Take a fresh look at your lifestyle.

Makanan Yang Sesuai Untuk Pesakit Buah Pinggang

0 17

Pesakit buah pinggang perlu menjaga pemakanan. Jika tidak, ia boleh menyebabkan komplikasi teruk.

Sila pastikan pengambilan makanan mencukupi nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan bagi mengelakkan pesakit mengalami kekurangan nutrisi.

Untuk pengetahuan, pengambilan makanan untuk pesakit adalah bergantung pada tahap kerosakan buah pinggang yang mereka alami.

Makanan untuk pesakit buah pinggang

Pengambil makanan yang baik dapat memberikan kesihatan tubuh badan dan dapat mengelakkan dari sebarang penyakit yang kronik dan berbahaya.

Jika mempunyai penyakit buah pinggang, diharuskan berunding dengan pakar diet khas untuk buah pinggang dan mengikuti diet yang sesuai. Ikuti pelan pemakanan yang sesuai bagi membantu meningkatkan pengambilan nutrien dan antioksida.

1. Buah epal

Ia tinggi dengan serat, anti-radang, membantu mengurangkan kolesterol, mencegah sembelit, melindungi daripada penyakit jantung dan mengurangkan risiko kanser.

Epal boleh dimakan mentah atau dimasak. Untuk menambah manfaat kesihatan amalkan minum cuka epal atau cider. Makanan untuk pesakit buah pinggang ini amat mudah untuk ditemui.

Sedap bila dapat makan epal rangup macam ni.

2. Makanan untuk pesakit buah pinggang #Blueberry

Warna biru beri ini diperoleh daripada sebatian antioksida yang dipanggil anthocyanidins. Ia adalah yang terbaik kerana sebatian semula jadinya yang mengurangkan keradangan dan mempunyai banyak vitamin C dan serat.

Ia juga mengandungi mangan, iaitu menyumbang kepada tulang yang sihat. Makanan untuk pesakit buah pinggang ini boleh ditambahkan bersama bijirin pagi, jadikan sebagai minuman smoothie atau nikmati muffin beri biru.

Nak buah beri segar, boleh tengok kat sini

3. Minyak Zaitun

Kajian menunjukkan bahawa penduduk di negara yang menggunakan minyak zaitun berbanding minyak jenis lain cenderung untuk mempunyai kadar yang lebih rendah menghidap kanser dan penyakit jantung.

Ia dipercayai disebabkan oleh banyak komponen baik minyak zaitun iaitu asid oleik, sejenis asid lemak anti-radang yang melindungi terhadap pengoksidaan, polyphenols dan sebatian antioksida yang mencegah keradangan dan pengoksidaan.

Gunakan minyak zaitun yang asli untuk dapatkan khasiat pengoksidaan. Minyak zaitun boleh digunakan dalam masakan atau untuk membuat salad, roti dan perapan daging.

4. Lada Benggala merah

Lada benggala merah adalah pilihan yang baik kerana ia rendah dengan kalium. Di samping itu, ia menambah warna dan rasa dalam hidangan selain mengandungi vitamin A, C, B6, asid folik dan serat.

Ia juga mengandungi lycopene antioksida, yang melindungi terhadap beberapa jenis kanser. Tambahkan cili benggala merah dalam pelan diet pemakanan sesuai untuk pesakit buah pinggang.

5. Strawberi

Strawberi kaya dengan dua jenis antioksida, dan ia mengandungi banyak vitamin C, mangan dan serat. Ia bersifat anti-radang dan anti-kanser dan juga membantu menjaga kesihatan jantung. Ia boleh dinikmati bersama bijirin atau dijadikan smoothie.

6. Makanan untuk pesakit buah pinggang #Ceri

Ceri mengandungi antioksida dan fitokimia yang melindungi jantung dan mengurangkan keradangan.

Buah kecil yang berwarna merah ni sedap dimakan begitu sahaja, selain dibuat pai ceri, kek keju ceri, dan juga sos ceri.

Amalkan makan ceri yang segar macam ni.

Teringat masa zaman kanak-kanak, di kampung-kampung ada banyak pokok buah ceri. Berebut-rebut petik buah ceri dan terus makan di bawah pokok.

7. Anggur Merah

Anggur merah ni, orang yang tak sakit pun suka kan.

Warna merah anggur berasal daripada beberapa jenis flavonoids yang baik untuk jantung kerana ia menghalang pengoksidaan dan mengurangkan peluang pembekuan darah. Flavonoid dalam anggur ialah resveratrol yang boleh meningkatkan oksida nitric.

Selain itu, flavonoid juga membantu melindungi anda daripada kanser dan mencegah keradangan. Pilih makanan yang berwarna merah atau ungu mengandungi flavonoid yang tinggi.

8. Makanan untuk pesakit buah pinggang #Kobis

Kobis mengandungi fitokimia iaitu sebatian kimia yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran tertentu sahaja. Fitokimia bekerja untuk memecahkan radikal secara bebas. Ia dipercayai mampu memerangi kanser dan menyokong kesihatan kardiovaskular.

Kobis sangat baik untuk diet, kerana ia tinggi dengan vitamin K, C , B6, serat dan asid folik, namun ia rendah kalium, jadi ia sangat sesuai untuk pesakit buah pinggang. Dengan mengikuti diet dialisis, tambah kobis ke dalam coleslaw atau takoyaki.

Penjagaan dalam pemakanan amat penting bagi memastikan fungsi buah pinggang sentiasa dalam keadaan baik. Selain dari itu, pelbagai kaedah dapat digunakan oleh pesakit buah pinggang untuk mencegah ia menjadi lebih parah.

Antaranya adalah dengan melakukan pemeriksaan buah pinggang bagi mengenal pasti sama ada ia masih dalam keadaan baik atau sebaliknya.

Selain itu amalkan gaya pemakanan yang seimbang dan sekurang-kurangnya minum air masak secukupnya setiap hari adalah cara baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang.

Bagi yang mempunyai tabiat merokok yang teruk haruslah menghentikannya segera dan amalkan senaman yang sihat sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Leave A Reply

Your email address will not be published.