Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Simpan Ubat Dengan Betul

0 19

Sesetengah masyarakat kita masih ramai lagi yang tidak tahu cara simpan ubat yang betul. Hal ini menyebabkan ubat tersebut mudah rosak dan kurang berkualiti.

Kebiasaannya, peti sejuk dan bilik tidur merupakan antara tempat yang sering digunakan untuk menyimpan ubat-ubatan. Tidak kira dalam bentuk pil mahupun cecair.

Tidak kurang juga yang kerap menyimpan di dalam kereta seperti ubat sedut untuk sakit asma dan juga jantung. Dengan alasan supaya mudah dicapai apabila berlaku kecemasan.

Ini adalah cara penyimpanan ubat yang salah. Kerana suhu panas dalam kereta akan menyebabkan ubat sedut cepat meruap dan rosak, dan akhirnya tidak lagi berkesan apabila hendak digunakan.

Namun ramai juga yang menganggap bahawa dengan menyimpan ubat di dalam peti sejuk akan membuatkan ubat tahan lebih lama dan membantu menambah jangka hayat ubat.

Terutamanya penyimpanan ubat demam dan ubat batuk merupakan antara ubat yang selalu disimpan dalam peti sejuk.

Sebaliknya cara ini akan mempercepatkan pertumbuhan bakteria dan merosakkan kualiti ubat tersebut. Ubat yang lama dibuang sahaja jika anak sudah sembuh.

Jika mahu simpan ubat demam sebagai spare di rumah, sebaiknya beli ubat yang baharu tanpa membukanya terlebih dahulu.

Justeru itu, cara penyimpanan ubat yang betul dan selamat amatlah penting bagi memastikan keberkesanan, keselamatan dan kualiti ubat sentiasa terjamin.

Berikut Cara Simpan Ubat Yang Betul dan Selamat

1. Simpan Di Tempat Selamat Dan Di Tempat Khas.

Menyimpan ubat di tempat yang dikhaskan bagi memudahkan untuk mencari ubat tersebut jika berlaku sebarang kecemasan.

Selain itu, ia juga mudah untuk diingati tempat ubat tersebut disimpan. Cara ini dapat meningkatkan kepatuhan korang untuk makan ubat mengikut waktu yang telah ditetapkan.

JANGAN simpan ubat di dalam kereta dalam jangkamasa yang lama.

baca juga cara pelik tapi berkesan untuk kuruskan badan di sini

2. Asingkan Ubat Mengikut Kategori Dan Jenis

sumber: artclean.com

Simpan ubat mengikut kategori dan jenis seperti ubat makan (tablet, sirap dan sebagainya) dan ubat kegunaan luar (krim, salap, ubat titis mata dan sebagainya).

Dengan cara mengasingkan ubat mengikut jenis dapat membantu mengurangkan kekeliruan. Campur aduk ubat-ubatan yang berlainan jenis kerana ini boleh menyebabkan kesilapan pengambilan ubat dan berlaku tindak balas fizikal di antara ubat-ubatan tersebut.

Sekiranya ini berlaku, dikhuatiri kualiti ubat akan terjejas, keberkesanan ubat juga akan berkurang dan keselamatan pengambilan tidak terjamin sepenuhnya.

Ingat! Jangan campur adukkan ubat berlainan jenis dalam satu bekas.

3. Cara Simpan Ubat #Ditempat Yang Disarankan

Seterusnya simpan ubat mengikut suhu yang disarankan (sila rujuk kepada label bungkusan pada ubat). Jangan simpan ubat dalam peti sejuk kecuali diarahkan berbuat demikian, contohnya:

  • Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
  • Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
  • Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)

Penyimpanan ubat di tempat yang betul juga boleh mengelakkan daripada ubat tersebut daripada mengalami kerosakan. Terdapat beberapa jenis ubat yang memerlukan tempat penyimpanan dengan suhu yang tertentu.

Sekiranya ubat tersebut rosak disebabkan cara penyimpanan yang tidak betul – kualiti ubat akan terganggu, keberkesanan rawatan tidak terjamin dan berkemungkinan juga akan memberi kesan sampingan yang tidak diingini.

Jangan simpan ubat ditempat yang terdedah kepada cahaya matahari, suhu yang tinggi dan kawasan lembap.

4. Cara Simpan Ubat #Jangan Tanggalkan Label Ubat

Setelah selesai mengambil ubat, hendaklah disimpan dalam bekas yang asa.

Dan jangan sesekali tanggalkan label ubat asal yang mengandungi maklumat seperti nama ubat, kekuatan ubat, cara pengambilan, kaedah penyimpanan dan tarikh luput.

Jangan simpan ubat yang telah tamat tarikh luput, rosak atau label ubat hilang.

5. Letak Ditempat Tinggi Dan Selamat

Ubat seharusnya disimpan ditempat yang tidak dapat dilihat atau dicapai oleh kanak-kanak. Serta simpan dan letakkan ubat jauh daripada kanak-kanak adalah cara penyimpanan yang selamat.

Meletakkan ubat di tempat yang tinggi dan bekas dengan menggunakan penutup bekasnya tidak dapat dibuka dengan mudah (child resistant cap). Bagi mengelakkan kanak-kanak daripada termakan ubat yang boleh membahayakan diri mereka.

Inilah antara cara simpan ubat yang betul yang disarankan oleh ahli farmasi KKM bagi tujuan untuk menjaga kualiti ubat dan juga keselamatan ubat tersebut.

Semoga bermanfaat !

Leave A Reply

Your email address will not be published.