5 Cara Mudah Untuk Buang Angin Dalam Badan
Cara buang angin dalam badan dengan cara kampung atau amalkan perubatan tradisional adalah yang sering disyorkan oleh orang lama .
Elakkan tabiat mandi malam kerana air yang sejuk akan menyebabkan saraf badan terkejut sehingga terjadinya Angin.
Tidak memilih jantina, samada golongan lelaki atau wanita, tidak mampu untuk mengelak dari terkena angin ini.
Angin yang berlebihan bukan sahaja membuatkan perut kembung atau sebu malah badan turut berasa tidak selesa atau sakit sakit kerana Angin tersebut boleh merebak ke satu badan.
Aktiviti harian akan terbantut di sebabkan sakit kepala dengan perut yang berbunyi sehinggakan kurang yakin apabila berhadapan dengan orang sekeliling.
Apapun Angin dalam badan boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor lain seperti sistem penghadaman yang tidak lancar, tekanan, makanan berlemak dan juga makanan penyebab angin tapi usah terlalu risau kerana ada cara untuk buang Angin dalam badan jika betul caranya.
5 Cara Yang Berkesan Dan Mudah Untuk Buang Angin Dalam Badan
1. Sup panas
Antara salah satu cara untuk hilangkan angin dalam badan dengan mudah adalah dengan menghirup sup panas. Selain mengurangkan ketidakselesaan pada perut, sup panas juga membantu menghilangkan kelesuan.
Namun untuk kesan yang lebih efektif, pastikan juga sup tersebut tidak mengandungi ramuan yang menyebabkan gas berlebihan. Pendek kata sup jernih dengan bahan-bahan yang sedikit pun sudah mencukupi.
Yang mana ada masalah gastrik, kena elak makanan ini ye
2. Buang Angin #Makan bawang putih
Bawang putih ni memang merupakan makanan untuk wanita berpantang. Yelah.. untuk keluarkan angin dalam badan dan mengelakkan angin mudah masuk kan.
Tapi bukan masa berpantang je. Bila-bila je badan berangin, amalkanlah makan beberapa ulas bawang putih yang dibakar. Sedap pun sedap. Rasanya seakan-akan ubi gitu.
3. Teh pudina atau teh halia
Apabila perut berasa terlalu kembung, boleh mencuba minum secawan teh pudina untuk mengurangkan ketidakselesaan.
Daun pudina diperkaya dengan menthol, ramuan utama yang bersifat antispasmodic yang boleh mengurangkan ketidakselesaan pada sistem penghadaman. Malahan, teh pudina juga boleh melegakan pedih ulu hati dan sakit perut akibat tindak balas daripada asid.
Untuk mereka yang ingin mencuba minum air halia pula, hanya perlu hiris halia secara kecil dan masukkannya ke dalam gelas yang berisi air suam.
Jika ingin lebih sedap, boleh campurkannya bersama madu atau lemon. Halia mengandungi serotonin yang berkesan membuang angin yang terkumpul di dalam usus dengan mudah.
4. Buang Angin #Urutan badan
Untuk mereka yang ingin mencuba cara untuk hilangkan angin dalam badan yang lebih tradisional, boleh cuba dengan urutan badan di spa atau dengan tukang urut yang profesional.
Selain menyingkirkan angin berlebihan dalam badan, cara ini turut membantu melancarkan peredaran darah dan melegakan kelesuan pada badan.
5. Buang Angin #Sauna
Duduk dalam sauna yang panas, tambah-tambah jika sauna herba, boleh membantu keluarkan angin dari dalam badan juga.
Set kan masa yang sesuai dalam 10 hingga 15 minit dan rehatkan badan korang. Biasanya akan terasa nak sendawa dan kentut selepas itu.
Petua Tradisional Buang Angin Dalam Badan
Selalunya petua untuk badan yang banyak angin ni orang kaitkan dengan halia. Macam-macam cara nak buang angin dalam badan, petua ini elok untuk lelaki dan wanita semua usia termasuk ibu mengandung, tapi kurangkan halia untuk ibu mengandung ya..
Yang mana malas nak buat, boleh terus beli kat sini je
Bahan-bahannya:
- Susu kotak ( brand apa pun boleh ), kalau nak guna susu pekat tin pun boleh
- halia ( besar ibu jari ) lebih kurang 3-4cm Halia ni ikut ketahanan tekak , kalau nak kaw dan pedas masuk banyak sikit . kalau setakat 3-4cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.
Cara-caranya:
- Hiris halia nipis-nipis reneh dengan susu hingga mendidih (api perlahan) Sedia untuk minum.
- Seelok-eloknya minum ketika susu masih suam, kesannya akan serta merta. Minum bila-bila masa sahaja jika perlu, atau 2-3 kali seminggu.
Walaupun masalah angin ini kedengaran tidak serius, namun jika dibiarkan ia berlarutan, badan akan menjadi lemah dan mengganggu aktiviti seharian.
Justeru, amalkan makanan yang seimbang dan gaya hidup yang sihat untuk memastikan badan akan sentiasa cergas. Namun jika sakit ini berterusan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.