Cara Kecilkan Cyst Supaya Tak Di Bedah
Untuk yang ada masalah cyst, korang boleh baca post ni untuk tau macam mana cara untuk kecilkan cyst ini.
Cyst adalah ketumbuhan tidak normal dan di dalamnya mengandungi cecair. Kebanyakannya boleh terjadi pada bahagian ovari serta boleh membesar sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Selalunya, wanita tidak akan sedar mereka mempunyai cyst sehingga ia membesar atau pecah. Malah, simptom juga akan muncul setelah cyst tersebut mencapai saiz tertentu.
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital KPJ Ampang Puteri, Dr Fauziah Mohd Hasan, kebanyakan wanita yang mempunyai cyst dalam keadaan normal tidak mempunyai sebarang masalah.
Apakah tanda-tanda atau simptom mempunyai Cyst?
Terdapat beberapa simptom cyst yang boleh kenalpasti adalah seperti berikut:
- Sakit pada bahagian bawah perut
- Kitaran haid tidak normal atau tidak sekata
- Pedarahan yang tidak normal
- Kerap membuang air kecil
- Pembuangan air besar bermasalah
- Abdomen membesar tetapi tidak hamil
- Berlaku keguguran berkali-kali atau mandul
- Tiada selera makan
- Kurang berat badan
- Loya dan muntah
Bagaimanakah Cara Kecilkan Cyst?
1. Cara Kecilkan Cyst #Ubat-ubatan
Terdapat beberapa ubat-ubatan tertentu yang boleh membantu untuk mengecutkan cyst serta berperanan sebagai ubat penahan sakit. Tetapi sila pastikan korang dapatkan nasihat daripada doktor sebelum memulakan pengambilan apa-apa ubatan.
2. Mengurangkan Berat Badan
Salah satu cara yang agak berkesan untuk mengecutkan cyst adalah dengan menurunkan berat badan untuk membolehkan tubuh badan berfungsi dengan baik.
9 cara pelik tapi berkesan untuk turunkan berat badan. Tengok di sini.
3. Cara Kecilkan Cyst #Amalkan Pemakanan Seimbang
Pemakanan yang seimbang dapat mencegah pelbagai penyakit termasuklah membantu untuk mengecutkan cyst. Amalkan pemakanan yang sihat sebagai ikhtiar dan cara untuk kecutkan cyst.
Sekiranya mempunyai cyst, adalah disarankan untuk mengubah diet pemakanan bagi mengurangkan risiko peningkatan penyakit diabetes atau sista ovari. Sebagai contoh;
- Pengambilan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini antara makanan yang terbaik untuk Kecutkan Cyst.
- Lebihkan Pengambilan makanan daging pejal dalam makanan untuk membantu mengawal masalah hormon seperti ikan, ayam dan tofu.
- Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergoreng seperti makanan segera dan makanan ringan.
- Tambahkan makanan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dalam diet seharian.
- Banyakkan pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium bagi mengurangkan risiko kekejangan yang disebabkan oleh cyst.
4. Cara Kecilkan Cyst #Bersenam
Amalkan gaya hidup sihat dan rajinkan bersenam. Jangan sesekali abaikan kesihatan tubuh. Lakukan aktiviti fizikal atau beberapa regangan yang dapat membantu mengurangkan sakit berkaitan cyst disamping dapat membantu mengurangkan berat badan.
Tengok juga teh yang boleh bantu kecilkan cyst di sini
5. Mengawal emosi
Pastikan emosi sentiasa dalam keadaan stabil dan baik. Tahu tak, emosi yang stabil dapat membantu mengurangkan tekanan sekaligus dapat membantu mengekalkan tahap kesihatan yang lebih baik.
Adakah Risiko cyst pada ovari akan berulang?
Menurut Dr Zubaidi, meskipun seorang wanita telah melakukan pembedahan untuk membuang ovarian cyst, namun ia tetap memiliki risiko untuk tumbuh semula.
Menurutnya lagi terdapat banyak kajian yang menunjukkan bahawa rangsangan daripada ‘radikal bebas’ yang menyebabkan masalah ini. Kehadiran radikal bebas tidak dapat dikawal secara baik oleh nutrisi makanan yang mengandungi antioksidan banyak.
Mahupun tubuh badan mengalami kekurangan antioksida, berkemungkinan besar akan mendapat ovarian cyst berulang kerana tubuh tidak mampu melawan radikal bebas sehingga terjadi punca ketumbuhan sel tidak normal.
Menurut pendapat Dr Hamid pula, bagi pesakit yang menghadapi masalah berkaitan peranakan seperti cyst, fibroid dan endometriosis ini akan pulih sekiranya menjaga pemakanan dengan betul.
Ini kerana ketumbuhan seperti cyst, fibroid atau kanser adalah disebabkan oleh hormon estrogen yang berlebihan didalam tubuh badan seorang wanita.
Jusetru itu, setiap makanan yang di ambil oleh setiap pesakit cyst atau fibroid ataupun pesakit kanser hendaklah dititikberatkan bagi mengurangkan penghasilan hormon estrogen yang berlebihan dalam tubuh.
Sebaiknya elakkan makanan yang diproses terutama makanan dalam tin dan plastik kerana mengandungi pelbagai bahan kimia yang bertindak seperti estrogen. Selain daripada makanan yang diproses, hindari pengambilan kacang soya kerana ia mengandungi isoflavones yang tidak baik untuk saluran rahim.
Secara kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat merupakan kunci utama bagi mencegah pembentukan cyst dalam saluran rahim dan begitu juga dengan cara mengecutkan cyst. Amalan ini memainkan peranan yang sangat penting bagi mengekalkan tubuh badan sentiasa sihat.