Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Hilangkan Hanyir Ikan

0 22

Kebanyakan ikan mempunyai lendir dan bau hanyir yang kuat terutama ikan sungai. Bau hanyir ikan boleh menyebabkan selera makan terbantut walau presentation makanan tu sangat gempak

Sebenarnya, terdapat banyak tips dan petua menghilangkan bau hanyir dan lendir ikan sungai oleh warganet menerusi media sosial. Yang lebih menarik, bahan-bahan yang digunakan boleh didapati di dapur korang!

Jom kita tengok beberapa tips hilangkan bau ikan sungai supaya korang dapat hidangkan juadah istimewa di rumah tanpa masalah!

Sebelum korang menggunakan cara dibawah, pastikan ikan telah dibersihkan terlebih dahulu. Buang segala organ dalaman, insang dan ketulan darah yang terdapat dalam ikan.

Cara Membersihkan Supaya Ikan Tidak Hanyir

1. Perap/basuh dengan tepung gandum

Teknik ini merupakan antara teknik yang paling banyak digunakan oleh ibu-ibu. Caranya dengan lumurkan tepung gandum pada ikan dan biarkan selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu, bolehlah dibasuh ikan dan masak seperti biasa.

2. hanyir ikan #Guna air basuhan beras

sumber: myresipi

Jika ingin menggunakan teknik ini, korang boleh menyimpan air basuhan beras yang telah digunakan. Setelah itu, gunakan air basuhan beras itu untuk membasuh ikan.

Korang juga boleh merendam ikan seketika sebelum mencucinya. Air basuhan beras dikatakan lebih mudah untuk menanggalkan lendir-lendir dan bau hanyir pada ikan.

3. Rendam dengan garam dan limau kasturi

Garam kasar pasti ada di setiap rumah. Jika susah untuk dapatkan bahan-bahan yang lain di atas, korang hanya perlu gosokkannya dengan garam kasar tanpa air.

Lendir pasti akan mudah tertanggal apabila dicuci. Kalau masih berlendir juga, toskannya dan masukkan lagi 3 sudu besar garam bersama beberapa biji perahan limau kasturi untuk diratakan ke seluruh badan ikan.

Rendam atau perapkan ikan selama 15 minit sebelum dibilas. Korang juga boleh gunakan limau untuk menggosok badan ikan sehingga bersih.

Baca juga cara buang angin dengan mudah dari badan di sini

4. hanyir ikan #Serai

Cara ini agak leceh kerana memerlukan serai yang dipotong pendek-pendek. Ramaskan serai dan gaulkan pada ikan.

Lebih berkesan jika direndamkan seketika sebelum membilas seperti biasa. Serai dapat menghilangkan bau hanyir ikan kerana ia mempunyai tekstur yang kasar serta aroma yang wangi.

5. Daun pisang/ daun jambu

Salah satu petua lain adalah dengan menggunakan daun jambu. Ramas daun jambu dan lumurkan pada seluruh ikan.

Dengan ini, bau hanyir dan lendir akan hilang. Selain menggunakan daun jambu, korang juga boleh menggunakan daun pisang yang dicarik-carik.

6. hanyir ikan #Asam Jawa

Selain cara yang dinyatakan diatas, korang juga boleh cuba menggunakan asam jawa. Caranya adalah ambil segenggam asam jawa dan lumurkan pada ikan tersebut. Perapkan selama beberapa minit sebelum bilas bersih.

7. Guna lemon/ limau purut/ limau nipis

Teknik ini boleh dilakukan dengan menggunakan jus lemon atau limau purut bergantung pada bahan yang ada dirumah.

Caranya adalah sama dengan rendamkan ikan seketika dengan buah limau yang telah diperah. Setelah itu, bilas bersih ikan.

8. hanyir ikan#Halia

Halia dikatakan bukan sahaja boleh menghilangkan bau hanyir ikan, malah membuang toksin yang ada pada ikan. Korang perlu cincang halia halus-halus dan sapu pada ikan. Biarkan selama 30 minit dab bilas bersih.

9. Sejuk beku

Kalau korang belum bercadang untuk memasak ikan keli selepas dibeli, boleh simpankan ikan dalam peti ais bahagian sejuk beku tanpa dicuci.

Malam atau keesokannya apabila ia dikeluarkan, lendir-lendirnya akan menjadi ais dan mudah untuk dicuci. Cara ini untuk menghilangkan lendir ikan sahaja. Untuk menghilangkan bau hanyir boleh cuba cara-cara di atas.

Mudah rupanya cara untuk hilangkan bau hanyir serta lendir pada ikan sungai. Lepas ini, korang bolehlah jadikan ikan sungai sebagai menu utama untuk dihidangkan pada keluarga. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.