Take a fresh look at your lifestyle.

5 Baby Teether Terbaik Untuk Si Comel

0 36

Baby teether terbaik adalah alat yang boleh bayi gigit untuk mendapatkan keselesaan pada gusi dan sedang dalam fasa pertumbuhan gigi.

Pertumbuhan gigi dalam tumbesaran anak, sudah pasti moment yang ditunggu-tunggu setiap ibubapa. Biasanya ketika berada di tahap ini, si kecil akan merasa gatal di sekitar gusinya.

Perkembangan ini termasuklah fasa bila mereka sudah mula rasa gatal gusi, semua benda nak digigit termasuk lah tangan mereka sendiri!

Ini antara cadangan teether terbaik untuk menghindari nyeri pada gusi si kecil dan menyokong pertumbuhan gigi. Jom semak teether yang selamat dan berkualiti.

Apa itu teether?

Pernahkah ibu bertanya-tanya, teether itu apa dan kenapa penting untuk bayi?

Teether adalah sejenis mainan bayi yang telah direka khas untuk merangsang pertumbuhan gigi bayi, atau mengurangi ketidaknyamanan saat gigi bayi yang mulai tumbuh.

Boleh dikatakan, teether merupakan salah satu mainan yang boleh digigit oleh bayi.

5 jenama baby teether terbaik menjadi pilihan utama.

1. Baby Theether Terbaik #Pigeon Fruits Teether

Jenama teether Pigeon ini dengan reka bentuk sedemikian rupa agar dapat merangsang indra bayi dan pertumbuhan rahangnya secara semulajadi.

Selain itu, mainan gigitan bayi Pigeon ini juga boleh meredakan rasa nyeri saat gigi bayi mulai tumbuh.Teether ini memiliki tekstur yang lembut dan elastik sehingga selamat untuk gusi dan gigi bayi.

Ditambah lagi, mempunyai banyak bentuk buah yang berwarna-warni dan secara tidak langsung dapat menarik perhatian bayi.

2. Baby Theether Terbaik #Dr. Brown’s Fleexes Ergonomic Teether

Merupakan mainan gigitan bayi yang selamat dari Dr. Brown’s. Uniknya, produk ini langsung direkabentuk oleh dokter gigi sehingga selamat dan sesuai digunakan oleh bayi.

Tersedia dalam warna pink dan biru, mainan gigitan bayi dari Dr. Brown’s terbuat dari 100% silikon. Reka bentuknya juga mudah digenggam oleh tangan kecil bayi.

Tenang saja, teether ini tidak mengandung BPA.

Sabun baju terbaik untuk bayi boleh tengok di sini

3. Mama’s Choice Baby Teether package

Produk teether ini menawarkan 3 teether dalam 1 harga dengan reka bentuk menarik dan warna terang yang boleh menarik minat untuk si kecil menggigitnya dengan selamat.

Mempunyai pemegang khas yang mudah dan selesa dipegang bayi. Materialnya juga yang bebas BPA dan diperbuat daripada silikon selamat untuk kegunaan bayi.

Antara teether yang terdapat di dalam pakej ini adalah;

1. Baby Food Feeder iaitu puting yang boleh diisi dengan makanan lembut yang boleh melatih bayi cara mengunyah dengan betul.

2. Finger Toothbrush iaitu berus gigi bayi yang lembut dan dilengkapi dengan bekas simpanan.

3. Baby Teether yang memberi keselesaan dan kelegaan pada bayi yang sedang tumbuh gigi. Kesemua produk ini boleh didapatkan di Mama’s Choice Baby Teething Package, lebih jimat dengan harga pakej yang sangat berpatutan.

4. Baby Teether terbaik #Teether Comotomo

Bagi yang ingin mencari produk teether import, jenama asal Amerika Serikat ini boleh dijadikan pilihan terbaik. Kerana termasuk dalam kategori mainan gigitan bayi premium yang berkualiti tinggi.

Teether Comotomo direka sedemikian rupa untuk merangsang perkembangan motor si kecil dengan bentuk yang unik menyerupai jari-jari bayi.

Selain itu, bahan lembut, fleksibel, dan selesa digunakan bayi yang baru mulai tumbuh gigi. Apa yang lebih menarik lagi, teether ini mudah dibersihkan, karena tidak memiliki lekukan dan bentuk yang rumit.

5. Baby theether terbaik #Teether Tommee Tippe

Selain mengeluarkan produk botol susu, jenama Tommee Tippe juga mengeluarkan teether yang sangat aman untuk bayi karena BPA free yang terdiri dari TPE, EVA, dan ABS.

Ukuran teether sangat mudah untuk dipegang si kecil. Selain itu, mainan ini boleh digunakan untuk usia mulai dari newborn.

Teether ini bukan hanya digunakan untuk mainan gigitan bayi, namun dapat dijadikan mainan untuk melatih perkembangan motor dan visual bayi.

Tips memilih teether yang sesuai dan selamat untuk anak

Iya betul, bayi akan mendapat sedikit ketenangan dan kelegaan dengan menggigit mainan, ketika giginya sedang tumbuh.

Gusi lembut bayi mungkin terasa lebih baik ketika tekanan ringan diberikan dengan penggunaan baby teether.

Justeru itu, ibu ayah hendaklah menitikberatkan soal pemilihan baby teether baru yang selamat untuk anak dari segi:

  • Material dan tekstur yang selamat untuk bayi dan bebas BPA
  • Saiz yang tidak terlalu kecil atau mempunyai manik bagi elak dari tertelan
  • Rekabentuk yang selamat misalnya tidak terlalu panjang atau berbucu

Sebelum membeli baby teether, sebaiknya ibu ayah perhatikan beberapa hal penting terlebih dahulu seperti bentuk, bahan pembuatnya, isian, hingga pilih yang selamat dan telah uji mengikut standard piawaian produk.

Selain itu, ibu ayah juga harus menitikberatkan soal cara untuk membersihkan dan merawat teether agar tetap selamat semasa digunakan si kecil.

semoga bermanfaat..

Leave A Reply

Your email address will not be published.