Take a fresh look at your lifestyle.

7 Sabun Basuh Baju Bayi Terbaik Pilihan Ibu

0 69

Buat ibu ayah yang bakal menimang cahaya mata, pasti merasa gusar dan keliru tentang pemilihan sabun basuh baju untuk bayi bukan?

Secara umumnya, kita sudah tahu bahawa bayi mempunyai kulit yang sangat halus dan sensitif berbanding orang dewasa.

Sistem badan bayi masih belum matang dan sangat sensitif, maka mudah mengalami masalah kulit seperti ruam, iritasi dan ekzema.

Penting untuk kita tahu bahawa baju bayi perlu dibasuh secara berasingan dengan baju orang dewasa menggunakan sabun khas.

Hal ini kerana, bahan yang digunakan dalam sabun basuh pakaian bayi adalah lebih lembut jika dibandingkan dengan sabun basuh dewasa.

Biasanya mengandungi bahan kimia dan pewangi akan menyebabkan kerengsaan kepada kulit bayi sensitif di awal usia.

Sebagai ibu bapa yang prihatin, pilih lah pencuci pakaian yang sesuai untuk si manja.

Ini antara 7 pilihan sabun basuh baju bayi yang menjadi pilihan ibu.

1. Buds Baby Detergent

Jenama Bud’s sememangnya terkenal dengan produk yang organik dan selamat untuk anak kecil.

Detergent dari Bud’s ini diformulasikan dengan menggunakan bahan-bahan yang berasaskan tumbuhan dan mudah terbiodegradasi

Produk ini mempunyai sijil ECOCERT, yang merupakan sebuah badan pensijilan antarabangsa kerana tidak mengandungi sebarang pewangi, pewarna, dan enzim sintetik.

Selain itu, ia menggunakan bahan organik seperti ekstrak aloe vera dan pewangi minyak pati organik – bagi melindungi kulit bayi dari bahan kimia yang berbahaya.

2. Sabun Basuh Baju Bayi #Sheera Organic

Cecair pencuci baju dari Sheer Organic ini merupakan produk buatan Malaysia serta mempunyai sijil Halal dari JAKIM.

Produk ini juga tidak mengandungi sebarang bahan berasaskan haiwan dan boleh digunakan pengguna Muslim tanpa was-was.

Hanya perlu menggunakan dalam kuantiti yang sedikit untuk cucian yang berkesan kerana formulasinya 3 kali ganda lebih pekat dari detergent biasa. Menariknya, detergent ini sesuai digunakan bagi mencuci baju untuk seisi keluarga.

Baca juga tentang sabun mandian terbaik untuk bayi di sini

3. FIFIY Baby Laundry Detergent

Membeli sabun mencuci baju khas untuk bayi pastinya memakan kos yang lebih tinggi. Fiffy menawarkan sabun basuh baju pada harga yang berpatutan tanpa sedikit pun mengurangkan kualiti pada produk.

Sabun ini diformulasi menggunakan surfaktan berasaskan tumbuhan dan teknologi enzim yang bermutu tinggi.

Bebas daripada formalin, fosfat, peluntur serta pemutih yang berbahaya kepada kulit si manja.

4. Sabun Basuh Baju Bayi #K-Mom laundry detergent

Bagi bayi yang mengalami masalah eczema, ibu ayah pasti runsing dalam memilih produk mencuci baju yang sesuai. Sekiranya terdapat pelbagai bahan kimia pada detergent boleh memburukkan lagi keadaan kulit bayi.

Produk dari K-Mom ini adalah sepenuhnya hypoallergenic dan selamat digunakan untuk bayi yang mempunyai masalah kulit teruk seperti ruam gatal atau eczema.

Selain itu, detergent ini juga tidak mengandungi 10 jenis bahan kimia berbahaya yang berpotensi menyebabkan kerengsaan kulit seperti paraben, sulfat, talkum, TEA dan banyak lagi.

Malah, produk ini juga sesuai untuk orang dewasa yang mempunyai kulit sensitif.

5. OFFSPRING Baby Laundry Detergent

Seterusnya, produk pencuci baju dari jenama Offspring ini sangat sesuai untuk bayi. Kerana bahan-bahan yang digunakan adalah sepenuhnya berasaskan tumbuhan, tanpa surfaktan (agen pencuci), hypoallergenic seperti SLS dan SLES.

Antara bahan yang digunakan termasuklah soapwort yang mengandungi steroid tumbuhan serta ekstrak tumbuhan herba seperti minyak pati Lavender.

6. PUREEN A-B-D Liquid Detergent

Sabun cuci baju dari Pureen ini adalah antara detergent yang menjadi pilihan ramai ibu ayah di luar sana.

Sabun ini bukan sahaja wangi, tetapi juga berkesan untuk membersihkan kotoran degil pada baju si manja. Pada masa yang sama, sabun ini juga membantu membuang kotoran degil dan kuman.

7. Sabun Basuh Baju Bayi #TOP Gentle Care

Sabun pencuci baju TOP Gentle Care adalah satu jenama pencuci pakaian yang diformulasikan istimewa, telah diuji dermatologi sebagai sabun cecair pencuci cukup premium yang mana ia ringan pada kulit tetapi pada masa yang sama tidak menurunkan kadar kehebatannya dalam mencuci.

Ia sesuai untuk semua peringkat generasi tidak kira dari bayi ke orang dewasa sehinggakan golongan berusia. Semua orang boleh menggunakannya.

Malah ia juga telah diuji secara dermatologi selamat digunakan untuk siapa sahaja yang mengalami masalah kulit sensitif, yang mana ia telah diformulasi dengan teknologi Caring Touch.

Teknologi dengan bahan aktif berasaskan tumbuhan ini memberikan satu pengalaman penjagaan terbaik sementara memberikan aroma unik yang cukup segar berpanjangan pada pakaian.

Memang banyak sebenarnya produk sabun basuh baju bayi dipasaran. Usahakan menjaga kesihatan kulit anak-anak, pilihlah jenama barangan bayi yang selamat.

Sentiasa semak kandungan barangan tersebut dengan teliti bagi memastikan sumber penghasilan barangan tersebut adalah khas untuk bayi.

Sebelum membuat pembelian pastikan sabun basuh pakaian bayi mempunyai hypoallergenic dan bebas bahan kimia, pewangi yang berbahaya.

Semoga ini membantu korang semua !

Leave A Reply

Your email address will not be published.