Take a fresh look at your lifestyle.

Cara Hilangkan Kahak Di Paru-paru Dan Kerongkong

0 48

Memang tak selesa sungguh bila ada masalah kahak ni. Rasa ada sesuatu mengganggu di tekak dan kadang boleh buatkan jadi muntah. Semestinya kita akan cuba macam-macam cara hilangkan kahak.

Untuk pengetahuan korang, kahak adalah sejenis lendir atau mukus yang dihasilkan di dalam paru-paru dan sistem respiratori badan. Masalah kahak akan menjadi semakin teruk apabila korang jatuh sakit atau menghidap penyakit tertentu.

Jadi, apakah cara hilangkan kahak dalam masa yang singkat?

Sebenarnya, badan kita akan menghasilkan mukus sebagai lapisan perlindungan pada sesetengah kawasan seperti di permukaan paru-paru, di dalam hidung dan di saluran pernafasan.

Mukus ini juga berperanan untuk mengekalkan kelembapan pada kawasan tersebut. Malahan, lendiran atau mukus yang terhasil dapat melindungi badan daripada jangkitan virus dan bakteria.

Tambah lagi, menurut Dr. Shawn Nasseri, pakar telinga, hidung dan tekak di Beverly Hills, California, mukus mempunyai fungsi penting untuk melindungi paru-paru daripada sebarang kecederaan. Walau bagaimanapun, penghasilan mukus yang terlalu banyak akan menyebabkan penghasilan kahak.

Pada masa yang sama, korang juga akan mengalami sakit tekak, sering batuk dan juga mengalami simptom lain yang boleh menyebabkan ketidakselesaan. Apakah ada cara hilangkan kahak yang terbaik?

Sudah pasti ada, ikuti setiap perkongsian dalam artikel ini sekiranya korang diganggu masalah kahak yang berlebihan, jom ikuti tip saya untuk mengurangkannya dalam masa yang singkat. Insha Allah, kahak dapat diatasi.

Berikut cara hilangkan kahak dibahagian paru paru dan kerongkong

1. Berkumur dengan air garam

sumber: iluminasi.com

Tips yang pertama korang harus berkumur dengan air garam suam untuk mengeluarkan kahak yang berada di bahagian kerongkong. Di bawah pengaruh air garam, bakteria juga dapat dikeluarkan, dan sakit tekak dapat dikurangkan.

Air suam adalah pilihan terbaik kerana kemampuannya memlarutkan garam dengan berkesan. Hirup sedikit campuran itu dengan menyondongkan sedikit kepala. Kemudian, biarkan campuran itu mengalir ke dalam tekak tetapi tidak meminumnya.

Setelah itu tiup udara secara perlahan-lahan daripada paru-paru untuk berkumur. Selepas setengah hingga satu minit, barulah keluarkan air tersebut. Korang boleh mengulanginya jika perlu.

2. Kekal terhidrasi agar kahak tidak berkumpul

Pastikan korang mengambil air yang mencukupi, sebaiknya ambil air suam. Kerana air suam boleh mencairkan mukus. Selain itu, ia mampu mengeluarkan mukus, serta boleh melembapkan kesesakan.

Selain daripada pengambilan air putih, ini antara air yang perlu korang cuba, iaitu jus, air limau, teh tanpa kafein bagi mencairkan kahak di kerongkong. Dan lebih baik jika dalam keadaan suam.

Jika nampak bayi tak selesa, cepat-cepat sapukan garlic balm ni. Dah 26.1K sold dah…ramai ibu-ibu guna dan selamat untuk anak-anak.

3. Limau, halia dan bawang putih

Oleh itu dicadangkan untuk mengambil makanan dan minuman yang mengandungi limau, halia, dan bawang putih. Kerana diakui bahawa bahan-bahan ini boleh digunakan sebagai rawatan yang berkesan untuk batuk, selesema dan juga mampu mengeluarkan mukus.

Selain itu, makanan pedas yang membawa kapsaisin adalah baik untuk membersihkan sinus dan mengeluarkan mukus.

Dan secara saintifik dipercayai bahawa melalui makanan serta pengambilan suplement dapat membantu menghindari dan menyembuhkan penyakit pernafasan yang disebabkan oleh virus. Contohnya adalah seperti berikut:

  • Zink oral
  • Buah beri
  • Teh jambu batu
  • Ginseng
  • Echinacea

4. Cara hilangkan kahak #Ubat-ubatan

Gunakan ubat OTC untuk mengeluarkan mukus. Decongestants adalah salah satu yang disyorkan OTC untuk mengurangkan mukus yang berasal dari hidung.

Dengan decongestants, hidung boleh menghentikan pembengkakan dan laluan udara menjadi berangin. Selain itu, penggunaan ubat cair kahak boleh membantu seperti Bromhexine – Ia membantu mencairkan kahak dengan cara menghasilkan dengan lebih banyak cecair di lapisan mukosa.

Ini akan menyebabkan kahak yang pekat itu senang untuk dikeluarkan.

Ubat batuk madu tualang asli+herba ini mujarab sebagai ubat kahak, selsema dan asma. Boleh digunakan untuk dewasa dan kanak-kanak

5. Pelembap Udara

sumber: 123rf.com

Sebelum ini rawatan menggunakan stim merupakan salah satu cara bagi menghilangkan kahak. Namun pada masa kini terdapat cara lain yang boleh dilakukan iaitu dengan penggunaan pelembap udara atau humidifier.

Boleh try humidifier ini. 25.5K terjual dan harga pun hanya RM28 sahaja. tangki air pun besar boleh isi 500ml air.

Humidifier adalah alat yang berfungsi sebagai menjaga kelembapan udara di dalam ruangan. Dengan melembapkan udara di sekitar ruang, dapat membantu melegakan saluran pernafasan termasuklah mencairkan kahak.

Oleh itu penggunaan humidifier adalah amat digalakkan. Selain itu, ia selamat digunakan dalam jangka waktu yang panjang terutamanya jika ada anak kecil dirumah.

Itulah antaranya beberapa cara hilangkan kahak yang terdapat pada bahagian kerongkong dan paru-paru. Dan apa yang penting disini adalah amalkan gaya hidup sihat bagi memastikan paru-paru berfungsi dengan baik.

Sekiranya korang adalah seorang perokok tegar, sebaiknya hentikan segera. Dan jika masalah kahak masih berlarutan dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dan rawatan awal dapat dilakukan.

Semoga ini dapat membantu.

Leave A Reply

Your email address will not be published.