Take a fresh look at your lifestyle.

Suami Lebih Rendah Dari Isteri – Betul Ke Tanda Murah Rezeki?

0 29

Bak kata orang dulu-dulu suami lebih rendah dari isteri rezekinya lebih murah. Tak kiralah dalam hubungan rumah tangga ataupun soal kerjaya.

Dan ada yang mengatakan bahawa suami yang rendah mempunyai sifat caring yang tinggi dan juga mereka lebih menyayangi dan memahami pasangan mereka.

Ini antara kelebihan dengan suami lebih rendah dari isteri

1. Sentiasa Bercakap Terus Terang

Suami yang sebegini biasanya mempunyai sikap yang lebih tegas. Sudah pasti mereka tidak mahu kelihatan kurang berkeyakinan terhadap pasangan.

Jadi, mereka perlu menonjolkan kelebihan yang ada. Sebab itulah dalam hal berkomunikasi, mereka lebih mendominasi.

Tetapi ini tidak bermakna mereka mengongkong kebebasan pasangannya, cuma mereka bersikap lebih tegas dengan pendirian mereka. Mereka juga tidak ambil peduli dengan pandangan orang sekeliling. Jika hatinya sudah mencintai pasangannya, cinta itu akan kekal selamanya.

2. Rajin dan suka membantu

Dalam urusan hal rumah tangga, pastilah lelaki yang akan mengambil pusing soal kewangan. Peranan isteri adalah menguruskan anak-anak. Namun berbeza dengan lelaki rendah biasanya, mereka rajin bekerja dan ligat baik di mana saja.

Dan mereka tidak akan menyusahkan pasangan. Mereka akan sentiasa memastikan diri mereka kelihatan lebih berjaya daripada isteri. Sebab itu, biar apa pun jua keadaan mereka akan berusaha gigih bekerja demi kebahagiaan sang isteri.

Mereka juga tidak mahu melihat pasangannya sedih. Mereka juga pasti akan melindungi isteri daripada pandangan mahupun kata-kata yang kurang enak tentang dirinya.

Justeru itulah kejayaan mereka dan lambang kebahagiaan sekali gus menepis kata-kata kurang enak orang sekeliling tentang perbezaan mereka dan isteri.

Baca juga tentang suami handsome lebih setia kat sini

3. Suami lebih rendah dari isteri #Berkeyakinan diri

Sikap percaya diri begitu tinggi sekali sehinggakan mereka tidak peduli dengan orang sekeliling yang sering memandang rendah terhadap kemampuannya. Dan mereka juga tidak kisah andai pasangannya lebih menonjol dari dirinya.

Itulah yang membuatkan mereka kelihatan lebih menarik dimata pasangannya. Selain itu lelaki rendah juga akan sentiasa menyokong minat pasangannya dengan sepenuh jiwa. Mereka juga tidak mudah berputus asa dan sentiasa memberi semagat jika berhadapan dengan masalah.

4. Mempunyai Kredibiliti Tersendiri

Suami yang lebih rendah daripada pasangannya ini mempunyai karakternya yang mudah mengawal perasaan amarahnya. Namun sebaliknya mereka lebih bertanggungjawab dan prihatin dengan kesukaran pasangan.

Mereka tidak akan menyusahkan pasangannya dengan hal-hal yang diluar kemampuan isteri. Walaupun ada ketikanya mereka akan menjadi seorang yang sensitif, namun cara terbaik adalah sentiasa meningkatkan kasih sayang dalam rumahtangga.

5. Sentiasa Hormatkan Isteri

Inilah yang paling isteri harapkan dari si suami. Suami yang mempunyai ketinggian rendah biasanya selalu menghormati perasaan dan keputusan yang dibuat isteri.

Ini bukan bermakna ‘takut bini’ atau kena queen control, bukan ya? Tetapi mereka lebih selesa berbincang tentang segala hal bersama dengan isteri.

Secara kesimpulannya, baik isteri mahupun suami kedua-dua belah pihak haruslah mempunyai rasa hormat dan sayang diantara satu sama lain.

Jika sikap bertoleransi sesama sendiri dapat diterapkan dalam hubungan, sudah pasti rumahtangga akan lebih bahagia dan rasa cinta semakin kuat.

Dan tak usahlah menilai kebaikan seorang lelaki itu hanya berdasarkan rupa fizikal, tetapi nilai lah dari peribadinya. Baik suami tinggi atau rendah, masing-masing mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Namun berbalik pada dasar agama, Allah SWT adalah pemberi rezeki yang mutlak. Bahawa tiada siapa yang dapat menghalang sekiranya dikehendaki oleh-Nya, dan tiada pula sesiapa yang dapat memberi, sekiranya tidak diizinkan oleh-Nya.

Adapun rezeki suami bukanlah terletak pada bentuk rupa fizikal mahupun redha isteri secara langsung. Tetapi ia berkait rapat dengan aspek menjaga silaturahmi dengan ahli keluarga termasuk isteri dan ketaatan kepada ibu antara sebab rezeki diluaskan oleh Allah SWT.

Ini juga sebahagian dari motivasi untuk para suami atau lelaki agar tidak mengambil ringan tentang tanggungjawab dalam rumahtangga.

sumber: ohmymedia.cc

Contohi cara rasulullah melayan isteri-isterinya, tengok di sini

Oleh sebab itu, Nabi SAW menyifatkan lelaki yang terbaik adalah seorang yang melakukan kebaikan kepada ahli keluarganya. Nabi SAW bersabda:

خيركم خيركم لأهله

Maksudnya: “Orang yang terbaik dari kalangan kalian adalah orang yang melakukan kebaikan kepada ahli keluarganya.” [15] Riwayat Al-Tirmizi

Wallahu’alam.

Leave A Reply

Your email address will not be published.