Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Elak Darah Tinggi Semasa Hamil

0 19

Untuk yang sedang hamil or merancang untuk hamil, ibu-ibu semua kena tau cara untuk elak darah tinggi semasa hamil untuk elakkan sesuatu yang tak diingini berlaku.

Mengapa darah tinggi semasa hamil sering terjadi?

Sebab sebenar mengapa sesetengah ibu hamil selalu mengidap darah tinggi atau nama lainnya hipertensi masih belum diketahui sepenuhnya.

Namun terdapat salah satu faktor risiko adalah faktor genetik.

Selain itu terdapat dua teori yang dikaitkan dengan darah tinggi.

Teori pertama menyatakan bahawa terdapat masalah ketika perkembangan bahagian uri semasa awal mengandung.

Teori yang kedua pula menyatakan bahawa mungkin terdapat kejadian peradangan yang tidak terkawal, di mana tubuh badan bertindak balas terhadap uri itu sendiri.

Laporan saintifik menyatakan bahawa lebih ramai wanita Asia yang menghidap hipertensi ketika mengandung.

Terdapat 3 jenis penyakit hipertensi semasa hamil, antaranya adalah;

  • Gestational hypertension : Penyakit biasanya terjadi apabila seorang ibu hamil mempunyai bacaan tekanan darah yang tinggi dan ujian air kencing menunjukkan tiada protein, berlaku dalam tempoh selepas usia kehamilan mencapai 20-12 minggu melahirkan bayi.
  • Chronic hypertension : Terjadi apabila seorang ibu hamil mempunyai bacaan tekanan darah yang tinggi dan ujian air kencing menunjukkan tiada protein, berlaku sebelum usia kehamilan mencapai 20 minggu atau selepas 12 minggu melahirkan bayi.
  • Pre-eklampsia : Berlaku apabila seorang ibu hamil disahkan sama ada mempunyai masalah chronic hypertension atau gestational hypertension, serta ujian air kencing menunjukkan ada protein. Jika tidak dirawat dengan segera akan menyebabkan kemudaratan pada bayi dan ibu.

Cara Elakkan tekanan darah tinggi semasa hamil

1. Darah Tinggi Semasa Hamil #Patuhi Tarikh Temujanji

sumber: haibunda.com

Apa yang paling penting adalah ibu hamil perlu mematuhi tarikh temujanji untuk memastikan pemeriksaan dapat dijalankan sekerap mungkin.

Sekiranya berlaku perubahan mendadak pada tekanan darah, maka pihak hospital dapat mempreskripsikan ubat dan rawatan yang sepatutnya berdasarkan tempoh kehamilan.

2. Amalkan Pemakanan Yang Sihat

Menurut sumber, hipertensi semasa hamil tidak sama jenisnya dengan darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung. Sebab itu sesetengah pakar berpendapat ia tidak berkait secara langsung dengan makanan yang bergaram.

Namun itu tak bermaksud pengambilan garam secara berlebihan dibolehkan, sebaiknya ibu hamil perlu mengekalkan diet yang sihat sepanjang kehamilan untuk meminimakan risiko hipertensi ketika hamil.

3. Darah Tinggi Semas Hamil #Sentiasa Kekal Aktif

Antara faktor yang menjadikan seseorang lebih cenderung mengalami hipertensi semasa hamil adalah berat badan berlebihan, gaya hidup yang kurang aktif, dan umur melebihi 40 tahun.

Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengamalkan senaman ringan dan mengekalkan gaya hidup aktif.

Tak perlu pergi gym, berjalan-jalan di taman pun dapat memberi kesan yang baik. Namun, berbincang dengan doktor terlebih dahulu sekiranya korang selalu melakukan rejim senaman yang berat.

5 cara senaman semasa hamil yang boleh bantu kuruskan badan lepas bersalin boleh baca di sini

4. Elak Stress Semasa Hamil

Salah satu faktor pemicu terjadinya peningkatan tekanan darah adalah kerana terlampau stres. Dalam keadaan terlalu letih, risau, atau stres, boleh menyebabkan sistem peredaran darah boleh terjejas hingga berlakunya peningkatan tekanan darah.

Pastikan korang mendapat rehat yang secukupnya dan jangan teragak-agak mendapat bantuan apabila perlu.

5. Minum Air Secukupnya

Selain itu, jangan lupa minum air secukupnya untuk mengekalkan kesihatan tubuh yang optimum. Sebaiknya elakkan minuman manis dan berkafein dalam kuantiti yang banyak.

6. Sila Patuhi Jadul Makan Ubat Yang Diberikan

Sekiranya korang diharuskan makan ubat, pastikan semua ubat-ubatan dimakan mengikut jadual. Jangan risau, semua ubat ini adalah selamat dan diberikan mengikut dos yang sesuai.

Sekiranya tekanan darah tinggi tidak terkawal ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi seperti kelahiran bayi pramatang, keluruhan plasenta, atau bayi IUGR (terbantut tumbesarannya). Oleh sebab itu korang kena mengawal tekanan darah tinggi dengan melalui pengambilan ubat.

Selain itu, bagi yang mempunyai darah tinggi semasa hamil adalah dinasihatkan supaya bersalin di hospital dan bukannya bersalin sendiri di rumah atau nama lainnya adalah ‘gentle birth’ yang hanya dipantau oleh bidan .

Namun sebaiknya, sila pastikan terdapat doktor pakar yang membuat rawatan susulan dan rawatan sokongan.

Masalah tekanan darah tinggi semasa hamil merupakan ujian dari Allah untuk wanita yang mengandung bagi menguji tahap keimanan. Sebab itu, kedudukan ibu sangat dihormati kerana mereka telah melalui pelbagai proses dan susah payah semasa hamil.

Bagi ibu yang mengalami masalah ini, selain daripada tips diatas saya sarankan perbanyakkan solat hajat, doa dan sedekah.

Saya doakan semoga Allah mempermudahkan sepanjang kehamilan korang semua..

Leave A Reply

Your email address will not be published.