Itulah dia antara 7 cadangan tandas potty training yang korang boleh guna. Ingat! Jangan paksa anak jika mereka belum bersedia menggunakan potty train. Nanti anak akan TANTRUM dan parents yang akan STRESS!! Oleh itu jangan tergesa-gesa, banyakkan bersabar.

Take your time!

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published.