9 Manfaat Bekam Yang Ramai Tak Tahu
Ingin tahu apa manfaat bekam terhadap tubuh badan?
Sesetengah orang memilih perubatan alternatif seperti bekam kerana dianggap memiliki efek samping yang ringan dan harga pun mampu milik.
Metode bekam ini sendiri berasal dari Mesir, China dan Timur Tengah, sebagai perubatan alternatif yang dianggap mampu untuk mencegah dan mengubati pelbagai penyakit. Pada masa kini pun banyak selebriti dunia yang mencuba bekam untuk kekal sihat.
Seperti selebriti Jennifer Anniston, Victoria Beckham dan Gwyneth Paltrow. Nah, buat korang yang masih ragu namun ingin tahu dengan tenttang bekam, berikut adalah 9 manfaat bekam yang baik untuk kesihatan dan harus korang ketahui!
Manfaat Bekam Yang Baik Untuk Tubuh Badan
1. Manfaat bekam #Membuat tubuh lebih segar
Untuk pertama kali korang melakukan bekam, korang akan rasa badan seperti diurut dengan lembut. Titik-titik bekam yang berada disekitar kawasan belakang dan leher akan membuat korang lebih tenang. Tujuannya adalah untuk menyembuhkan nyeri otot, nyeri bahagian belakang, dan leher yang kaku.
2. Menyembuhkan sakit kepala ringan dan migrain
Untuk koang yang sering mengalami sakit kepala atau migrain, tidak ada salahnya mencuba bekam. Adapun titik-titik terbaik untuk menyembuhkan kesakitan ini pada bahagian di leher dan juga kepala. Meski begitu, korang perlu rela mencukur sebagian rambut supaya proses bekam dapat dilakukan.
3. Manfaat bekam #Menurunkan berat badan
Tidak cuma darah yang boleh dinormalkan dengan bekam, jaringan lemak juga boleh disedut dari pori-pori tubuh melalui bekam. Adapun target metode ini adalah titik-titik yang mempunyai banyak jaringan lemaknya.
Cara ini efektif kerana bekam ini sendiri membuat metabolisme tubuh membaik. Meski begitu, korang juga harus mengimbangi dengan latihan dan olahraga agar hasilnya maksimal.
Contoh peralatan set bekam yang lengkap dan terbaik boleh tengok di sini
4. Detoksifikasi atau mengeluarkan racun dari dalam tubuh
Tak hanya nutrisi, racun pun banyak diserap oleh tubuh manusia setiap hari. Hal itu dikeranakan manusia setiap hari mengambil makanan, minuman, bahkan menghirup udara yang boleh jadi telah tercemar.
Banyaknya racun yang diserap dalam darah dapat dilihat dari warna darah yang keluar dari hasil bekam. Semakin pekat warnanya, semakin banyak pula racun yang dikeluarkan oleh tubuh.
5. Manfaat bekam #Membuat pernafasan makin sihat
Masalah dan penyakit pernafasan, seperti asma, juga boleh ditangani dengan kaedah berbekam. Caranya adalah dengan melakuan bekam titik-titik yang terhubung dengan paru-paru. Dan korang perlu melakukan bekam secara rutin untuk hasil yang maksimal.
6. Menyembuhkan darah tinggi.
Tekanan darah tinggi boleh menyebabkan komplikasi lain, seperti penyakit jantung, ginjal dan diabetes. Untuk menanganinya, kamu boleh melakukan bekam di titik-titik khusus, seperti bahu, kepala dan badan.
Meski begitu, korang tetap harus memperbaiki gaya hidup, seperti mengambil makanan sihat serta melakukan rutin berolahraga.
Baca juga cara buang angin dalam badan di sini ye
7. Mengurangi stres hingga mencegah depresi
Banyak hal di dunia ini yang membuat korang mudah stres, misalnya keharusan untuk belajar, beban di sekolah atau ditempat kerja dan juga permasalahan keluarga. Dengan melakukan bekam boleh dikatakan sebagai kaedah relaksasi yang membuat badanmu terasa ringan dan selesa.
8. Manfaat bekam #Mengatasi Sakit Kepala
Salah satu keadaan yang dapat mencetuskan migrain adalah disebabkan oleh peredaran darah yang tidak lancar. Sementara itu, manfaat bekam bagi kesihatan merupakan terapi alternatif yang dapat membantu melancarkan peredaran darah di dalam tubuh.
Nah, manfaat bekam bagi kesihatan amat diyakini mampu membantu mengatasi migrain atau sakit kepala sebelah. Meski masuk akal, ternyata belum ada penelitian ilmiah yang secara spesitik setujuh dengan pendapat tersebut.
9. Manfaat bekam #Meredakan Nyeri
Selain itu, bekam juga boleh meredakan berbagai jenis nyeri dan rasa sakti. Manfaat bekam bagi kesihatan boleh meredakan nyeri dan rasa sakit pada pinggang, bahu, dada, belakang, dan perut. Selain itu manfaat bekam bagi kesihatan boleh mengatasi beberapa rasa sakit seperti sakit gigi, migrain, batuk, dan tekanan darah tinggi.
Nah, itulah dia 9 manfaat bekam yang luar biasa untuk kesihatan tubuh kita. Meski meninggalkan bekas dan luka, namun korang akan merasakan kebaikan selepas melakukan bekam. Harga pun masih terjangkau dan tidak terlalu mahal bergantung pada jenis rawatan yang korang inginkan.