Take a fresh look at your lifestyle.

Betul Ke Warnakan Rambut Ketika Hamil Boleh Bahayakan Bayi Dalam kandungan?

0 169

Pasti ada segelintir wanita hamil tertanya-tanya, apakah boleh warnakan rambut ketika hamil? Adakah ia akan membahayakan janin di dalam kandungan? Pertanyaan seperti ini sering kali meniti dibibir wanita hamil.

Terutamanya bagi mereka yang gemar mewarnakan rambut atau wanita hamil yang bekerja dan harus menggunakan pewarna rambut. Sudah tentu akan timbul pelbagai persoalan dalam kepala.

Sebenarnya pewarna rambut datang dalam bentuk tiga formulasi iaitu:

  • kekal- Warna rambut kekal adalah proses yang paling lama dan berlangsung selama berbulan-bulan dengan sedikit-ke-tidak pudar.
  • Separa kekal- Warna separa kekal bertahan selama beberapa minggu, dan juga boleh digunakan di rumah untuk menyerlahkan kelabu di antara lawatan ke salon.
  • Sementara- Warna rambut sementara biasanya ditemui dalam formula semburan dan pudar dalam satu atau dua cucian.

Adakah warnakan rambut ketika hamil selamat ?

Untuk pengetahuan semua, pewarna rambut memang mengandungi bahan kimia, tetapi sangat sedikit yang akan diserap oleh kulit pada kulit kepala.

Menurut Dr. Zore rambut yang melepasi folikel di kepala sebenarnya sudah mati, jadi tiada cara untuk ia “menyerap” warna ke dalam badan. Kalau iya pun ada ,jumlah yang sangat kecil kemungkinan akan memasuki aliran darah. “Risiko bahan kimia sampai ke janin nampaknya sangat terhad” tambah Dr. Zore.

Ada sesetengah yang bimbang jika warna itu berada di kulit kepala terlalu lama, namun begitu Dr. Zore mengatakan bahawa risikonya adalah kecil.

Selain itu, terdapat kajian yang telah membuktikan bahawa pewarna tidak menghasilkan pendedahan sistemik yang ketara pada manusia. Walau apapun setiap kehamilan adalah berbeza bagi setiap wanita.

Sebab itu, kena pastikan yang bahan yang digunakan adalah sesuai untuk wanita hamil dan beritahu mereka tentang situasi korang . Dan sekiranya mempunyai sebarang soalan tentang mewarnakan rambut semasa hamil, jangan segan untuk bertanya pakar penjagaan rambut.

Terdapat 5 senarai warna rambut yang selamat digunakan

1. Warnakan Rambut Ketika Hamil #Wella Color Touch

Produk Color Touch adalah pewarna rambut dengan komitmen rendah, dengan kandungan warna bebas amonia, warna rambut separuh-kekal ini sesuai untuk wanita yang lebih kerap menukar warna rambut.

Produk ini sesuai digunakan hanya semasa trimester ke 3 kehamilan.

2. Indus Valley Bio Organic Henna

Bagi wanita yang gemarkan menggunakan inai, korang boleh cuba menggunakan inai keluaran Indus Valley ini. Ia merupakan 100% inai organik dan memberikan warna gelap yang tampak semulajadi yang sesuai dengan kulit orang Asia.

Apa yang paling penting adalah produk ini selamat dan halal. Malahan produk pewarna rambut ini juga bersifat hypoallergenic dan diperakui oleh jabatan KKM.

3. Inai Damia Serbuk Pure Henna

Produk ini diperbuat daripada daun inai asli dan boleh dibawa solat. Dan warna hanya akan tahan sekitar 1-2 minggu.

Dikeluarkan untuk kegunaan 2 dalam 1 di mana boleh digunakan pada rambut, dan korang juga boleh gunakan di jari tau! Jadi, tak perlu beli inai berasingan. Jimat bukan?

Disebabkan tidak mengandungi sebarang bahan pewarna yang tak elok untuk rambut dan kulit kepala, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) telah memberi kelulusan pada produk ini.

4. Warnakan Rambut Ketika Hamil #Gumash Hair Colour

Gumash Hair Colour merupakan produk pewarna rambut yang sangat popular pada masa kini. Kerana produk ini telah menjadi peneraju pewarna rambut yang halal, mesra wudhuk dan patuh syariah di Malaysia.

Malahan jenama produk ini juga telah diiktiraf oleh 2 panel syariah yang telah dilantik khas. Ramai pengguna memberi maklumbalas yang positif tentang produk inj setelah menggunakan pewarna rambut tersebut.

Kerana ia mempunyai kualiti yang terjamin dan diperbuat daripada campuran bahan sintetik dan semulajadi seperti argan oil dan cocoa butter.

5. Radico Organic Hair Colour

Pewarna rambut Radico ini merupakan produk yang halal dan 100% menggunakan bahan organik.Malahan jenama pewarna rambut ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai bahan organik oleh USDA Organic, India Organic & Eco Cert, HALAL.

Dan juga telah diperkenalkan sebagai jenama yang sangat berkualiti tinggi! Produk Radico ini juga tidak mempunyai PPD, PAP, Ammonia, Resorcinol, Parabens dan sesuai untuk orang yang mempunyai kulit kepala yang sensitif dan juga bagi mereka yang alergi terhadap warna rambut biasa.

Secara umumnya, mewarnakan rambut semasa hamil adalah selamat. Menurut Dr. Zubaidi sebaiknya lakukan selepas 12 minggu pertama kehamilan, kerana pada ketika itu kehamilan lebih stabil dan tak mudah alami keguguran.

Namun, harus diingatkan untuk lebih berhati-hati supaya tidak menggunakan pewarna secara berlebihan. Kerana dalam pewarna rambut terdapat bahan kimia walaupun dos yang digunakan adalah rendah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.