Take a fresh look at your lifestyle.

7 Krim Gatal Untuk Bayi Yang Terbaik Dan Berkesan

0 24

Pening mencari krim gatal untuk bayi?

Kulit si manja gatal, mengelupas dan diselaputi ruam kulit?

Jika seperti itu keadaannya, bermakna si kecil menghidap eczema. Tetapi tidak perlu susah hati, kerana terdapat banyak produk eczema untuk bayi di pasaran.

Apa produknya?

Soalan yang agak sukar untuk dijawab.

Ini kerana setiap bayi mempunyai jenis kulit yang berbeza.

Disebabkan itu ibu dan ayah mungkin perlu mencuba beberapa pilihan sebelum menentukan krim apa yang terbaik untuk bayi.

Untuk membantu memudahkan pencarian, dalam perkongsian ini saya telah memilih beberapa pilihan produk terbaik untuk bayi yang menghidap eczema.

Krim Gatal Untuk Bayi

1. CETAPHIL Baby Eczema Soothing Lotion

Krim ini telah diuji secara klinikal oleh ahli dermatologi dan telah diiktiraf pihak NEA kerana keberkesanannya terhadap kulit sensitif.

Kelebihan produk ini adalah ia mengandungi gabungan unik iaitu mil oat koloid. Yang mana bahan ini dapat memberi kesan lembut pada kulit kering.

Selain itu, produk ini juga menggunakan teknologi Filaggrin yang dapat memulih dan meningkatkan keupayaan kulit sekaligus mengembalikan kelembapan kulit bayi.

Dalam krim ini tidak mempunyai pewarna, bebas paraben, mineral dan bersifat hypoallergenic jadi sesuai untuk anak kecil yang mempunyai masalah kulit sensitif dan ekzema.

Malah, krim ini boleh digunakan jika si comel mengalami ruam, bintik merah dan kegatalan. Guna losyen krim ini selepas bayi mandi iaitu 2 kali sehari.

2. Krim Gatal Untuk Bayi #Mustela Stelatopia Emollient Cream

Produk ini sesuai bagi si kecil yang mengalami masalah kulit kering cenderung ekzema, krim ini berfungsi untuk melembapkan kulit dan mengurangkan ketidakselesaan akibat kulit gatal.

Diperbuat daripada bahan semula jadi seperti Avocado Perseose yang mampu melindungi bahagian lapisan perlindungan kulit. Diuji keberkesanan secara klinikal – produk bebas paraben, phthalate dan tanpa pewangi.

Manakala dengan sulingan minyak bunga matahari pula, produk ini memberikan lipid yang diperlukan untuk mengekalkan lapisan kelembapan kulit bayi. 

Boleh digunakan pada bayi yang baru lahir kerana diformulasikan khas untuk mengurangkan risiko tindak balas alahan. Ibu ayah boleh sapu krim jenis hypoallergenic ini pada tubuh anak pada waktu pagi dan petang. 

3. Aveeno Baby Eczema Therapy Moisturizing Cream

Krim pelembab jenama Aveeno Baby ini wajib dimiliki oleh ibu ayah yang sedang mencari produk untuk baby eczema kerana telah terbukti secara klinikal boleh mengurangkan kegatalan dan kulit kering. Produk ini di rumus dengan colloidal oatmeal dan vitamin B5 yang membantu untuk melembabkan kulit. 

Krim eczema tanpa steroid ini turut bantu menguatkan lapisan perlindungan kelembapan kulit. Produk ini juga telah disyorkan penggunaannya oleh pakar kanak-kanak dan pakar kulit sendiri. Mempunyai tekstur yang tidak melekit, jadi tidak akan menyebabkan ketidakselesaan pada badan si kecil. 

Kelebihan lain adalah;

  • Tidak mengandungi phthalates & pewangi
  • Mengurangkan kerengsaan kulit
  • Tanpa paraben
  • Mempunyai pH seimbang
  • Hypoallergenic

4. Krim Gatal Untuk Bayi #Sebamed Baby Cream Extra Soft

Untuk ibu bapa yang mahukan krim gatal untuk bayi yang mampu milik, kami sarankan untuk dapatkan produk Sebamed yang mengandungi 42% komposisi lipid.

Selain itu, ia sangat kaya dengan panthenol, allantoin dan ekstrak camomile yang akan menggalakkan pertumbuhan semula kulit yang rengsa. Malah, sesuai untuk kulit bayi yang kering dan sensitif seperti masalah atopic eczema. 

