Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Pilih Korset Terbaik Untuk Wanita

0 86

Nah, supaya korang tak salah pilih, kali ini saya akan kongsikan cara pilih korset terbaik dan sesuai.

Korset adalah salah satu jalan penyelesaian paling tepat untuk mendapatkan bentuk badan ideal. Cukup dengan memakainya saja, korang boleh mengecilkan perut buncit hingga membentuk lekuk tubuh.

Para wanita yang tidak percaya diri terhadap perubahan bentuk badan akibat pertambahan berat atau pascamelahirkan tentu akan sangat memerlukan benda ini.

Berikut adalah cara pilih korset terbaik sebelum dibeli

1. Praktikal, mudah digunakan, mudah di basuh.

Sangat penting untuk memilih size korset yang dapat memudahkan pergerakan untuk menjalani rutin menjaga si kecil setiap hari. Pastikan korang memilih bengkung yang mempunyai cara penggunaan yang praktikal.

Mudah di pakai dan mudah di tanggalkan.

Korset moden biasanya cepat dipakai dan lebih senang dipakai. Tetapi, jangan pilih yang jenis mudah melorot atau naik apabila bergerak.

Tak perlu pakai yang mahal. Yang murah pun banyak yang berkualiti. Tengok kat sini

2. korset terbaik #Pilih Bahan yang Nyaman untuk Dikenakan

Dengan pemilihan bahan yang tepat sangat penting dalam pembelian korset.

Pertama, carilah bahan korset yang bleh menyerap peluh. Beraktiviti seharian sudah tentu akan membuat korang berpeluh.

Dengan memilih korset yang mampu menyerap peluh dengan baik, tentu korang akan terhindar dari bau badan yang dapat mengurangi rasa percaya diri.

Selain itu, sesuaikan pula bahan korset dengan jenis kulit.

Jangan sampai penggunaan korset dengan bahan yang salah membuat kulit gatal-gatal atau alergi saat digunakan. Penggunaan bahan korset yang tidak tepat mungkin saja membuat kulit menjadi alahan dan timbul ruam.

3. korset terbaik #Pastikan saiz lengkung adalah betul

Semua wanita dikurniakan bentuk badan yang berbeza. Oleh itu, memilih lengkung yang selesa dan sesuai bukanlah perkara yang mudah. Jika terlalu ketat, ia tidak selesa dan sukar untuk bernafas pula.

Jika terlalu longgar, tidak ada gunanya memakainya kerana ia tidak berkesan dan terlalu nampak di bawah pakaian. Perlu diingat apabila memilih saiz korset, jangan beli mengikut saiz seluar, tetapi ukur lilitan perut untuk kegunaan yang berkesan.

Korang juga digalakkan untuk membeli bengkung yang lebih kecil sedikit jika saiz badan korang telah mengecil. Untuk memastikan tahan lama, pastikan korang mencuci dengan tangan.

4. Tentukan Tujuan Penggunaan Korset

Jenis korset ada berbagai macam, korang tentu perlu menyesuaikannya dengan tujuan dari pemakaian.

Korang boleh memilih apakah akan mengenakannya sebagai sexy lingerie atau sebagai pakaian dalaman.

Untuk itu, jika sejak awal korang telah tentukan, pemilihan jenis lingerie korset yang sesuai akan menjadi lebih mudah.

5. Sesuaikan Pola Korset Dengan Pakaian Yang Hendak Dikenakan

sumber: wikihow

Salah satu kesalahan terbesar yang dilakukan ketika membeli korset adalah tidak menitikberatkan pola korset dengan pakaian yang akan dikenakan.

Ramai yang lupa bahwa pola korset dapat mempengaruhi bentuk lekukan pakaian di atas korset ketika sedang duduk.

Usahakan untuk menyesuaikan pola korset dengan pakaian sebelum beli, tlebih-lebih lagi jika korang hendak menggunakannya untuk gaun pengantin.

Jangan sampai pemakaian korset memburukkan lagi penampilan korang.

Setelah membeli korset pelangsing, korang tentu berharap produk tersebut tahan lama dan sentiasa selesa dipakai.

Untuk itu, ada beberapa poin penting yang harus diperhatikan. Semaklah penjelasannya dalam ulasan di bawah ini.

Untuk kulit sensitf, gunakan korset setelah pakaian dalam.

Semasa memakai korset, ia akan menekan kawasan perut dan sekitarnya dengan kuat. Situasi ini mungkin akan menimbulkan masalah seperti gatal dan ruam pada kulit yang sensitif.

Untuk menghindarinya, korang dapat mengenakan pakaian dalam tipis seperti kamisol sebelum memakai korset. Dengan begitu, tidak akan terjadi kontak langsung antara kulit dengan korset.

Cuci korset dengan detergen yang lembut

Agar bahan korset tidak rosak dan bentuknya tetap terjaga, hindari mencucinya dengan mesin cuci.

Penggunaan mesin pengering untuk mengeringkannya juga tidak disarankan.

Cara mencuci korset pelangsing yang benar adalah secara manual dengan menggunakan detergen khusus pakaian dalam.

Korang juga dapat menggunakan detergen dengan kandungan yang lembut dan ringan.

Setelah itu, jemur di tempat redup hingga kering.

Jangan menjemurnya di bawah sinar matahari secara langsung karena dapat merosak korset.

Selain itu, ada korset pelangsing yang tidak boleh dicuci. Jadi, kena tengok cara penjagaannya terlebih dahulu.

Kesimpulan

Nah, bagaimana pendapat korang tentang artikel korset ini?

Selain memperhatikan bahan dan jenis-jenis korset, korang juga perlu mengetahui cara pemakaian korset yang benar. Dengan cara tersebut, korang lebih cepat mendapatkan bentuk tubuh impian.

Semoga dengan perkongsian tentang korset pelangsing ini boleh menjadi rujukan korang sebelum membuat keputusan untuk membeli. Mari dapatkan tubuh sihat dan lekuk yang indah dengan memakai korset pelangsing secara rutin!

Leave A Reply

Your email address will not be published.