10 Tisu Basah Terbaik Untuk Si Manja
Tisu basah terbaik biasanya dirumus khas dengan menggunakan bahan-bahan yang lembut dan selamat untuk kulit bayi.
Penggunaan tisu ini adalah cara yang paling mudah untuk memastikan bayi sentiasa bersih dan bebas bakteria. Apatah lagi kalau korang travel, tisu ini sangat berguna.
Selain itu, tisu ini juga bukan sahaja hanya untuk bayi – orang dewasa juga menggunakan tisu tersebut sebagai alat menanggalkan solekan, dan membersihkan tangan dan mulut selepas makan.
10 tisu basah terbaik pilihan utama ibu di Malaysia
1. Tisu Basah Terbaik #Anakku Baby Wipes

Terdapat banyak rekod ujian makmal yang menunjukkan bahan yang mengandungi paraben lebih cenderung untuk menyebabkan cancer.
Justeru itu, ibu bapa haruslah memastikan peralatan dan alatan penjagaan bayi tidak mengandungi paraben kerana kulit bayi yang sangat sensitif.
Baby wipes jenama Anakku ini adalah tisu basah yang tidak mengandungi paraben. Direka dengan pelembap tambahan dan diuji secara klinikal keselamatan penggunaannya.
Ia juga tidak mengandungi sebarang campuran alkohol yang boleh menyebabkan kulit menjadi iritasi dan merengsa.
2. Tisu Basah Terbaik #Huggies Baby Wipes

Dengan Teknologi Triple Clean yang digunapakai dalam rekaan baby wipes Huggies ini menyediakan kombinasi ketebalan, kelembutan dan penyerapan yang tinggi.
Selamat untuk digunakan pada bayi dan melindungi kulit bayi dari ruam dengan memastikan bahagian kulit yang menggunakan baby wipes ini bersih sebersihnya dan tidak meninggalkan sebarang kotoran.
Justeru itu, ianya baik untuk kulit bayi yang lembut dan sensitif dengan melembabkan serta menjaga rapi kulit si manja anda.
3. K-MOM Natural Pureen Baby Wipes

Jenama tisu terbaik untuk kegunaan bayi yang alami kulit bermasalah seperti kering, sensitif atau ekzema.
Diperkaya dengan ekstrak Calendula, Chamomile, Peppermint dan Aloe Vera, wet wipes ini tidak akan menyebabkan kulit si kecil menjadi iritasi selepas menggunakannya.
Mendapat kelulusan daripada U.S FDA, wet wipes bermaterial kapas ini sangat lembut pada kulit bayi. Diterbangkan khas dari Korea, korang boleh mencuba untuk si kecil hari ini!
4. OFFSPRING Natural wet Wipes

Jenama produk ini diperbuat daripada 100% bahan biodegradasi, penggunaan baby wipes Offspring Natural sangat mesra alam. Ia menggunakan bahan organik aloe vera dan ekstrak chamomile.
Tidak mengandungi paraben, alkohol dan sebarang pewangi tambahan serta klorin, ianya diuji untuk hypoallergenic.
Baby wipes Offspring Natural ini lembut, menyegarkan dan selamat digunakan bukan sahaja pada kulit bayi yang sensitif, malah juga untuk mengelap kotoran di tangan dan mulut.
5. Pureen Baby Wipes free fragrance

Baby wipes Pureen ini diperbuat daripada bahan kapas yang lembut dan tebal. Ianya tidak mengandungi sebarang bahan aktif seperti alkohol dan paraben yang boleh merosakkan kulit bayi.
Ini membuatkan penggunaannya lebih berkesan dan efektif.Diperkaya dengan Aloe Vera dan Vitamin E, baby wipes Pureen ini melembap dan menjaga kulit bayi agar tidak menjadi iritasi serta meradang.
6. Tisu Basah Terbaik #Drypers Baby Wipes

Jenama tisu basah ini boleh digunakan pada kulit halus bayi baru lahir. Ia juga telah diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi, baby wipes ini bersifat hypoallergenic dan selamat untuk kegunaan harian bayi.
Diperkaya dengan ekstrak organik kalendula, baby wipes Drypers ini sangat lembut, dan tiada pewangi tambahan.
Ia direka dengan cetakan 3D yang timbul dan lembut pada kulit memberikan hasil yang lebih efisien dalam penggunaannya.
7. Pigeon Wet Tissues Hand and Mouth

Didatangkan dengan tisu basah yang lembut pada kulit bayi. Ia bebas dari kandungan alkohol.
Walaupun kandungan alkohol terbukti berkesan dalam menghapuskan bakteria dan kuman, keberkesanan tisu basah ini bukan hanya mampu membersihkan kulit bayi dengan baik.
Ia tentunya lebih selamat pada kulit bayi yang sensitif. Rekabentuk kotak yang fleksibel memudahkan tisunya ditarik dengan hanya sebelah tangan.
Terdapat dua saiz pilihan iaitu 20 keping dan 60 keping dalam setiap bungkusan.
8. Baby Organic Naturally Kinder Wet Tissue

Tisu basah ini yang bebas dari bahan kimia berbahaya seperti paraben, alkohol, SLS dan Propylene Glycol yang biasa digunakan dalam pembuatan tisu lembap.
Ia diiktiraf sebagai tisu lembap bersifat organik dari ekstrak aloe vera yang berkesan sebagai agen antibakteria.
Ibu-ibu tidak perlu risau kesan sampingan penggunaannya pada bayi kerana ia dijamin selamat untuk seluruh kulit bayi. Didatangkan dalam bungkusan 30 helai tisu lembap.
9. Tesco Fred & Flo Moisturising Baby Wipes

Produk tisu basah jenama Fred & Flo ini telah diuji secara dermatologi dan hypoallergenic. Jenama ini bagus untuk kulit bayi dan kanak-kanak dari semua peringkat usia.
Mengandungi vitamin E dan calendula botani, yang berfungsi untuk menyuburkan kulit dan mempunyai sifat antikulat, antibakteria, anti radang dan juga antiseptik.
Seperti yang kita tahu calendula ini sangat bagus untuk menyembuhkan luka, kerengsaan kulit yang menenangkan serta dapat membantu melegakan ruam nappy.
Korang pastinya akan gembira setiap kali menggunakan tisu basah ini – sentiasa mengekalkan kelembapan kulit si manja.
10. Watson’s Hand & Mouth Baby Soft Wipes

Produk tisu basah Watson’s ini benar-benar menitikberatkan tentang bayi agar ia selamat digunakan untuk membersihkan mulut dan tangan si manja.
Semua bahan yang digunakan adalah 100% gred makanan, dan juga mematuhi piawaian yang telah ditetapkan oleh EU toksikologi serta telah diuji secara dermatologi.
Selain itu, tisu ini juga mengandungi ekstrak Aloe Vera untuk kesan menenangkan dan melembapkan kulit.
Tisu basah ini sangat berguna dalam semua jenis situasi tak kira walau dimana pun korang berada. Malahan ramai antara ibubapa lebih memilih menggunakan tisu tersebut jika dibandingkan dengan tuala. Pastikan sebelum membeli tisu basah baca terlebih dahulu label dan bersifat hypoallergenic, tidak mengandungi alkohol,paraben, dan 100% terbiodegradasi.
Semoga bermanfaat!