Walaupun murah tapi keberkesanannya amat bagus kerana boleh menjadi ubat eczema untuk bayi. Hanya perlu sapu pada kawasan tubuh yang berlipat seperti siku, leher dan lutut. 

Selain dapat melembabkan kulit, krim ini boleh melindungi kulit bayi dari kerengsaan, kekeringan dan jangkitan. 

Bagi yang suka travel bersama bayi ke luar negara, krim ini sangat diperlukan pada bayi sebab boleh melindungi kulit dari cuaca sejuk. Kerana cuaca yang terlalu sejuk boleh menyebabkan kulit jadi kering.

Kelebihan lain adalah;

  • Bacaan keseimbangan pH 5.5
  • Cepat menyerap dalam kulit
  • Dapat melindungi kulit bayi yang halus
  • Telah diuji secara klinikal

5. Ceradan Skin Barrier Repair Cream

Didatangkan berbentuk dalam tiub dengan kandungan krim sebanyak 30gm dan sesuai untuk seisi keluarga dan juga semua peringkat umur termasuk bayi dan kanak-kanak. 

Produk ini yang mengandungi ceramide, kolestrol dan asid lemak ini telah diformulasikan secara saintifik dengan nisbah 3:1:1 untuk setiap bahan. Ia juga boleh membantu menggalakkan pertumbuhan lapisan perlindungan kulit. 

Krim ini memang baik untuk digunakan oleh individu yang mengalami masalah kulit termasuklah yang mengalami masalah ekzema. Cara penggunaanya, cukup hanya pakai 2 kali sehari pada bahagian badan yang bermasalah. 

Kelebihan lainnya adalah;

  • Diuji secara klinikal
  • Sesuai untuk kulit kering & sensitif
  • Melegakan kegatalan
  • Boleh disapu pada seluruh tubuh termasuk muka

6. Krim Gatal Untuk Bayi #QV Baby Moisturising Cream

Produk buatan Australian mengandungi Squalane yang akan mengekalkan kelembapan kulit. Untuk bayi yang mempunyai kulit jenis sensitif, kering dan ekzema, krim ini boleh membantu mengurangkan kulit gatal dan masalah kulit mengelupas. 

Diformulasikan dengan 3 jenis bahan pelembab iaitu emollient, humectant dan occludent yang akan menjamin kulit kekal lembab sepanjang hari. Malah, krim eczema ini sesuai untuk bayi mudah kerana ia tidak melekit.

Boleh juga disapu pada kulit yang mengalami masalah dermatitis dan psoriasis. Dan yang paling best, boleh disapu pada bahagian muka dan tubuh bayi selepas mandi.

Kelebihan laninya adalah;

  • Mempunyai keseimbangan pH
  • Tanpa pewangi & lanolin
  • Boleh diguna setiap hari
  • Mudah menyerap dalam kulit
  • Sesuai untuk kurangkan ruam lampin

7. MayyaBaby Cream 5-in-1 Natural Herbs

Produk Mayyababy ini sangat bagus dalam merawat gigitan serangga dan boleh bertindak sebagai penghalau nyamuk. Selain boleh menyembuhkan lepuhan, ekzema dan keradangan kulit

Krim ini diformulasi berasaskan air, menyebabkan teksturnya tidak melekit atau tidak berminyak apabila disapu pada kulit. 

Diperbuat daripada bahan yang mengandungi minyak argan, aloe vera, chamomile, minyak oren dan habbatus sauda, yang mengeluarkan bau wangian lemon.

Untuk bayi yang sering menangis akibat perut kembung, sememangnya disarankan untuk guna produk ini kerana ia dapat membantu melegakan masalah tersebut. Selain itu, demam juga boleh dikurangkan dengan penggunaan krim ini. Jimat bukan?

Kelebihan lainnya adalah;

  • Cepat meresap
  • Merawat kulit kering & sensitif
  • Melegakan selsema & batuk
  • Meredakan gatal & ruam lampin

Sebagai ibu ayah sudah semestinya mahu berikan krim gatal yang terbaik untuk bayi. Usah risau dan buntu, kerana terdapat pelbagai produk untuk kulit gatal di pasaran sekarang.

Ibu ayah hanya perlu periksa terlebih dahulu setiap kandungan bahan yang terdapat dalam produk tersebut. Pastikan produk berkenaan tidak mengandungi bahan berbahaya yang boleh memudaratkan lagi masalah kulit.

Apa yang penting adalah sila rujuk pada doktor pakar kanak-kanak sebelum menggunakan sebarang produk krim gatal, kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik dan sesuai untuk kulit bayi.

Semoga ini bermanfaat untuk semua!

Leave A Reply

Your email address will not be published.