Cara Pilih Confinement Lady Semasa Berpantang
Untuk artikel kali ini saya kongsikan cara pilih confinement lady yang betul supaya korang tak tersalah pilih.
Sekarang dah jadi trend, pasangan akan mengupah confinement lady atau CL kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa dalam urusan berpantang mereka.
Perkhidmatan confinement lady ini semakin mendapat sambutan yang memberangsangkan terutama buat pasangan yang tinggal berjauhan dengan keluarga masing-masing.
Antara peranan utama confinement lady adalah membantu menjaga bayi yang baharu dilahirkan semasa ibu masih lagi berada dalam fasa pemulihan.
Ketika berpantang adalah sangat penting untuk anda pulih dengan cepat dan baik serta mempunyai sokongan daripada pelbagai sudut untuk menjayakannya.
Tips cara pilih confinement lady yang sesuai
Terdapat beberapa tips untuk memilih confinemet lady yang sesuai iaitu:
1. Survey pakej-pakej berpantang yang ditawarkan.

Pada masa kini semuanya hanya dihujung jari. Korang boleh buat survey di internet dan selidik dengan teliti setiap pakej yang ada. Jangan lupa untuk baca review dan testimoni untuk lebih kepastian sebelum membuat keputusan.
Tanya juga orang sekeliling yang pernah berpantang menggunakan perkhidamatan agensi tersebut. Dengar pendapat dan pandangan mereka. Nanti takdelah korang tersalah pilih pulak!
Pakai kain pantang bergetah ni semasa berpantang. Mudah bergerak dan sangat selesa.
2. Pilih yang berpengalaman luas dan terlatih
Pastikan pilih confinement lady yang berpengetahuan luas, berpengalaman dan terlatih serta profesional. Ini untuk mengelakkan sebarang situasi yang tidak diingini terjadi terhadap diri korang dan juga bayi sepanjang tempoh berpantang.
Pemilihan CL yang terlatih juga penting supaya mereka sentiasa bersiap-sedia untuk mengendalikan sebarang situasi luar jangka jika terjadi.
Baca tips untuk banyakkan susu badan kat sini
3. Pilih CL dari agensi berdaftar dan berlesen
Pilih CL dari agensi yang berdaftar dan mempunyai lesen. Janagn lupa untuk lihat semua testimoni pelanggan yang pernah mendapat khidmat di pusat agensi tersebut bagi memastikan kualiti kerja mereka setaraf dengan bayaran dan perkhidmatan yang diberikan.
Ini bagi mengelakkan sebarang salah laku atau penipuan terutama mengenai kemahiran dan pengalaman diri.
4. Cara pilih confinement laday #Insurans Perlindungan
Selain itu, terdapat agensi yang mempunyai insurans untuk CL secara percuma untuk memastikan korang dan dirinya dilindungi. Ini mungkin asing bagi setengah pihak, tapi tak ada salahnya jika kita bertanya tentang hal ini.
5. Buat perbandingan
Pilih tiga agensi terbaik untuk membuat perbandingan melalui beberapa perkara iaitu pakej yang ditawarkan, harga, kemampuan dan kemahiran yang dimiliki. Tidak lupa untuk bertanya mengenai apa-apa pampasan atau gantian sekiranya prestasi perkhidmatan CL tidak memuaskan hati korang.
6. Tetapkan pakej berpantang dan tempoh masa yang diinginkan.
Setiap perkhidmatan confinement lady ada menawarkan pakej-pakej yang bersesuaian dengan tempoh masa, rawatan untuk ibu dan bayi, dan juga khidmat-khidmat lain sepanjang tempoh berpantang.
Biasanya mereka akan menawarkan pakej dalam tempoh 2 minggu sekitar RM1,500 – RM5,000. Namun kadar bayaran berbeza mengikut perkhidmatan yang disediakan oleh agensi terbabit. Pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut;
- Pakej stay-in
- Pakej harian
- Pakej lengkap
- Pakej semi lengkap
- Pakej asas
Justeru itu, pastikan selidik dengan teliti pakej yang korang inginkan dan bincang tempoh masa yang bersesuaian dengan bajet.
7. Cara pilih confinement lady #Bajet yang bersesuaian.

Seperti peribahasa Melayu, ‘Ukurlah baju dibadan sendiri’. Walaupun sekarang GST dah dimansuhkan, tapi harga yang dikenakan mungkin melebihi bajet.
Buat kira-kira dulu sebelum menempah perkhidmatan yang mereka tawarkan. Jangan sampai makan diri sendiri di kemudian hari ya!
Apakah tugas-tugas confinement lady?
Confinement lady merupakan wanita yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam penjagaan selepas bersalin, serta tahu mengendali dan menjaga bayi yang baru lahir.
Dan sepanjang tempoh berpantang ada diantara mereka yang akan tinggal bersama untuk membantu mengurus beberapa tugas berkaitan dengan berpantang. Berikut merupakan senarai tugasan CL ketika berpantang;
- Masak makanan yang berkhasiat tinggi dan juga ubat herba
- Penjagaan rutin penyusuan dan waktu tidur bayi yang fleksibel
- Memudahkan urusan ibu dan menangani masalah kemurungan selepas bersalin
- Membantu ibu menyusu dan memastikan bayi melekap dengan sempurna ketika menyusu
- Melakukan kerja-kerja rumah am
- Memberi panduan dan nasihat berkaitan dengan penjagaan dan penyusuan bayi
- Menjadualkan pemakanan yang sihat dan seimbang untuk ibu dan bayi
- Penjaga pantang juga akan menyediakan mandian herba untuk ibu yang sedang berpantang.
- Mandian herba ini berfungsi untuk membantu menghilangkan angin dalam badan, melancarkan peredaran darah dan meredakan sakit bersalin
Sekiranya korang memerlukan perkhidmatan confinement lady, pastikan korang telah menyemak dan membuat perbandingan terhadap beberapa agensi atau confinement centre berdaftar terlebih dahulu sebelum membuat tempahan agar tidak tersalah pilih.
Dan disarankan untuk membuat tempahan awal, sebaiknya 3 bulan awal sebelum bersalin kerana slot perkhidmatan ini sentiasa penuh.
Semoga ini dapat membantu korang semua ya!