Take a fresh look at your lifestyle.

Khasiat Buah Tembikai Dan Tips Pilih Buah Tembikai Yang Manis

0 18

Khasiat buah tembikai memang baik untuk kesihatan tubuh . Kalau kita tahu pasti kita akan makannya setiap hari. Betul tak ? Sedap pun iya juga.

Buah tembikai bukan sahaja rendah kalori dan lemak, tetapi juga tinggi vitamin dan mineral yang diperlukan tubuh. Kandungan air dalam buah tembikai juga tinggi.

Lebih kurang 92 peratus air terdapat dalam buah tembikai.Terdapat beberapa jenis buah tembikai yang sering menjadi pilihan ramai. Antaranya adalah tembikai merah, tembikai susu dan tembikai wangi.

Selain mempunyai zat tinggi, sekaligus ia merupakan snek makanan sihat yang sesuai untuk seisi keluarga. Apatah lagi buah ini mempunyai nilai kalori yang sangat rendah. Jadi, tak perlu risau berat badan akan naik walaupun rasanya manis seperti makanan tinggi gula.

Antara Khasiat Buah Tembikai

1. Kandungan Air Yang Tinggi

Buah tembikai sangat kaya dengan air. Ia mempunyai teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Apatah lagi minum jus tembikai semasa cuaca panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.

2. Khasiat Buah Tembikai #Baik Untuk Jantung

Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta mengurangkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian Purdue University.

Kajian tersebut telah ditemukan dalam American Journal of Hypertension bahawa tembikai – membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.

3. Anti-Radang

Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu untuk mengurangkan keradangan di dalam badan.

Ketika merasa sakit disebabkan oleh penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan. Buah tembikai akan membantu badan untuk melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.

4. Khasiat Buah Tembikai #Penghadaman

Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.

5. Baik Untuk Kulit Dan Rambut

Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A.

6. Khasiat Buah Tembikai #Mencegah Kanser

Sebagai sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi – tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang sedia maklum boleh menyebabkan kanser.

Terdapat kajian mengatakan bahawa pengambilan Lycopene telah dikaitkan dapat merendahkan risiko dan pencegahan kanser prostat.

7. Membantu Buah Pinggang

Setiap hari, kita terdedah dengan pelbagai jenis toksin. Sebahagiannya datang melalui pemakanan dan udara persekitarank. Jadi, tugas buah pinggan sangat penting bagi mengeluarkan toksin-toksin tersebut dari badan.

Terdapat 2 nutrisi penting yang ada di dalam tembikai, iaitu potasium dan kalsium dapat membantu buah pinggang dalam proses mengeluarkan toksin dari badan. Jadi, amalkan makan tembikai setiap pagi untuk kesihatan yang lebih baik.

Sekarang ni dah ada serbuk buah tembikai juga. Boleh tengok di sini

Tips pilih buah tembikai yang baik dan manis

1. Kenali Jantina

Ramai yang tidak tahu sebenarnya tembikai mempunyai jantina. Contohnya tembikai jantan ukurannya lebih besar, bentuknya lonjong dan mengandungi banyak air serta biji.Ia lebih sesuai dibuat jus berbanding tembikai betina yang berbentuk bulat, kurang biji dan rasanya pun lebih manis, yang sedap dimakan begitu sahaja.

2. Tompokan kuning

Pilih tembikai yang mempunyai tompokan kuning krim dan kadangkala oren.Ia menunjukkan tembikai tersebut telah berada lama atas tanah dan semestinya telah masak sempurna dan manis. Jika tompokan tersebut berwarna putih, itu bermaksud tembikai masih belum matang sempurna.

Cara mudah nak buang angin dalam badan boleh tengok di sini

3. Tangkai Kering

Pilih tembikai yang mempunyai tangkai kering dan kecut, bermakna tembikai tersebut telah masak sempurna. Jika ianya masih hijau, kemungkinan besar tembikai dipetik terlalu awal dan belum masak ranum sepenuhnya.

4. Tepuk Tembikai

Tepuk-tepuk atau jentik-jentik dengan jari sedikit buah tembikai itu, sekiranya ia mengeluarkan bunyi yang seakan-akan kosong, menandakan ia sudah masak dan elok isinya.

5. Tekstur Licin

sumber: ohmedia.my

Rasa tekstur permukaan kulitnya, jika licin seakan berkilat menunjukkan buah tembikai tersebut sudah matang. Manakala jika permukaan luarnya agak kasar, itu menunjukkan buah tersebut masih mentah.

6. Tompokan ‘Jaringan Lebah’

Jika sebelum ini kita pilih tembikai yang ‘bersih’ tanpa cacat cela, selepas ini pilihlah yang mempunyai tompok-tompok gelap seperti jaringan labah-labah ni.

Sebenarnya lagi banyak tompok-tompok gelap ni lagi bagus buahnya. Sebab ia menunjukkan yang buah ini banyak kali dihinggapi sang lebah. Lebah kan suka buah-buah manis.

Leave A Reply

Your email address will not be published.