5 Ubat Gigi Terbaik Untuk Kanak-Kanak 1 Tahun Ke Atas
Selain sabun mandian, pemilihan ubat gigi kanak-kanak juga sama penting untuk penjagaan gigi. Dan ada kemungkinan ibu ayah diluar sana masih tertanya-tanya apakah jenama produk ubat gigi yang sesuai dan terbaik untuk anak.
Kebiasannya, kanak-kanak suka dengan ubat gigi yang berperisa buah-buahan kerana ianya manis seperti gula-gula. Oleh itu, ubat gigi merupakan bahan utama untuk memupuk anak suka menggosok gigi.
Ibu ayah perlu mulakan rutin penjagaan gigi bersama anak bagi membiasakan mereka dengan rutin menggosok gigi, disamping bagi mengelakkan masalah gigi pada masa akan datang. Dengan amalan penjagaan gigi yang betul akan menjadikan gigi anak menjadi sihat dan kuat.
Antara ubat gigi kanak-kanak terbaik yang dicadangkan
1. Ubat Gigi Kanak-kanak #Buds Organic

Ubat gigi jenama Buds Organic ini memberikan alternatif terbaik untuk penjagaan gigi di peringkat awal dengan sempurna.
Gel ubat gigi yang mengandungi Aloe Vera yang membersih dan melegakan gusi bayi yang sedang tumbuh gigi, dan pada masa yang sama seiring dengan Xilitol semulajadi bagi melindungi gigi yang baru tumbuh.
Ia juga selamat jika tertelan. Ubat gigi kanak-kanak Buds Oralcare Organics dengan Xilitol – disyorkan untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun, lembut tanpa fluorida yang dirumus khas dengan gabungan pembersih semulajadi, jus Aloe Vera organik dan silika untuk membersih gigi secara lembut dan berkesan.
Ia meingkatkan perlindungan terhadap kaviti dan mengekalkan kesihatan mulut yang baik dengan adanya jus Aloe Vera, Phytic Acid dan Xilitol. Sesuai untuk kegunaan kanak-kanak berumur 3-12 tahun.
2. Ubat Gigi Pigeon Children

Ubat gigi produk Pigeon ini diperbuat dengan menggunakan bahan-bahan yang berbeza seperti kalsium fosfat dan ia bebas fluorida. Ia tidak berbahaya walaupun pada kanak-kanak berumur 1 tahun.
Produk ini juga membantu mencegah keretakan gigi dan menjaga gusi agar sentiasa sihat. Mengandungi ejen berbuih terhad namun tidak berbahaya jika tertelan.
Ubat gigi ini mempunyai rasa mint semulajadi yang sangat ringan dan dihasilkan tanpa warna buatan atau aroma tambahan.
3. Ubat Gigi Kanak-kanak #Kodomo Lion

Merupakan jenama ubat gigi kanak-kanak no.1 di Malaysia yang dikeluarkan oleh Lion Japan. Jenama Kodomo Lion menawarkan penyelesaian penjagaan oral yang diperluaskan khas untuk kanak-kanak berusia diantara 6 bulan hingga 12 tahun.
Kodomo Lion menggunakan teknologi pergigian termaju Lion Japan untuk menghasilkan satu formulasi ubat gigi “5% Xylitol + Active Fluoride” yang canggih bagi membantu mengembalikan mineral dan membaiki masalah karies di peringkat awal.
Selain itu, Ia berfungsi menguatkan gigi, mencegah kaviti serta membantu memastikan gigi kanak-kanak kekal kuat dan sihat.
Formulasi kurang buih dan secara tidak langsung menggalakkan kanak-kanak untuk memberus gigi dengan lebih lama. Selain itu ia bebas gula pula membantu mengurangkan pembentukan plak untuk gigi yang lebih sihat.
4. Colgate kids Tiger

Gunaan Colgate Kids Tiger Toothpaste untuk si manja 6 tahun ke bawah untuk perlindungan rongga dan enamel yang terbukti secara klinikal.
Gunakan dua kali sehari dan memberikan dos fluorida yang tepat / hari untuk kanak-kanak. Jenama Colgate kids ini sesuai untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah. Bahkan produk ubat gigi ini telah terbukti secara klinikal untuk memberi perlindungan kaviti dan enamel.
Pembersihan yang lembut dan rasa buah strawberi pasti membuat kanak-kanak lebih gemar menggosok gigi untuk permulaan yang baik. Diyakini selamat digunakan untuk kanak-kanak seperti yang diarahkan.
5. Chicco toothpaste

Ubat gigi strawberi Chicco sesuai untuk anak umur 12 bulan ke atas serta mempunyai rasa buah yang ideal untuk kanak-kanak.
Selain itu ubat gigi ini mempunyai tahap REA yang sangat rendah yang tidak menyakitkan enamel gigi anak dan tidak merosakkan gigi susu.
Dan mengandungi formulasi xylitol dan fluorida (1000 ppm F-) untuk memerangi pembentukan karies gigi.
Disamping itu juga ia mengandungi kalsium yang tersedia secara bio untuk menyokong pengukuhan gigi bayi dalam jangka masa tertentu.
Selamat digunakan untuk kanak-kanak kerana ubat gigi Chicco diformulasikan bebas SLS dan bahan pengawet.
Jadi, ibu ayah harus bijak dalam memilih ubat gigi terbaik buat anak tersayang. Pilihlah mengikut apa yang anak-anak suka asalkan mereka terus menyukai aktiviti menggosok gigi setiap hari.
Amalan penjagaan gigi yang sempurna amat penting dipupuk sejak dari kecil bagi memastikan kesihatan mulut terus terjaga.
Semoga ini dapat membantu korang untuk mencari ubat gigi yang sesuai untuk anak-anak..