Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Basuh Baju Sekolah Supaya Tetap Putih Bersih Sepanjang Tahun

0 23

Mencari cara basuh baju sekolah agar tetap putih dan bersih? Baju sekolah anak masih elok tapi kelihatan kekuningan dan kusam?

Eh, jangan buang dahulu kerana terdapat satu rahsia untuk baju sekolah anak kekal bersih dan putih seperti baju baru.

Baju putih sememangnya sangat sukar untuk dijaga. Apatah lagi jika anak-anak yang memakainya, terutama baju sekolah.

Keseronokan mereka bermain di sekolah sehinggakan anak-anak lupa untuk menjaga pakaian daripada terkena kotoran.

Dan ini akan meninggalkan kesan kotoran pada baju sekolah mereka terutama dibahagian pergelangan tangan dan koler baju sekolah.

Cara basuh baju sekolah tanpa bahan peluntur

Rahsia baju putih kekal putih tanpa menggunakan bahan peluntur ini telah dikongsikan oleh seorang ibu iaitu Leena Hassan melalui akaun Facebooknya.

Dengan hanya menggunakan sabun mandian jenama Lux rose dapat membantu mengekalkan warna baju sekolah agar tetap putih dan bersih seperti baru.

Menurutnya lagi, tips ini dia dapat daripada sepupunya yang bekerja sebagai jururawat.

Sudah lama saya buat R&D dengan pelbagai formula serta jenama sabun baju untuk memastikan pakaian sentiasa putih, namun tidak ada yang menjadi.

Apabila guna Clorox baju akan jadi kuning lama-kelamaan. Bila guna bila pula, baju akan kelihatan lebam. Guna vanish, kos agak tinggi. Jadi saya tanya sepupu, Siti Atirah Sharifuddin yang bekerja sebagai nurse.

Apakah rahsia nurse-nurse menjaga uniform agar sentiasa putih?Sebab sabun ni lah kerja saya jadi mudah.

Dah 5 tahun saya amalkan, alhamdulillah baju masih putih bersih. Sekarang ni baju sekolah anak pun, buat macam ni juga.

Melalui perkongsian tersebut, dia juga telah berkongsi cara-cara mencuci baju sekolah dengan menggunakan sabun mandi Lux.

Berikut Merupakan Cara Basuh Baju Sekolah Menggunakan Sabun Lux

1. Cara basuh baju sekolah #Sediakan Sabun Mandi Lux

sediakan beberapa buku sabun mandi jenama Lux-Rose. kemudian parut sebanyak mana yang boleh. Jika ada lebihan boleh simpan dalam bekas kedap udara.

2. Cara basuh baju sekolah #Masukkan dalam rendaman baju

Kemudian masukkan sabun Lux yang telah diparut dalam rendaman baju sekolah dalam mesin basuh. Tambahkan sedikit sabun pencuci baju biasa dalam rendaman baju putih.

Rendam semalaman dan on kan mesin basuh pada keesokkan harinya dan tidak perlu sental.

3. Cara basuh baju sekolah #Jemur seperti biasa

Sudah siap! Jemur seperti biasa dengan menggunakan hanger untuk kurangkan kedutan pada baju dan lihat hasilnya. Putih bersih bukan?

Sedikit extra info dari Leena Hassan, dia menggunakan 3 cawan sabun lux yang diparut + ½ cawan sabun biasa. 3 cawan sabun lux tu nampak macam banyak tetapi sesuai dengan sukatan minimum air yang telah diset kan oleh mesin basuh. Kalau sikit sangat, nanti sabun nya cair pulak.

Jangan risau, sabun tak berketul setelah direndam semalaman. sabun tu sempat cair & larut. Sesiapa yang ada elergik dengan sabun basuh, kaedah ini sangat membantu supaya korang tak perlu sental baju dan tangan pun selamat tak kena sabun.

Cara Kedua Basuh Baju Sekolah Dengan Menggunakan Sabun Biasa

Ptss…Selain daripada petua diatas korang juga boleh ikuti cara yang dikongsi oleh Zakiah Hassan melalui akaun Facebooknya, petua mencuci baju sekolah agar kelihatan seperti baharu.

Perkongsian petua dari Zakiah Hassan ini telah menarik perhatian ramai di mana ia mencatat lebih 2,000 komen dan 5,000 perkongsian oleh pengguna laman sosial berkenaan. Cara-caranya adalah seperti berikut;

1. Cara basuh baju sekolah #Sediakan bahan yang diperlukan

Potong atau sagat suku sabun A1 dan masukkan ke dalam mesin basuh.

2. Fokuskan pada bahagian yang kotor

Kemudian tenyehkan sabun A1 di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau pada bahagian yang ada kotoran

3. Cara basuh baju sekolah #Tambahkan dengan sabun basuh biasa

Masukkan baju sekolah kedalam mesin basuh. Kemudian tambahkan sabun basuh baju biasa.

4. Set kan mod mesin basuh

Masukkan air, kemudian set kan mod speedy soak pada mesin (bergantung pada jenis mesin basuh yang digunakan)

5. Proses mencuci

Biarkan sehingga selesai proses mencuci. Kemudian sidai baju seperti biasa. Siap!

Oh ya, untuk pengetahuan semua sabun A1 ini korang boleh dapatkan di sini. Nah..itu dia cara basuh baju sekolah yang korang boleh cuba buat dirumah.

Sudah pastinya kedua-dua cara ini sangat membantu para ibu untuk menjaga baju sekolah anak agar tetap putih bersih sepanjang tahun.

Lepas ini tidaklah pening kepala ibu kena sental baju sekolah anak lagi!

Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.